PROLOG
❝ You can hide your feelings or mask your pain, but your heart betrays you every time, Darl. ❞
•• ───── ༻✧༺ ───── ••
"YOU killed him. You killed my husband." Mata Darlia ligat merenung tajam ke arah Saint. Dada yang berombak kencang itu cuba ditahan sedaya upaya. Sungguh, Darlia buntu. Darlia sedar yang dia sepatutnya membenci lelaki di hadapannya ini, tetapi hatinya enggan melakukan perkara itu.
Saint beriak biasa. Kata-kata Darlia itu langsung tidak mengguris perasaannya.
"I have told you before, I'm not a good guy. What did you expect from me, Darlia?" soal Saint tanpa perasaan. Tipulah kalau Saint tidak pernah beritahu hal itu pada Darlia. Bahkan Darlia boleh nampak dengan mata kepalanya sendiri.
"Saya tahu. Pembunuh macam awak tak patut hidup dekat dunia ni. Sebab awak dah bunuh ramai sangat orang, Saint. Termasuk suami saya..." ujar Darlia dengan perlahan. Air mata mula bertakung di tubir mata. Dada pula terasa sesak. Sukar sungguh dia mahu bernafas ketika ini. Walaupun Darlia tahu Saint yang membunuh suaminya, namun Darlia rasa sesuatu yang lebih menyakitkan ketika ini.
Sakit kerana dia telah jatuh cinta dengan pembunuh suaminya. Darlia tahu dia tidak sepatutnya jatuh cinta dengan lelaki yang telah membunuh suaminya. Darlia tahu dia tak patut buat benda bodoh itu tetapi Darlia tak mampu untuk menghalang perasaannya. Sungguh, Darlia bencikan diri sendiri ketika ini. Siapa saja yang jatuh cinta dengan pembunuh? Lebih-lebih lagi pembunuh yang membunuh orang yang kita sayang? Orang bodoh macam Darlia saja yang akan jatuh cinta.
Jeda. Saint memilih untuk mendiamkan diri. Hanya matanya saja bergerak memandang Darlia. Tipulah kalau Saint tidak punya perasaan terhadap wanita di hadapannya ini. Namun Saint sedar diri. Dia hanyalah seorang pembunuh di depan mata Darlia.
"I hate you, Saint. I shouldn't fall for you. Ini semua salah. Kalau saya tahu yang saya akan jatuh cinta dengan awak, memang saya bunuh awak lama dah. Sepatutnya saya ambil scalpel tu dan bunuh saja awak hari tu..."
Betullah tu. Tujuan Darlia masuk ke dalam penjara adalah untuk balas dendam pada Saint. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya... Entahlah, Darlia pun tak tahu nak cakap apa sekarang ini. Sungguh, Darlia bencikan diri sendiri ketika ini. Dia terlalu cintakan Saint lebih daripada bekas suaminya. Dia sayangkan Saint berbanding bekas suaminya. Bodoh kan?
"Then do it," ujar Saint dengan perlahan. Kakinya bergerak merapati Darlia setapak demi setapak. Pisau yang berada di atas meja makan itu sempat dicapai sebelum dia menghampiri Darlia.
Darlia merenung Saint dalam-dalam. Segala perbuatan Saint itu ditatap dengan perasaan yang bercampur baur. Wajah Saint dan pisau yang berada di tangan lelaki itu dipandang bersilih ganti. Apa yang lelaki itu cuba lakukan ya?
Ketika Darlia leka termenung, tiba-tiba Saint mencapai tangan Darlia. Pisau yang berada di tangannya tadi kini bertukar tangan.
"Kill me, Darlia." Suara garau Saint menyapa gegendang telinga Darlia dengan sangat lembut. Pandangan matanya juga tampak lebih lembut berbanding sebelum ini.
Darlia memandang pisau yang berada di tangannya itu.
"Bunuh aku. Aku tahu kau dah lama dah bunuh aku. Aku tahu kau nak balas dendam. So do it, doll."
"Saya bukan pembunuh macam awak." Lancar saja kata-kata itu keluar dari mulut Darlia. Kemudian pandangannya dialihkan semula pada Saint. Matanya tercari-cari sepasang mata hitam likat Saint.
"Oh come on, doll. Kau cakap kau nak bunuh aku. So do it. Aku ni kan memang layak untuk dibunuh. Bukan ke macam tu, hm? Nak pula aku dah bunuh suami kau. Jadi apa yang buatkan kau ragu-ragu lagi untuk bunuh aku?" Bibir Saint mengoyak senyuman sinis pada Darlia.
Iya, memang Saint nampak sungguh sinis ketika ini. Namun ia tak dapat menyembunyikan perasaan sebenar Saint pada Darlia. Saint tak mampu untuk menipu diri sendiri yang dia mahukan wanita itu. Tetapi Saint sedar yang dia takkan mampu untuk jadikan wanita itu miliknya. Bukan kerana dia mengalah, tapi dia mahu memaksa Darlia. Saint tahu Darlia bencikan dirinya kerana dia telah membunuh suami Darlia.
Darlia diam. Dibiarkan saja matanya berbicara. Hatinya berteka-teki bermacam perkara ketika ini.
Kenapa? Kenapa Saint suruh dia buat macam ini tiba-tiba? Adakah kerana dia rasa bersalah selepas bunuh suami Darlia? Ataupun Darlia ialah mangsa Saint yang seterusnya?
"How I wish I could kill you, Saint..." gumam Darlia dengan perlahan.
"Then just do it Darlia," balas Saint dengan nada biasa. Tangan didepakan seluas-luasnya seakan dia sedang memberi ruang pada wanita itu untuk menikamnya.
Darlia memejam matanya rapat. Kepala digeleng beberapa kali. Bibir bawah digigit dengan perasaan geram. Saint tak faham. Saint takkan faham betapa susahnya Darlia untuk lakukan perkara itu. Kalau membenci lelaki itu pun Darlia rasa susah, inikan pula dia mahu bunuh Saint. Namun Darlia gagahkan juga dirinya.
Mata dibuka kembali untuk menatap wajah Saint.
Genggaman tangan pada pisau yang diberikan oleh Saint tadi dieratkan. Darlia mengetap rahangnya dengan kuat. Perlahan-lahan tangan yang memegang pisau itu dinaikkan seakan dia ingin menyerang Saint.
Please, Darlia. Dia bunuh suami kau. Kau tak sepatutnya jatuh cinta dengan orang yang bunuh suami kau, Darlia. Jangan jadi bodoh. Apa lagi yang kau tunggu kan? This is the nice timing to payback, Darlia. Kill him.
"Come on, Darlia. You know what you have to do. I'm a serial killer! I took your husband's life. So go on, end me! It's the only way to escape this nightmare," arah Saint dengan suara yang lantang. Dia akan relakan saja apa yang Darlia akan buat padanya. Dia memang layak dibunuh oleh Darlia. Lelaki sepertinya tak sepatutnya bersama dengan wanita seperti Darlia.
Darlia memandang wajah Saint dengan perasaan yang geram. Pegangan pada pisau dieratkan lagi. Tanpa sebarang amaran, Darlia menapak mendekati Saint dengan pantas.
"Goddamn it. I love you, you asshole!"
The ache for him runs deeper than her anger. She longs to say something, anything... but not of life or death and not of gods or fate. She just wants him to live, so she'll never reach the end of falling. Falling for him.
YOU ARE READING
War of Hearts
Romance❝ 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙧𝙚 𝙢𝙖𝙜𝙣𝙚𝙩𝙨 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙤𝙣𝙚𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙧𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙡𝙤𝙤𝙙. ❞ +17 || Mature content All rights reserved © wadaella