ep19

40 7 181
                                    

6 tahun kemudian

Jay melangkahkan kakinya masuk ke dalam ruang kerjanya dan terus menghempaskan tubuhnya di sofa, dia menghela nafas dengan kasar sambil mengurut kepalanya, dia baru sahaja selesai meeting.

Dia menolehkan kepalanya apabila ada seseorang yang baru sahaja memasuki ruangan kerjanya, dengan malas dia pun memilih memejamkan matanya.

"Kau nak apa datang sini heeseung? Baliklah aku tak ada mood nak layan manusia harini"

Heeseung tanpa menghiraukan perkataan sahabatnya itu memilih melangkah mendekat berdiri di sebelah Jay yang terbaring lelah disitu.

"Kau tak ambik anak kau sekolah?"

"Aku sibuk"

"Jay kau tak kesian ke kat anak kau?!!"bentak heeseung membuatkan Jay terus membuka matanya memandang lelaki bermarga Lee itu dengan tajam.

"Tak payah sibuk urusan aku! Budak tu kena culik ke, kena bunuh ke perduli apa aku"jawab Jay dia pun bangun dari baringnya dan mendudukkan diri dengan santai, heeseung hanya memandang tak percaya kepada sahabatnya.

"Jay tak kesian ke kat mendiang isteri kau? Dia suruh kau jaga danielle tu baik-baik!! Dari dia bayi sampai dia dah besar kau sikit tak hiraukan dia bapak jenis apa kau ni?! Tak cukup kau layan Lily tu macam tak wujud, takkan anak kau sendiri kau pun nak buat macam tu juga?!"jawab heeseung, Jay hanya berdecih.

"kalau kau nak budak tu kau ambik, aku tak sudi nak anggap dia anak"

Heeseung memejamkan matanya dengan erat, dia menarik nafas perlahan apabila emosi menguasai diri "Jay anak kau tu baru umur 7 tahun jay, dia ada salah ke kat kau?"

Jay hanya diam dia memilih meraih vape yang berada di atas meja tanpa menghiraukan perkataan heeseung.

Selepas dia dan lily berkahwin, jay tidak melayani isterinya dengan lembut, selalu berkata kasar, balik kerja lambat, tidak balik langsung kerumah, sedikit masakkan isterinya pun dia tidak pernah makan, beberapa kali dia keluar masuk club balik dengan keadaan mabuk tak sedar dia memukuli isterinya yang sedang mengandung.

Sampailah ketika anak mereka danielle park lahir, isterinya meninggal semasa melahirkan anaknya.

Walaupun baru lahir pun Jay tidak pernah pun mahu mendukung, memberi susu, tukar segala pakaian, mandian, semua yang urus itu ibunya sendiri tidak pun serahkan semua itu kepada babysister.

Kemarahan ibunya dia hiraukan, ayahnya? Sejak mereka cerai kelibat ayahnya tidak pernah lagi ia lihat.

Mungkin ayahnya sepenuhnya sudah benci kepada dia dan ibu.

"Malam ni kau pergi mana?"tanya heeseung membuatkan jay mendongak memandang kearahnya.

"Napa kau nak tahu?"

"Sunghoon ajak lepak dah lama kan kita tak lepak sama-sama"

"Aku ada hal"

"Ke mana?"

"Tempat biasa"

"Club?"

Jay hanya mengangguk, melihat respon itu heeseung hanya menggeleng.

"Sampai bila kau nak macam ni?"

"Sampai mayra balik"

Heeseung menghembuskan nafasnya dengan lelah "move on jay, aku rasa mayra dah bahagia"

Mendengar itu Jay memandang tajam kearah heeseung "Mayra hanya boleh bahagia kat sisi aku!! tak ada orang lain boleh ambik dia dari aku"

"SEDAR JAY KORANG DAH BERCERAI SEMUA TU PUNCA DARI KAU!!"

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now