ep6

34 4 40
                                    

Mayra mengedipkan kedua matanya dengan perlahan apabila cahaya terang meneranginya, dia pon bangun dan melihat sekeliling semuanya putih..

Dia mengerutkan dahi, dan mulai bangun berjalan dengan perlahan tidak tentu arah, dia sejujurnya bingung sebenarnya dia ada di mana? Kenapa semuanya putih?.

"Mommy!!"

Mayra menolehkan kepalanya ke depan apabila melihat kelibat seorang anak-anak perempuan yang sedang menuju kearahnya dengan muka dipenuhi air mata.

Baru mayra nak melangkahkan kakinya nak menuju kearah anak perempuan itu, tiba-tiba ada seorang perempuan dewasa muncul dengan raut cemasnya menuju kearah anak perempuan itu dan mengusap pipinya.

Mata mayra melebar apabila melihat sosok perempuan itu adalah dirinya, dia makin kebingungan melihat budak perempuan itu menangis teresak kearah perempuan yang dikenali adalah dirinya sendiri.

"Sayangnya mommy kenapa nangis hm?"

"Daddy jahat hiks"

"Dia bunuh oppa hiks"

"Patutnya oppa lahir sama dengan kita hiks, tapi kenapa daddy bunuh dia sebelum kami lahir sama-sama!!"

"Benci daddy hiks, benci!!"sambung anak itu dengan teriakkan yang kuat dan menangis dengan teruk, perempuan dewasa yang adalah dia lihat adalah dirinya sendiri itu memeluk anak yang dikenali anaknya itu dengan erat.

Mayra melihat semua itu tanpa sedar air matanya mengalir.

Apa dia?

Anak?

Oppa?

Apa maksud--

"Sayang.. jangan benci daddy okay? Tak baik" dia mencium dahi anaknya dengan sayang tapi air matanya mengalir.

Anak itu menangkup kedua pipi mommynya dan memandang dengan air mata yang masih mengalir.

"Mommy kalau sekalipun adik jumpa dengan daddy, adik tak akan ngaku dia ayah kita"

"Daddy jahat curang belakang mommy, pukul mommy, bunuh oppa hiks, patutnya seorang abang itu melindungi adik dan mommy!!, tapi hiks" anak itu tanpa meneruskan ucapannya dia terus memeluk mommynya dengan erat.

"Mommy hiks apapun jadi, adik selalu ada dengan mommy, adik akan lindungi mommy, walaupun tanpa seorang ayah pun"

"Adik sayang mommy"

**

Mayra terus terbangun dari tidurnya, tersedar rupanya dia tertidur di depan pintu, dia bangun mendudukkan diri dan mengelap air matanya.

Dia kebingungan apa dia mimpi tadi tu?

Dia melihat jam dinding menunjukkan pukul 5 pagi..

Berapa lama dia nangis sampai tak sedar tertidur kat depan pintu..

Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik tamu tersebut, tekaknya perih sekilas masa dia sesudah turun ke bawah, dia melihat matanya cukup sembab, dia menghela nafas perlahan, dahlah dia ada janji dengan sepupunya yang baru balik dari london apa dia nak jawab nanti, mengingatkan sejak daddy dan mommynya sudah tiada dia disayangi oleh sepupu sedara auntynya.

Tak silap mampus jay tu dikerjakan nanti.

Mayra memasuki dapur dan mengambil roti memasukkan ke dalam pemanggang dia malas nak masak, moodnya total turun apabila mengingatkan perlakuan suaminya kearahnya.

Mayra pon membasuh mukanya menggunakan air di singki, dia berharap mata sembabnya tak kelihatan sangat kerana semalamam asyik menangis tanpa henti.

Dia tiba-tiba dikejutkan oleh sepasang tangan melingkari diperutnya, disusul bahunya sebelah kanan terasa berat.

Menghela nafas perlahan dia pon mematikan air dan mencuba mengabaikan suaminya yang melihat kearahnya, dapat dia rasakan nafas lelaki itu berada di lehernya.

"Goodmorning sweetheart"gumam suaminya perlahan dia mencium pipi mayra tapi isterinya itu terus mengesat ciuman yang dibagi itu dengan kasar.

Jay mau mencium kembali, kali ni sasarannya mau dibibir, tapi mayra dengan cepat menolak suaminya itu dengan kuat sampai pelukkan terlepas.

"Sayang.. don't be like this please"Jay mau meraih kembali isterinya ke dalam pelukkan, mayra sekali lagi menghindar cepat darinya.

"Bab--"

"Aku takde mood"jawab mayra dengan ketus, tanpa menoleh kearah suaminya dia pon mengambil roti yang sudah siap dia panggang itu dan memakan dengan lahap, dia mendudukkan diri di kerusi meja makan sambil memainkan iphonenya.

Jay yang melihat respon isterinya itu berdecak perlahan, dia pon mendudukkan diri didepan mayra dan memandang isteri cantiknya itu dengan tatapan lelah.

"Saya minta ma--"

"Kenapa kau duduk sini? Bukan ke biasa macam ni kau dah pergi kerja?" Potong mayra tanpa melihat wajah suaminya, dia meletakkan iphonenya diatas meja, tangannya menyilangkan di depan dada sambil membuang mukanya kearah lain. Raut wajahnya kelihatan dingin tiada satu raut kesedihan atau senyuman lagi disitu.

Jay terdiam sekejap tiba-tiba lidahnya terasa kelu, dia menghela nafas "park mayra jaga bahasa awak"

"Bukan kau start dulu ke?" Jawab mayra kalini dia memandang muka suaminya dengan tajam.

"Apa? Park mayra? Semalam bukan panggil aku moon mayra ke? Kenapa nak selit balik nama "park" tu kat depan?" Sindirnya, jay diam sejenak.

"Saya tak sengaja" dia mau meraih tangan isterinya dengan cepat isterinya menepis tangannya.

"PARK MAYRA!!"bentaknya membuat mayra terdiam, mayra merasakan perutnya terasa sakit, tapi dia abaikan.

"JANGAN JADI BUDAK-BUDAK MAYRA, INI MASIH PAGI SAYA TAKNAK GADUH DENGAN AWAK!!"

"Lepastu awak nak salahkan saya?"mayra memandang suaminya kalini air matanya mengalir lagi dengan perlahan.

"Keluar rumah macam keluar masuk hotel, kadang tak balik, balik-balik lempias marah kat saya, awak fikir saya apa?"raut wajah mayra kalini menantap suaminya dengan kecewa.

"Ke awak ada perempuan lain? Siapa perempuan tu? Murah sangat nak kat laki orang? "

Plak!!

"JAGA MULUT KAU!!"pekik Jay dengan rahang mengeras.

Mayra memegang pipinya yang terasa kebas, dia yang tertoleh kena tamparan dari suaminya itu, dia terus memandang suaminya tak percaya.

Jay tersedar apa yang dia lakukan terus memandang isterinya dengan cemas. Dia menuju kearah isterinya tapi mayra menghentikan langkahnya.

"Sayang saya--"

"Pergi"

" Dengar saya tak--"

"PERGI!!!"pekik mayra, jay terdiam kaku melihat mata indah isterinya mengalirkan air mata dengan deras.

Tiada respon pergerakkan dari suaminya dia terus bangun dari kerusi dan pergi dari situ.

Mendengar hempasan pintu, Jay mengusap rambutnya dengan kasar, dengan cepat dia berlalu pergi meraih kunci kereta dan meninggalkan rumah itu.

Dia nak cari ketenangan kesebuah tempat.

Utamakan vote and komen

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now