P19 : CLUB

251 8 0
                                    

"Macam biasa Mir,diam-diam.Benda ni antara aku dengan kau je.Satu lagi kau jangan buat benda ni dengan sesiapa kat sini." Pesanku kepada Amir ketika sampai di rumahnya.

"Ok pi.Tapi aku harap kau pun janganlah bagitahu apa kita buat tadi. Sorry pi aku tadi memang tak sedar macamana aku jadi macam tu", kata Amir.

"Kau jangan risaulah.Pernah ke aku bagitahu orang pasal apa kita buat selama ni? Jangan lupa apa aku pesan tadi", kataku lagi.

Selepas selesai menghantar Amir,aku terus ke Dusun Sahabat.Ketika itu hanya Shazuan sahaja berada di situ. Kelibat Shauki dan Khairul tidak kelihatan.
"Khairul dengan Shauki mana?", tanyaku kepada Shazuan.

"Dorang pergi pekan bang.Plan malam ni nak BBQ.Kita balik lewat sikit ye bang malam ni", jawab Shazuan kepadaku.

"Haa yelah.Tapi malam ni kena balik rumah gak.Malas nak tidur sini.
Lagipun kau dah 3 hari dah tidur sini."
Kataku kepada Shazuan.

"Okay bang.Habis nanti kita tidur rumah ye." Janji Shazuan kepadaku.

Suasana pada malam ini cukup meriah, Shauki turut menjemput pengunjung yang menginap di sini untuk menyertai sekali jamuan kami.Ada juga pengunjung yang secara sukarela memasak bihun goreng sebagai hidangan sampingan.Amir turut berada di sini selain Pak Samad dan 3 orang pengawal keselamatan yang lain.

"Okay tak kau?", bisik aku kepada Amir.

"Okay je pi.Mula-mula je la sakit sikit, sekarang dah okay", jawab Amir ringkas.

"Masih sama macam dulu ye Mir kau. Sedap betul.", pujiku kepada Amir.

"Aku tak sengaja tadi pi.Sorry lah,aku pun tak tau kenapa tak boleh kawal." Jawab Amir kekesalan.

"Haa takpe.Chilll je benda ni kita dua je tahu", kataku lagi kepada Amir.

"Nizam dengan Aliff mana pi? Kau dah tak lepak dengan dorang ke?", tanya Amir kepadaku.

"Nizam part time kurier time cuti sem ni,Aliff tak tau sebab dah lost contact.  Biarlah dia." Jawabku ringkas.

Selesai sahaja jamuan ini,aku dan Shazuan bergegas menaiki kereta dan menuju pulang ke rumahnya.Banyak topik yang aku dan Shazuan bualkan terutama sekali mengenai Dusun Sahabat.
--------------------------------------------------------------
Seperti yang dijanjikan,Mubin telah pun tiba di rumah Aliff tepat pada masanya.Aliff segera bergegas keluar dan mengikuti Mubin keluar menaiki kereta.
"Nak ke mana hari ni?", tanya Aliff kepada Mubin.

"KL la.Lepak rumah baru aku." Kata Mubin lagi.

"Fuhh masyukk la kerja macam kau ni. Ada jawatan kosong aku nak kerja la sama tempat dengan kau." Kata Aliff.

"Hahaha kau takkan larat punya.Kerja tempat aku penat." Kata Mubin sambil ketawa.

Sepanjang perjalanan kedua orang sahabat yang baru bertemu kembali itu rancak berbual.Tiba sahaja di KL,Mubin terus mengajak Aliff untuk melepak dulu di Zouk Club sebelum pulang ke rumahnya.Mubin membawa Aliff berjumpa dengan kawan-kawannya yang kebanyakkannya adalah lelaki.

Aliff pada malam itu meneguk minuman keras seperti meneguk air sirap.Begitu banyak minuman keras yang diambilnya ketika itu.Dalam masa yang sama dia turut menari dengan beberapa orang kawan perempuan Mubin.Kerancakan lagu dan muzik yang bermain ketika itu mengamatkan lagi suasana di sini.

"Dah Lip,jom balik". Pelawa Mubin pada Aliff yang telah tersandar di sofa ketika itu.Kepalanya dirasakan cukup berat dan pening.

"Kau mabuk sangat ni,jom aku papah", kata Mubin lagi.Aliff dipapah kembali ke dalam kereta sambil di bantu oleh kawan Mubin yang lain.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now