P22 : SIRIH PULANG KE GAGANG

213 8 0
                                    

Hatiku berdebar apabila menerima surat yang bersampul "KERAJAAN MALAYSIA" yang sudah ada dalam peti surat rumah Shazuan selepas aku pulang dari Dusun Sahabat.Aku yakin surat ini baru tiba hari ini kerana semalam aku ada memeriksa peti surat ini tetapi kosong.

Sebelum aku membuka sampul surat ini,aku memeriksa dahulu group Whatsapp Maktab Perguruanku terlebih dahulu.Ternyata di dalam group Whatsapp tersebut telah kecoh mengenai penempatan mereka masing-masing.Setakat ini paling jauh adalah Taha,dia akan ditempatkan di sebuah sekolah menengah di Labuan.
Kesemuanya memberitahu mereka akan mula melapor diri lusa dan bertugas pada minggu hadapan.

Tanganku mengigil apabila mahu membuka dan membaca lembaran surat tersebut.Mataku membaca setiap perkataan dengan teliti untuk mengurangkan rasa cemasku.

"Sukacita anda,Wafi b A** R***** No Kad Pengenalan 92****-**-**** ditempatkan di Sek Men *****,Negeri Sembilan Darul Khusus."

Jantungku yang tadi berdegup kencang kembali tenang saat aku selesai membaca surat penempatanku.Aku akan ditugaskan ke sebuah sekolah menengah di Rembau.Ya,sekolah yang pernah menjadi tempatku belajar di sana semasa dalam Ting 1 hingga Ting 3.Sekolah yang mempertemukan aku dengan kawanku yang lain seperti Amir dan Nizam.Sekolah yang sama yang mempertemukan aku dengan Shazuan.Aku akan kembali ke sekolah itu bukan sebagai pelajar,tetapi sebagai seorang guru.

Aku telah pun tiba di Pejabat Pengetua Sekolah dan menunggu di panggil ke dalam pejabatnya.Pastilah bukan pengetua yang sama semasa zamanku menuntut di sini dahulu.Kebanyakkan guru-guru di sini juga aku tidak kenali,aku tidak pasti ke mana guru yang mengajarku dahulu pergi.Sama ada mereka telah bertukar ke sekolah lain ataupun sudah bersara.

"Wafi,apa kamu buat kat sini?", tegur satu suara kepadaku.

"Eh cikgu", bangunku lalu mengucup tangan Cikgu Azman.Cikgu Disiplin semasa aku bersekolah di sini.Ternyata dia masih lagi bertugas di sini.

"Lama tak jumpa kamu..Kamu sihat Wafi? Apa kamu buat di sini?", Soal Cikgu Azman lagi kepadaku.

"Saya lapor diri Cikgu." Jawabku sedikit malu.

"Lapor diri apa?", tanya Cikgu Azman lagi untuk mendapatkan kepastian.

Aku menyerahkan surat arahan penempatanku kepada Cikgu Azman. Dia kemudian membuka dan membaca isi surat penempatan tersebut.Cikgu Azman membaca surat itu dengan wajah yang cukup serius.
"Dah jadi cikgu dah kamu Wafi..Tahniah", kata Cikgu Azman sambil menepuk bahuku.

"Terima Kasih Cikgu.Rezeki saya dapat kat sini balik", ujarku yang masih berasa malu.

"Kamu jumpa dulu dengan Tuan Pengetua.Orangnya perempuan.Tahan sikit telinga kamu tu.Dah selesai nanti kita sembang di Bengkel KHB.Saya ada kat sana", kata Cikgu Azman kepadaku.

"Baik Cikgu,jawabku ringkas.
--------------------------------------------------------------
"Boleh saya tengok surat penempatan kamu dan dokumen berkaitan?", tanya Cikgu Habibah kepada guru muda yang baru melapor diri hari ni.

"Boleh Puan Pengetua.Ini dia.", hulur Wafi dengan penuh sopan.

Cikgu Habibah menyemak dokumen dari fail milik Wafi.Dahinya berkerut seolah sedang memikirkan sesuatu. Dalam masa yang sama juga dia membaca butiran pada surat arahan penempatan milik Wafi.

"Dari apa yang saya baca,kamu ada mendapat maklumbalas yang baik juga semasa jadi intern.Sesuai apa yang saya perlukan." Kata Cikgu Habibah sambil membuka kembali cermin matanya.

"Terima Kasih Puan Pengetua .Tapi apa maksud yang Puan Pengetua perlukan tu?", tanya Wafi untuk mendapatkan kepastian.

"Selain daripada menjadi guru di sekolah ini,saya nak kamu jadi warden sambilan dan bergilir jadual dengan Cikgu Amin.Kamu akan mulakan tugas pada minggu hadapan,tentang jadual warden kamu boleh jumpa dengan Cikgu Amin di pejabat warden." Jelas pengetua sekolah itu kepada Wafi.

"Haa Cikgu Amin?", Tanya Wafi terkejut.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now