P13: GIFT

248 10 0
                                    

Aku dan Aida mengambil kesempatan bersiar siar di Mahkota Parade,Melaka selepas program reunion kami berakhir tengahari tadi.Sebelum pulang ke destinasi,dapat juga kami bergambar bersama sebagai tanda kenangan.Kami akan berjumpa lagi 2 tahun akan datang.

Malam semalam adalah malam paling indah dalam hidupku.Aku dan rakan-rakan betchku berpeluang untuk melihat tarian koboi dan pertunjukan bunga api di sini.Selesai itu,kami sama-sama membakar dan menikmati hidangan BBQ.Tentang itu kami serahkan kepada Raden,kerana itu adalah kemahirannya.

Kami menikmati keenakan BBQ sambil ditemani bunyi muzik disekitar kolam renang di Villa ini.Zulaikha seolah olah dapat melupakan seketika api kemarahannya kepada Nurul siang tadi.Aku melihat mereka berdua cukup rancak berbual dengan kawan-kawan yang lain.

"U enjoy tak dengan reunion kali ni?", tanya Aida kepadaku.

"Opkos la enjoy.Sebab ada Aida.Kalau Aida takde,Wafi pun tak semangat", jawabku.

"Sebab ada I or sebab ada Nurul. I dengar cerita dia payung habis dekat U dengan budak lain.Sampai Zulaikha halau suruh balik.Betul ke?", Soalnya kembali kepadaku.

"Hmm.Memang ada pun.Betul gak apa Eyka buat.", jawabku jujur.Sebenarnya aku malas hendak memanjangkan lagi perkara ini.Aku sedar itu adalah kerana kelekaan dan kealpaanku.

Kami berdua terus sahaja menikmati hidangan yang berada dihadapan ketika ini.Aida juga tidak bertanyakan apa-apa lagi mengenai perkara itu.
Selesai sahaja makan,aku menemaninya ke kereta sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

Aku selamat sampai ke rumah Shazuan tepat pada jam 5.00 petang.Pada awalnya aku berhasrat mahu terus ke Dusun Sahabat,tetapi memandangkan badanku berasa lesu,aku membatalkan sahaja hasratku.Sampai sahaja di dalam bilik aku terus terlena.

Bunyi alarm mengejutkan aku dari lena pagi ini.Aku sendiri tidak sedar pada jam berapa sebenarnya aku terlena. Sebaik sahaja aku membelek handphoneku,ada pesanan Whatsapp yang dikirimkan oleh Nurul kepadaku lewat malam tadi.

Hi Wafi,kau buat apa tu? Aku tengok kau handsome sangat masa reunion.
- Nurul

Kau dah tido ke? Tak reply pun chat aku
- Nurul

Lau kau dah tido,it's okay.But aku ada gift untuk kau.Thanks me later.Whatsapp aku bila kau dah buka gift tu.
- Nurul

Aku sebenarnya masih dalam keadaan mamai ketika ini.Aku tidak dapat memahami maksud hadiah yang dikatakan oleh Nurul.Tambahan pula aku memang tidak bertukar hadiah dengannya.Aku mengabaikan pesanannya dan bersiap untuk pergi ke Dusun Sahabat.

"Amir mana Pak Samad", soalan pertamaku sebaik aku tiba di sini.

"Amir tak sihat Wafi.Dari Sabtu dia tak sihat tapi bekerja jugak sampai semalam.Pagi tadi Pak Samad jenguk dia kat rumah,badan dia panas sangat", kata Pak Samad kepadaku.

"Habis tu dah hantar Amir ke hospital belum?", tanyaku lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Isa dah hantar dah Amir ke klinik.
Doktor kata Amir demam biasa je tu. Dalam 2-3 hari dia akan sembuh. Janganlah kamu bimbang.Jika kamu ada urusan takpe,Pak Samad boleh gantikan tempat kamu dan Amir buat sementara ni", kata Pak Samad lagi.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Shazuan,hatiku terdetik untuk menziarahi Amir sebentar di rumahnya.Tetapi memandangkan Pak Samad memintaku supaya biarkan Amir berehat terlebih dahulu,aku melupakan hasratku.Aku berharap dan berdoa agar Amir lekas sembuh dan sihat.

Aku membuka beg pakaianku yang ku bawa ke reunion Jumaat lepas.Niat hatiku adalah untuk membasuh pakaianku yang kotor.Aku membuka bonet keretaku dan mendapati ada satu beg kertas yang datang dari mana dan aku sendiri tidak menyedarinya bila ia ada di sini.Seingatku,memang aku tidak pernah meletakkan beg kertas di dalam bonet keretaku.

Sebaik sahaja aku melihat isi di dalamnya,aku cukup terkejut.Di dalam beg kertas itu mengandungi 2 pasang coli dan seluar dalam wanita yang saiznya berbeza.Sepasang berwarna merah dan sepasang lagi berwarna kuning cair.Tiba-tiba aku teringat pesanan Whatsapp Nurul berkenaan hadiah lewat malam tadi dan aku segera menghubunginya.

"Hi Wafi,semalam sombong tak reply whatsapp aku.Dan tengok belum hadiah aku bagi tu?" Tanya Nurul sebaik dia menjawab panggilanku.

"Tu ke maksud hadiah kau? Sape punya tu?", Soalku dengan suara sedikit tergagap.

"Great question Wafi.Hahaha.Merah tu aku punya,kuning tu Aida punya.Kau cium lah,buat modal melancap", kata Nurul sambil ketawa ketika itu.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now