P11 : BIKINI

261 8 0
                                    

Pagi tadi selepas sarapan,aku dan rakan-rakanku berjalan-jalan di Safari yang berada dalam kompleks penginapan kami.Seronok juga apabila membuat aktiviti seperti pelajar sekolah ini.Banyak haiwan yang berada di sini seperti gajah dan zirafah.Ketika di Safari juga aku banyak menghabiskan masaku berjalan dengan Aida.Sempat kami menangkap gambar bersama sebagai tanda kenangan.

Amirrul sebagai ketua kami di sini memaklumkan bahawa kami mempunyai masa 2 jam untuk berehat. Aku mengambil kesempatan ini untuk kembali ke bilik dan berehat.Lenguh sungguh kakiku rasakan ketika ini. Sebentar lagi kami akan beriadah di taman tema air pula.Aku pasti kali ini kawan-kawanku pasti bersemangat kerana dapat mencuci mata melihat tubuh Nurul.

Aku dan kawan-kawanku telahpun tiba di taman tema air ini.Aku dapat melihat Mastura dan Azimah sedang leka bermain air.Manakala kekasihku Aida hanya duduk sahaja di bangku berhampiran sambil berborak dengan Fazira.Aku dan kawan-kawanku yang lain pergi ke bahagian lain yang terdapat di taman tema ini.

Aku dan kawan-kawanku bermain gelongsor air setinggi 7 tingkat di taman tema ini.Meskipun kami perlu berulang menaiki tangga untuk bermain lagi,tapi ianya tetap menghadirkan kepuasan berganda kepada kami.Selain itu juga kami mencuba permainan sliding water pada trompet bersaiz gergasi yang berada di sini.Hampir luruh jantungku bermain permainan ini.

Setelah berasa penat,aku dan kawan-kawanku yang lain mula menuruni ke bahagian bawah,tempat Aida dan kawan perempuannya yang lain bermain air.Bagaimanapun kelibat Aida tiada di sini,Faizah memberitahuku Aida telah pun pulang ke villa setengah jam yang lalu.

Sedang rancak aku berbual dengan Faizah dan Mastura,pandanganku terpukau seketika.Begitu juga dengan kawan-kawan lelakiku yang lain.Tubuh Nurul sedang bergerak menuju ke arah kami dan dia ketika itu hanya memakai bikini sahaja.Aku seakan tidak percaya dengan apa yang ku lihat ketika ini.
Begitu juga dengan kawanku yang lain.

"Apa ni Nurul pakai macam tu? Tak malu ke dengan kawan-kawan yang lain ni?", tegur Zulaikha dengan suara yang keras.

"Tak salah pun.Memang ni pakaian yang kena pakai masa mandi kat sini. Kau tengok signboard tu", jawab Nurul yang masih mempertahankan tindakannya.
--------------------------------------------------------------
Faizah yang ketika itu rancak berbual dengan Wafi pelik apabila Wafi tiba-tiba menghentikan perbualannya. Matanya seolah dipukau melihat sesuatu.Dengan segera dia memalingkan wajahnya dan dia terkejut apabila Nurul datang ke sini dengan mengenakan bikini berwarna navy blue ketika itu.

Apa ni Nurul pakai macam tu? Tak malu ke dengan kawan-kawan yang lain ni?", tegur Zulaikha dengan suara yang keras.Faizah dan rakan-rakannya yang lain hanya mendengar sahaja ketika Zulaikha menegur Nurul ketika itu.

Sememangnya mereka sangat masak dengan perangai Nurul.Tidak dinafikan Nurul merupakan antara yang jelita di kalangan mereka.Tapi teguran dari Zulaikha itu cukup muhasabah.
Sepatutnya Nurul perlu lah menjaga pemakaiannya apatah lagi ketika ini terdapat ramai kawan lelaki mereka di sini.

Faizah memalingkan wajahnya kembali kepada Wafi.Alangkah terkejutnya Faizah apabila dia dapat melihat dengan jelas bentuk bulge Wafi yang sedang membengkak ketika itu.
Batangnya yang tegang ketika itu dapat diamati dengan jelas oleh Faizah.Wafi yang ketika itu terpukau melihat melihat tubuh Nurul yang berbikini ketika itu tidak sedar bahawa Faizah sedang mengamati rupa bentuk batangnya yang sedang tegang itu.

"Korang yang lelaki ni apa lagi? Suka sangat ke korang tengok perempuan macam ni.Dah semua balik.Dah jom kita semua balik,biarkan Nurul sorang kat sini", arah Zulaikha kepada mereka semua sekaligus mematikan lamunan Wafi dan rakan-rakannya yang lain ketika itu.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now