WOH 03

578 47 2
                                    

DARLIA mendiamkan diri. Terkedip-kedip matanya memandang sepasang mata hitam likat lelaki itu. Kata-kata Saint tadi cuba untuk diproses. 'You asked me how I can be here... and la réponse, c'est l'amour.' Darlia tak faham... apa yang Saint cuba sampaikan sebenarnya?

"Cuba cakap bahasa yang saya faham. Awak carut saya kan sebenarnya?" tuduh Darlia sambil menjeling Saint. Menyampah! Mentang-mentang Darlia tak faham apa-apa, jadi Saint pun bantai sajalah apa pun.

Saint yang mendengar kata-kata Darlia itu langsung tersenyum sinis. Rasa terhibur tiba-tiba. Tak sangka pula Darlia akan tuduh dia seperti itu. Memanglah Saint ini nampak macam lelaki jahat, tapi mulut Saint tak ada lah jahat mana!

Darlia pandang Saint dengan pandangan yang tajam. Apa yang dia seronok sangat senyum tu? Dah bunuh suami Darlia, boleh pula dia senyum-senyum macam tak ada apa-apa yang jadi. Kepala anjing dialah!

"Apa yang seronok sangat sengih-sengih macam orang terencat tu?" soal Darlia dengan nada suara yang tidak puas hati. Riangnya hati si pembunuh ni. Geram pula Darlia melihatnya.

"Are you done?" Saint tidak menjawab soalan Darlia, sebaliknya dia menyoal pula wanita itu. Saint pusingkan tubuhnya menghadap Darlia sebelum dia memeluk tubuh merenung seraut wajah wanita itu.

Langsung bertaut kening Darlia mendengar soalan Saint.

"Apa yang done?"

"Done exploring my tattoo? If not, go ahead and keep going if it'll stop you from talking shit. Ah, and in case kau nak sambung belajar bahasa French lagi, kau boleh tengok dekat sini pula. Dekat sini lagi banyak..." selamba saja Saint melemparkan kata-kata itu pada Darlia seraya menundingkan jarinya pada dada sendiri yang dihiasi tattoo itu.

Shit! Langsung memerah wajah Darlia dibuatnya. Laju saja Darlia memalingkan wajah sendiri ke tempat lain. Malu betul Darlia apabila Saint melontarkan kata-kata tersebut sambil menayangkan tattoo yang berada di badannya itu. Mentang-mentang dekat badan Saint ada lagi banyak tattoo, selamba badak dia saja tayang dekat Darlia. Dasar manusia tak tahu malu!

"Stupid," gumam Darlia perlahan.

Saint yang memerhati riak wajah Darlia itu langsung tersenyum sinis. Malu pun cantik. Nak pula wajah wanita itu berubah kemerah-merahan... Saint suka! Kemudian dengan selamba, Saint mencapai T-Shirt yang kotor dengan darahnya tadi dan menyarungkan semula ke tubuhnya.

"So, Miss Doctor... I'll take the lead then. Catch you later, whenever that may be..." tutur Saint seraya bangun dari duduknya. Sempat lagi dia merapatkan wajahnya dengan Darlia untuk melihat wanita itu buat kali yang terakhir.

Darlia apa lagi? Terus saja dia menapak ke belakang untuk menjarakkan dirinya dengan Saint.

Saint hanya tersenyum sinis melihat tindak-tanduk Darlia itu. Tidak betah lagi dia terus mengatur langkah untuk keluar dari bilik sakit itu.

"Kepala awak tu..."

Langkah Saint terhenti apabila Darlia bersuara.

"Mungkin akan ambil masa untuk baik... Kalau ada rasa sakit ataupun perlukan ubat tahan sakit bagitahu awal-awal," ujar Darlia tanpa pusingkan tubuhnya untuk memandang Saint.

Jangan cakap Darlia takut Saint mati ya! Darlia cuma mahu pastikan Saint hidup supaya dia boleh balas dendam pada Saint. Selagi dia belum balas dendam, selagi itu Darlia tak boleh biarkan Saint mati dengan senang.

War of Hearts Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang