CHAPTER 01:
❝ They say revenge doesn’t bring peace.
But for her, it will bring justice. ❞•• ───── ༻✧༺ ───── ••
JANTUNG Darlia berdetak hebat. Hujan yang kian membasahi tubuh tidak diendahkan langsung. Apa yang dia kesah sekarang ini hanyalah keadaan suaminya. Kawasan yang dikerumuni polis dan paramedik itu membuatkan Darlia semakin tidak keruan. Namun itu tak menghentikan niatnya untuk mendekati kawasan tersebut.
"Aw... awak," gumam Darlia perlahan sebaik saja dia melepasi tali pita kawasan larangan berwarna kuning yang tertulis 'crime scene' itu. Kaki terus melangkah merapati sekujur tubuh yang terlantar di atas jalan tar itu. Mata Darlia bergerak-gerak memerhati keadaan sekeliling. Dadanya seakan dihempap dengan batu yang besar ketika ini. Bahkan Darlia rasa seperti saluran pernafasannya disekat oleh sesuatu.
Tidak betah lagi Darlia mencangkung di hadapan tubuh yang ditutup dengan sehelai kain putih itu. Terketar-ketar tangan Darlia untuk menyelak kain putih yang menutupi orang di hadapannya ini.
"Arghhh!" jerit Darlia dengan kuat. Air matanya semakin deras membasahi pipi. Perit sungguh rasanya untuk menerima kenyataan ini. Wajah Ares yang pucat lesi itu ditatap dengan perasaan yang dia sendiri tak mampu nak ungkapkan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati dia ketika ini.
"Ma... macam mana boleh jadi macam ni?" soal Darlia sambil meraung. Tangan naik menyentuh wajah suaminya yang sejuk itu.
"Puan, puan tak boleh ada dekat sini..." tutur seorang anggota polis seraya menarik Darlia untuk bangun.
"Lepaslah! Suami saya terbaring dekat sini, yang awak nak halang saya kenapa?" Lengannya yang dipegang oleh anggota polis itu direntap dengan kasar.
Apa yang bengap sangat polis ni? Dia tak nampak ke suami Darlia sedang terlantar di atas jalan tar dan berlumuran dengan darah? Butakah dia? Takkan tak faham apa yang Darlia rasakan ketika ini?
"Darlia!"
Darlia menoleh ke belakang untuk memandang si empunya suara. Wajah Zayan dipandang dengan pandangan yang kabur.
"Za... Zayan, Ares dah... dah tak ada." Tangisan Darlia pecah. Kakinya seakan tidak mampu untuk berdiri dengan betul lagi ketika ini. Suami Darlia, sudah mati. Ares Ryle milik Darlia sudah tiada.
Tergeleng-geleng kepala Darlia apabila mengenangkan nasibnya ketika ini. Kenapa semua ini terjadi? Selama ini mereka hidup bahagia saja, namun kenapa pengakhiran kisah cinta mereka berakhir seperti ini?
Baru saja Darlia ingin jatuh menyembah bumi, lengannya terus dipaut oleh Zayan.
"Jom pergi tempat lain dulu, Lia."
Darlia mendongak memandang wajah Zayan. Wajah kawan baik suaminya itu dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.
"Saya nak Ares..."
"Saya tahu, tapi kita tak boleh ada dekat sini. Polis tengah jalankan sesi siasatan dekat kawasan ni. Kita balik dulu ya?" pujuk Zayan seraya mengusap lembut lengan Darlia.
Tipulah hatinya tidak terusik melihat keadaan Darlia ketika ini. Siapa saja yang tak sedih apabila suami sudah mati kan? Lebih-lebih lagi mati akibat dibunuh.
Darlia menganggukkan kepalanya perlahan.
Darlia kena kuat. Dia tak boleh lemah macam ini. Apa pun yang terjadi, Darlia perlu tahu kenapa Ares mati dan siapa orang tak guna yang membunuh suaminya itu.
BOTOL air mineral yang dihulur oleh Zayan itu Darlia capai. Selimut yang menyelubungi dirinya itu dibetulkan sebelum dia meneguk air itu dengan perlahan. Otaknya tidak mampu berhenti memikirkan Ares.
"Polis ada jumpa sorang lelaki yang ada di situ masa kejadian tu terjadi."
Darlia menoleh memandang Zayan.
"Lelaki tu yang bunuh Ares ke?" soal Darlia dengan terdesak. Darlia memang terdesak sekarang ini, terdesak ingin mencari pembunuh suaminya.
Zayan membalas pandangan Darlia.
"Tak pasti lagi. Tapi sekarang ni dia di bawah siasatan polis sebab lelaki tu penuh dengan darah. Lepas tu masa polis tiba, lelaki tu memang tengah dan masa tu juga Ares dah pun terbaring berlumuran darah." Zayan menjelaskan apa yang terjadi pada Darlia.
Darlia pula menggigit bibirnya mendengar kata-kata Zayan itu untuk menahan amarah. Memang tak guna lelaki tu! Kalau Darlia jumpa dia, memang Darlia sepak dia sampai mati pucuk!
"Saya nak jumpa lelaki tu. Saya nak tengok muka dia. Saya nak tengok orang yang bunuh suami saya tu..." tutur Darlia dengan perasaan marah yang kian membuak-buak.
Zayan menghela keluhan kecil mendengar kata-kata Darlia itu.
"Tapi saya tak tahu kalau dia ada lagi ke tak dekat sini ataupun polis dah bawa dia ke balai..."
Darlia terdiam.
Baru saja dia ingin membalas, mulutnya langsung terkunci rapat.
Mata Darlia tertumpu pada lelaki yang sedang dipaksa masuk ke dalam kereta polis yang tidak jauh darinya itu. Laju saja Darlia bangun dari duduknya dan beragak ingin mendekati mereka.
Namun saat Darlia semakin menghampiri mereka, kereta polis itu sudah pun bergerak meninggalkan kawasan itu. Tidak semena Darlia mendengus kasar. Damn it, terlepas!
Ergh! Darlia pasti sangat mesti lelaki itu yang Zayan katakan tadi. Mana ada orang lain lagi yang ditahan oleh polis selain lelaki yang Darlia nampak itu. Rambutnya disebak kebelakang dengan kasar.
Geram betul tak dapat tengok muka lelaki yang ditahan oleh polis tadi. Tapi tak apalah, Darlia pasti Darlia boleh cam lelaki itu kalau mereka bertemu kembali kerana Darlia perasan ada tattoo yang menjalar di leher lelaki itu. Mujur saja dia nampak tattoo lelaki tadi walaupun dari jauh.
Kepala seekor naga...
Kepala seekor naga...
Kepala seekor naga...Darlia akan pastikan yang dia akan cari lelaki yang bertattoo kepala seekor naga di bahagian leher itu. Tunggu sajalah nanti.
"Kenapa ni?" soal Zayan dengan pelik. Terkejut dia apabila Darlia berlari tiba-tiba.
"Huh? Tak ada apa-apa." Wajah Zayan dipandang tanpa perasaan. "Saya rasa lebih baik saya tak berjumpa dengan lelaki tu..."
Kening Zayan bertaut. Pula dah? Tadi bukan main lagi Darlia nak jumpa dengan pembunuh suaminya itu. Sekarang tak mahu pula.
"Kenapa?"
"Sebab saya takut saya pula yang akan bunuh dia nanti."
TBC
YOU ARE READING
War of Hearts
Romance❝ 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙧𝙚 𝙢𝙖𝙜𝙣𝙚𝙩𝙨 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙤𝙣𝙚𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙧𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙡𝙤𝙤𝙙. ❞ +17 || Mature content All rights reserved © wadaella