WOH 04

346 42 3
                                    

CHAPTER 04:

Provoking him was her mistake, but it was the kind of mistake he welcomed.

•• ───── ༻✧༺ ───── ••

LAMPU malap yang berkelip di dalam sel itu memancarkan bayang-bayang Saint. Sesekali lelaki itu mengerang perlahan apabila dia menarik dirinya ke atas. Saint sedang melakukan pull up di palang besi yang ada di dalam sel itu. Setiap kali jam menunjukkan angka 6 petang, Saint pasti akan bersenam. Apa boleh dilakukan? Itu memang sudah menjadi rutin hariannya walaupun dia dikurung dalam penjara.

Otot-otot di bahagian lengan dan belakang badannya jelas kelihatan di bawah cahaya samar yang memenuhi sel itu. Peluh yang membasahi kulit pula membuatkan tattoo yang ada di tubuh Saint bersinar apabila cahaya matahari membolos dari tingkap berpalang besi di penjara itu.

Namun ketika Saint ingin melakukan satu lagi tarikan, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara di koridor penjara itu. Terus saja Saint berhenti dan melepaskan pegangan daripada palang besi itu dan turun ke lantai. Saint mengatur nafasnya semula sambil memasang telinga. Sesekali keningnya berkerut mendengar bunyi bisikan aneh dari luar selnya.

Dengan langkah yang tenang, Saint terus bergerak ke arah pagar besi selnya. Derianya juga semakin tajam mengamati apa yang terjadi di koridor. Namun wajahnya berubah ketika dia melihat Darlia yang sedang berjalan di koridor itu.

Riak wajah wanita itu kelihatan seperti dia sedang berada dalam ketakutan. Mungkin kerana banduan-banduan yang ada di dalam sel itu mengganggu dan mengusiknya. Tapi apa yang merisaukan sekarang ini ialah kenapa Darlia berjalan di koridor yang menempatkan banduan-banduan ini seorang diri? Biasanya pasti akan ada anggota polils yang akan datang mengiringi sesiapa sahaja yang ingin ke sel banduan.

What the hell does she think she is doing?

Darlia yang sedang ketakutan itu jadi tak tentu arah apabila dirinya asyik diganggu oleh banduan-banduan yang ada di situ. Memanglah banduan itu duduk di dalam selnya dan tak boleh mengapa-apakan Darlia, tetapi pandangan mata mereka itu dan juga siulan yang dilemparkan pada Darlia itu membuatkan Darlia rasa nak lari dari situ secepat yang mungkin.

Ketika Darlia sedang leka berjalan sambil memandang sekeliling, tiba-tiba ada seorang banduan yang sedang berdiri di hadapan selnya dan mengeluarkan kedua-dua belah tangannya seakan ingin mencapai Darlia. Tidak semena Darlia berjalan ke tepi hingga tidak perasan dirinya begitu hampir dengan sel banduan lain.

Dalam situasi yang menakutkan itu, tiba-tiba pergelangan tangannya dicengkam dan tubuhnya ditarik hingga Darlia menghadap banduan yang menariknya tadi. Sebelah tangannya menahan tiang sel manakala sebelah tangannya berada di dalam sel bersama dengan tangan banduan itu.

"I warned you to be careful, Miss Doctor. Looks like my advice fell on deaf ears, didn't it?" tutur Saint dengan sinis sambil mencerlung Darlia dengan pandangan yang tajam. Saint bukan berniat nak acah bagus, tapi tengoklah apa yang baru terjadi tadi. Nak cakap yang Saint tak bagi amaran pada Darlia? Penat dia membebel tadi. Tapi Darlia yang memilih untuk tidak mendengar amaran Saint itu. Kan tak pasal-pasal kena kacau dengan banduan gila.

Meminta sangat kan? Hah, rasain loh!

Mata Darlia pula terkedip-kedip apabila melihat Saint yang berada di hadapannya itu. Perasaan terkejut, tergamam dan takut bergambung menjadi satu. Darlia sangka banduan gila mana yang menariknya tadi. Mujur yang menarikanya itu hanyalah Saint. Sedikit sebanyak perasaan takutnya itu berkurang.

War of HeartsWhere stories live. Discover now