WOH 06

231 27 1
                                        

SUASANA di penjara malam itu sangat sunyi. Hanya bunyi desiran kipas lama yang tergantung di atas siling dan juga bunyi kasut but polis yang lalu-lalang di koridor memenuhi pendengaran. Darlia menatap jam di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam namun dia masih di penjara.

Semua kerana hari ini ada banduan yang mengalami kecederaan serious selepas bergaduh sesama mereka jadi tak tentu pasal Darlia terpaksa kerja hingga lewat malam untuk memastikan mereka dirawat. Penat dan rasa mengantuk mula menguasai diri tapi dia masih ada kerja masih belum selesai.

Beberapa minit berlalu dan kini Darlia baru selesai menyusun peralatan perubatannya. Tiba-tiba pintu bilik sakit terbuka. Laju saja Darlia mengangkat kepala untuk melihat siapa gerangannya.

Seorang pegawai polis yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik sakit memenuhi pandangan Darlia. Mata Darlia tertumpu pada tag nama yang berada di baju polis itu. Daniel Hayyan. Kemudian mata Darlia beralih pula pada wajah lelaki itu.

Mhmm... Darlia selalu nampak lelaki ini, tetapi Darlia tidak pernah bercakap lagi dengan dia. Sebab apa? Sebab muka dia macam pervert.

"Doktor kerja lagi? Tak penat ke? Dah lewat ni..." soal Hayyan seraya tersenyum kecil memandang Darlia. Kakinya mengorak langkah untuk mendekati Darlia.

Entah mengapa senyuman lelaki itu nampak menjengkelkan bagi Darlia. Macam tengah senyum gatal pun ada juga. Nak pula mata lelaki itu tak henti memerhatikan tubuhnya.

Sumpah jijik!

"Ya saya masih kerja. Kenapa Tuan? Kalau tak ada hal penting, saya nak habiskan kerja saya ni," jawab Darlia dengan nada profesional. Dia cuba menjaga jarak. Takutlah dia dengan Hayyan.

Hayyan ketawa kecil mendengar jawapan Darlia itu. "Tak ada hal penting pun. Sebenarnya saya baru lepas habis rondaan, lepas tu nampak pula doktor dekat sini... itu yang saya datang menjenguk. Iyalah, dah malam ni risau apa-apa pula yang jadi dekat doktor..." tutur Hayyan panjang lebar seolah-olah dia prihatin terhadap Darlia.

Darlia yang mendengar kata-kata Hayyan itu menahan diri daripada buat muka. Dia cuba berlagak tenang walaupun nalurinya memberi amaran bahawa sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Nak pula bila Hayyan semakin mendekatinya. Wajah lelaki itu tidak lagi menunjukkan senyuman seperti tadi, namun sesuatu yang lebih tersirat.

"It's okay, terima kasih sebab concern, tapi saya mampu jaga diri sendiri. Tuan tak payah risaulah ya? Kerja saya pun dah nak habis dah jadi saya minta izin balik dululah ya?" tutur Darlia dengan segaris senyuman palsu.

Malas dia mahu duduk di situ lebih lama. Darlia lebih rela seorang diri di situ daripada bersama dengan Hayyan. Nak buat macam mana? Lelaki lagi menakutkan daripada hantu masalahnya.

Namun belum sempat Darlia ingin bergerak ke mejanya untuk mengemas barang, tiba-tiba Hayyan menghalang langkahnya. Lelaki itu memaut lengan Darlia hingga Darlia kembali berhadapan dengannya. Sebuah senyuman sinis mula terukir di wajah Hayyan.

"Eh, kejaplah. Kenapa tergesa-gesa sangat? Kita berdua je kat sini. Relakslah sikit, saya cuma nak sembang," ujar Hayyan dengan nada santai seraya melangkah mendekati Darlia dengan perlahan. Setiap langkah yang diambil membuatkan jarak di antara mereka semakin hilang. Tatapan matanya pula melekat pada wajah Darlia.

Darlia tersentak dengan tindakan Hayyan yang tiba-tiba itu. Dia terkaku sejenak. Jantung Darlia mula berdegup kencang dan dia cepat-cepat menarik lengannya untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu.

"Jangan sentuh saya boleh tak? Jijiklah!" amuk Darlia.

Namun Hayyan hanya ketawa kecil. Hayyan rasa terhibur dengan Darlia.

War of Hearts Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang