"sayang?"Jay mulai bangun dari tidurnya apabila melihat keberadaan isteri tiada di sisinya, dia mengerutkan dahi dan memandang ke sekeliling.
Dia menghela nafas pelan dan pergi mandi, mungkin isterinya di bawah. Sempat dia melirik jam dinding pukul 10:30.
siap sahaja mandi dan berpakaian dia pon turun kebawah, matanya melihat ke kanan ke kiri mencari isterinya.
"Ya tuhan mana awak ni sayang?" Dia mengacak pinggang apabila melihat isterinya tiada di dapur. Cari di luar kolam renang tiada, tempat gym tiada, seluruh penjuru rumah dia mencarinya tapi tiada nampak pon kelibat bininya.
Dia pon mendudukkan diri di meja makan sambil mengurut keningnya, tetiba matanya nampak sebuah kertas tertampal di peti ais, dia pon bangun dan melihat.
Awak maaf saya pergi tak bagitahu awak, awak nampak penat jadi saya tak sedap nak kejutkan awak, ha nanti dah bangun nak pergi kerja tu makanlah saya dah masak tu, saya pergi beli barang dapur kejap, bahan dah habis..
Dari
P.mayraJay menolehkan kepalanya melihat tudung saji yang tertutup dia membuka penutup itu dan melihat perbagai jenis makanan di situ, dia menghela nafas.
"Macam mana nak makan tengok muka bini pepagi dah takde, kan jadi hilang selera"berdecak pelan sebelum mendudukkan diri di kerusi meja makan, sandwich diambil dan mula makan dengan pelan.
Kang kalau tak makan nanti isterinya marah pulak kan?
"Andai dia tahu aku rela ambik cuti semata nak menyenangkan dia harini, tapi tulah pepagi dah lesap"rungut nya, tangan kirinya laju mengspam chat bininya.
Ting!
Heeseung
B
ro tengok news!!
Jay mengerutkan dahinya tanpa bertanya dia pon membuka twitter, dia mengeraskan rahangnya sebelum bangun dari tempatnya, meraih kunci kereta dan keluar dari rumah.
Ibunya memang mencabar kesabarannya sampaikan membuat news bodoh, dia berharap isterinya tak baca.
*
"Dah lama tak nampak kau, baru kau nak erk singgah sini Ish!"Mayra ketawa kecil dia pon mendudukkan diri dan memandang sekeliling, sekarang dia berapa di restoran besar milik sang kawan atau lebih tepat sekarang jadi kakak iparnya?
Sebuah kebetulan ke atau apa itu, kawannya kahwin dengan sepupu suaminya, dan kawannya pon juga sudah mempunyai seorang anak lelaki.
"Mayra, aku dengar ibu mertua kau nak kahwinkan Jay dengan perempuan lain lagi betul ke?"tanya kawannya, membuatkan mayra tersenyum miris.
"Hmm tapi aku rasa jay memang patut kot kahwin dengan orang lain, yelah aku kan mandul?"
"Kau yakin ke kau mandul? Eh ada je orang kahwin 5 tahun takde anak last-last akhirnya mengandung juga" balas kawannya membuatkan mayra hanya diam sahaja, jus oren yang berada di depannya di minum perlahan.
"May kalau aku jadi kau kan, aku akan tarik rambut sundal tu, ha sekalian dengan mak mertua kau sekali aku rembat"mayra hanya tergelak kecil mendengar gerutuan kawannya.
"Tak baik macam tu"
"Baik tak baik kalau perangai macam gitu apa perlu bersabar? Mayra come on lah aku bukan apa lah tapi cuba lah kau tu ganas sikit jadi orang, melawan je, pukul je, belasah sampai mampus pon takpe, tapi tulah hati kau ni lembut sangat" cebiknya dan menyandarkan diri di kerusi sambil pandang mayra dengan dahi berkerut.
"Kita lain izeara"
"Lain tulah kena ubah jadi sama-- ha kau, kalau mak mertua kau suruh kau kahwin lagi dengan perempuan sexy dari Jepun ke, Australia ke kau terima ke?" Sembur izeara terus apabila melihat suaminya baru sahaja datang di restorannya.
"What do you mean? Of course not princess! You know how much i love you?"suaminya segera berjalan kearah isterinya dan mencium pipi itu dengan sayang.
"Ihh jangan cium kau tak malu ke ada mayra"izeara mengesat pipinya yang kena ciuman dari suaminya membuatkan suaminya itu menolehkan kepalanya ke arah mayra.
"Tapi jangan lah kesat ciuman saya beri"
"Apa ngak senang lo?!"
Suaminya membuat keputusan untuk diam sahaja, kang kalau jawab kena marah pulak.
"May sorang je ke?, Dari mana? Jay mana?"tanyanya apabila melihat mayra diam sahaja.
"O-oh ha tu, aku pagi-pagi dalam pukul 7 gitu aku keluar pergi beli barang dapur, maybe Jay sekarang dah pergi kerja"jawabnya, suami kawannya pon hanya mengangguk.
"Mayra kau ada masalah ke dengan suami kau"tanyanya membuatkan mayra hanya tersenyum sahaja.
"Sebab tu lah aku tanya kau, kalau contoh lah contoh kita ni maksud aku, aku ni ha lambat nak bagi kau zuriat kalau mommy kau nak kahwin kan kau dengan perempuan lain kau nak ke?"
"Of course taklah sayang, and mommy tak mungkin nak siakan menantu idaman macam awak, dan jika saya terima apa mommy atur saya akan jadi lelaki paling bodoh dalam dunia ni"
"I know but kalau awak siakan saya pon saya dengan senang hati pergi berkahwin dengan eunwoo, well even
Awak ni orang kaya terpandang, jangan lupakan saya dulu bekas model artis terkenal, sampai kesekarang saya famous, sekali jentik ramai lelaki datang"izeara mengenyitkan mata nya apabila melihat sekumpulan perempuan menunjuk kearahnya dan histeria disitu."Bukan nak sombong tapi ini kenyataan ya wahai suamiku jung jaehyun" dia mengusap pipi suaminya sekilas sebelum pandang kearah mayra balik.
Suaminya--jung jaehyun hanya mengelus dadanya perlahan, nak marah tapi kenyataan, untung sayang, untung cinta..
"Ometod what the--- darling tengok ni!"Izeara menunjukkan layar screen hitamnya itu kearah suaminya membuatkan jaehyun terus memandang mayra yang sedang termenung memandang telifonnya.
Breaking news!!
Park Yoona mengumumkan perkahwinan anaknya Jay park bersama artis model japan terkenal giselle pada bulan hadapan!! Adakah mayra yang merupakan isteri kepada jay park setuju giselle menjadi bini kedua kepada Jay? Adakah dia dengan sukarela di madu? News selanjutnya akan kita ketahui lebih lanjut..Mayra hanya terdiam dia meletakkan telifonnya di atas meja, menahan air mata supaya tidak mengalir.
Kenapa ibu mertuanya buat dia macam ni..
Jelas dia melihat di situ Yoona mengumumkan perkahwinan suaminya dengan wanita pilihannya di situ.
"Ah Izeara aku balik dulu ya, ermm berapa?"
"Tak, tak payah, restoran aku ni free untuk kau, may kuat okay? Aku ada selalu dengan kau tau" izeara meraih tangan mayra dan mengusap pelan, dia senyum kearah kawannya untuk memberi semangat.
Mayra mengangguk "thanks wegy, anytime kalau aku free aku datang sini lagi, aku balik dulu bye, terima kasih"dia pon bangun dari duduk nya, sebelum melangkah pergi dia memeluk kawannya dengan erat.
Mayra pon keluar dari restoran sang kawan dan masuk kedalam perut kereta yang terparking rapi di depan restoran izeara. Dalam perjalanan pulang air matanya tak henti mengalir, dia sakit, sakit sangat terhadap ibu mertuanya.
"Sabar mayra, ya tuhan tolong bantu rumah tangga kami"
YOU ARE READING
SORRY MYLOVE - (Jay)
ActionDisahkan mandul, dibenci oleh mak mertua, kata-kata cinta dari sang suami hanyalah tipu belaka... just read if you want know