P20 : BUANGAN KELUARGA

239 9 0
                                    

Aku ketika ini dalam perjalanan menghantar Amir pulang ke rumahnya di Batang Kali.Dia mengatakan kepadaku bahawa dia sangat merindui keluarganya di sana.Sebelum ini dia ada bercerita kepadaku layanan keluarganya ke atasnya semenjak penyebaran klip video itu.Kerana terlalu bimbang,aku membuat keputusan untuk menemaninya sehingga ke rumah.

Aku juga telah memaklumkan kepada Shazuan dan Shauki untuk menguruskan Dusun Sahabat sepanjang ketiadaanku.Dalam masa yang sama juga aku memasang hajat untuk menziarahi kedua orang tuaku di rumah.Lagipun aku sudah lama tidak balik ke rumah keluargaku di Kajang.
Meskipun mereka berdua tahu aku sibuk dengan kerjayaku,tetapi aku perlu bijak membahagi masa bersama mereka.

Kata Amir dia akan berada di rumah keluarganya dalam tempoh yang lama sekitar seminggu.Dia mahu meluangkan masa bersama keluarganya,lagipun dia sememangnya sudah lama tidak berjumpa dengan keluarganya sejak dia membawa diri.
Aku berharap kepulangan Amir ke rumah di sambut dengan tangan terbuka oleh keluarganya.

Hampir 3 jam perjalanan,akhirnya kami berdua tiba di destinasi.Amir memintaku untuk bergerak dahulu, tetapi aku enggan.Aku menanti sehinggalah dia benar-benar masuk ke dalam rumah.
"Siapa tu?", kedengaran suara seorang lelaki.Kemudian keluar seorang lelaki yang berusia pertengahan 40 an.

"Abah,Amir dah balik.Boleh Amir jumpa Abah dan Ibu?", tanya Amir

"Kau siapa? Aku takde anak macam kau.Pasal kau habis malu 1 keluarga aku.Berambus !!", Kata abah Amir.

"Abah,maafkan Amir.Tolonglah maafkan Amir", Rayu Amir lagi.

"Aku kata berambus !!", herdik abah Amir lagi.

Tiada lagi kata-kata yang dapat aku ucapkan untuk memujuk hati Amir ketika ini.Aku hanya mendiamkan diri sahaja sambil memandu pulang ke Rembau.Hajatku untuk menziarahi kedua orang tuaku di Kajang terpaksa aku lupakan.Amir ketika ini sedang tidur dengan kerusi diturunkan ke belakang.

"Amir,bangun Mir.Dah sampai rumah kau ni", kataku sambil mengoyangkan tubuhnya.

"Haa dah sampai ke? Okay Wafi thanks. Aku naik rumah dulu", kata Amir sambil mengesat matanya.

"Kau restlah,tak payah fikir sangat apa yang jadi tadi.Dah betul okay baru kau masuk kerja." Pesanku kepada Amir.

Sampai di Dusun Sahabat,terus sahaja aku membawa diriku ke gazebo yang terletak berhampiran dengan sungai.
Aku merenung kembali apa yang terjadi di antara Amir dan keluarganya.
Walaupun perkara itu telah lama berlalu,tapi masih jelas keluarga Amir tidak lagi menerima kehadirannya sebagai anggota keluarga mereka.

Hanya kerana klip video yang tersebar,
Amir dihukum sebegitu oleh keluarganya sendiri.Aku faham perasaan kecil hati dan malu itu pada keluarga tentu ada,tapi hukuman yang sebegini keterlaluan padaku.Timbul pula rasa bersalahku pada Amir kerana mengambil kesempatan ke atasnya tempoh hari.

Stigma masyarakat yang terlalu menghukum juga menjadi salah satu sebab mengapa golongan seperti kami ini sukar kembali ke pangkal jalan. Semakin aku menginjak dewasa, semakin sedar aku pada kekejaman dunia.

"Eh bang,cakap tidur Kajang?", tegur Shazuan sekaligus mematikan lamunanku.

"Tak jadi Wan.Lepak sini je la.", jawabku sambil memandang wajahnya.

"Habis Abang Amir nanti balik sini macamana?", soalnya kepada ku semula.

"Abang Amir tak dapat masuk rumah pun.Kena halau dengan family dia.Dia ada kat rumah tu.Biarlah dia rehat." Kataku lagi kepada Shazuan.

"Lah,kenapa sampai macam tu sekali?", keluh Shazuan.

"Dunia sekarang ni memang cepat menghukum.Sebab tu abang nak kalau kau buat,buat dengan abang je.Jangan buat dengan orang lain.Kang tak pepasal kena dajjal macam Amir tu.Dah la Wan,jom bersiap.Kita balik rumah." Arahku kepada Shazuan.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now