ep15

29 5 110
                                    

Jay menghempaskan pintu keretanya  apabila sudah sampai di rumah orang tuanya, dengan nafas tidak teratur dia melangkahkan kakinya memasuki rumah sambil mengcekam rambut blondenya dengan erat.

"Jangan berani kau jejakkan kaki kau kat rumah daddy park jongseong"suara ayah Jay terdengar di ruang tamu apabila melihat anaknya membuka pintu utama dengan kasar.

Jay yang baru sahaja nak melangkahkan kakinya masuk ke dalam terus terdiam kaku di depan pintu, dia menelan ludahnya kasar, emosinya yang masih membuak tadi terus menghilang digantikkan dengan perasaan takut dalam sekejap.

Yoona yang baru sahaja turun dari tangga terus melangkahkan kakinya laju menuju kearah anaknya, menarik paksa jay masuk ke dalam, dia sorokkan tubuh Jay dibelakang tubuhnya membuatkan siwon berdesis.

"Awak ni kenapa dengan anak sendiri macam tu?!"pekik Yoona apabila melihat suaminya sudah bangun dari duduknya menuju kearah mereka dengan raut muka teramat datar.

"Kau tanya kenapa aku buat macam tu kat anak sendiri? Ke kau buat-buat tak nampak apa anak kau dah buat kat menantu kesayangan aku?, Dan sialnya kau pun sepakat dalam hal ni"

Deg!

" A-apa maksud awak? Saya sepakat ap--"

"Jangan ingat aku bodoh yoona, semua kau rancang, semua kau buat kat menantu aku, aku semua tahu, lagi-lagi kau diam-diam bawak scandal anak bodoh ni pergi cari baju weeding tanpa persetujuan aku, tambahan perempuan tu tengah mengandung right?" siwon ketawa sinis dia mengusap mukanya dengan kasar apabila merasakkan emosi sudah membuak sampai keatas kepala, dia pun menundingkan jari kearah sang anak yang berada di belakang ibunya menantapnya dengan tajam.

"biadapnya anak tak guna ni bunuh cucu aku yang baru muncul kat perut ibunya, APA KAU DAH GILA JAY PARK?!"teriak siwon tangannya mengepal erat, nak sahaja dia menumbuk muka anaknya tapi dia menahan diri.

"D-daddy jay sendiri baru tahu yang mayra mengandung, Jay mintak ma--"

"Buat apa kau nak mintak maaf?, Maaf kau boleh kembalikan mayra jadi menantu aku balik ke?"tanya siwon dengan sinis membuatkan Jay kembali terdiam.

Siwon melangkahkan kakinya duduk kembali di sofa ruang tamu dia menghembuskan nafasnya dengan kasar "jangan buat alasan kau tak tahu Jay, mayra dah cakap kan dia tengah mengandung tapi apa kau buat? Kau hina dia, hina anak kau sendiri, tambahan kau naik tangan kat mayra"

Jay membulatkan matanya terkejut macam mana daddynya tahu?.

"Semua kau buat, main belakang mayra, daddy tahu semuanya Jay, tapi adakah aku pernah ajar kau jadi dayus macam ni?"kalini raut wajah siwon digantikan raut wajah kecewa, suaranya melirih sedih apabila teringat mendiang ayah mayra yang menyuruhnya menjaga anak perempuan kesayangannya baik-baik.

Tapi dia gagal malah anaknya sendiri menghancurkan mental mayra dalam sekejap.

"Aku sebenarnya tak faham apa kau nak, kau hina dia mandul, tapi bila dah mengandung kau bunuh anak  kau sendiri, kalau kau dah taknak dia pulangkan mayra kat keluarga dia dengan cara elok jay, bukan dengan cara bodoh macam ni"sambung siwon dia pun menantap kearah isterinya pula yang masih terdiam.

"Sekarang dah puaslah hati kau Yoona.. Andai kau tahu sebenarnya siapa mayra tu aku jamin kau akan menyesal, kau memang manusia tak keti kenang budi, kalau tahu aku biarkan je kau mati tanpa bantuan sesiapa pun"

Yoona memandang terkejut kearah suaminya "a-apa maksud awak?!"

Siwon diam dia pun bangun dari duduknya "sekarang kau jangan jejak kaki kau kat rumah ni lagi, buatlah apa kau nak buat aku tak perduli, nak anggap aku mati pun takpe, semua perusahaan aku bagi tu kau nak ambil silakan, tapi jangan harap aku nak bagi restu kat scandal kau tu"

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now