CHAPTER 05:
❝ No mask can hide what the
eyes have already claimed. ❞•• ───── ༻✧༺ ───── ••
DARLIA melangkah keluar dari kereta. Sempat lagi dia mengerling jam tangannya. Jelas sekali yang dia sudah lambat untuk ambil Alira sekarang ini. Semuanya salah Saint. Belum sempat Darlia ingin menutup pintu kereta, tiba-tiba suara jeritan Alira memenuhi gegendang telinganya. Laju saja Darlia menoleh ke arah suara itu.
"Mama!" jerit Alira sambil melambai ke arah Darlia. Terus saja Alira melepaskan tangan Zayan dan berlari anak ke arah mamanya itu. Kanak-kanak berusia sekitar 2 tahun itu terus memeluk kaki Darlia apabila dia berada di hadapan Darlia.
Darlia pula merendahkan dirinya agar dia sama tinggi dengan Alira.
"Aigoo my baby," Darlia mencubit kedua-dua belah pipi Alira sebelum dia melabuhkan kucupan di situ. "Uncle Zayan jemput Rara tadi?" soal Darlia pada anaknya itu.
Alira yang mendengar soalan mamanya itu terus mengangguk dengan perlahan. "Uncle... ambil Rara... skul..." ujar Alira dengan tergagap-gagap sambil menundingkan jarinya ke arah Zayan yang sedang berjalan ke arahnya itu.
Langsung tersengih Darlia mendengar kata-kata Alira itu. Nak bercakap tapi masih tergagap. Haih, anak siapa yang cute sangat ni? Perlahan-lahan Darlia turut melemparkan pandangannya ke arah Zayan. Segaris senyuman manis diberikan pada lelaki itu seraya dia menegakkan semula tubuhnya.
"Thank you sebab ambil Rara..."
Zayan berhenti di hadapan Darlia dan Alira. Zayan menganggukkan kepalanya perlahan. "It's okay. Lepas ni kalau Darl balik lambat lagi, bagitahu je Yan. Biar Yan yang ambilkan. Dah alang-alang hospital pun dekat je dengan taska Rara, tak ada lah Darl tergesa-gesa nak jemput dia," tutur Zayan dengan nada yang lembut.
Zayan ialah kawan mendiang suami Darlia, jadi sudah pasti Zayan akan bantu Darlia. Darlia, Zayan dan juga mendiang suami Darlia ialah doktor dan mereka bekerja di hospital yang sama sebelum Ares meninggal dunia. Sekarang pula Darlia berpindah bekerja sebagai doktor dalam penjara untuk balas dendam pada Saint. Jadi agak sukar untuk Darlia hidup seorang diri buat masa sekarang ini. Lebih-lebih lagi apabila Darlia itu sudah jadi janda anak satu. Fikir senang je jadi janda? Ditambah pula dia ada anak. Suami pula mati kena bunuh. Sadis sungguh hidup Darlia ketika ini.
"Tak bolehlah macam tu..." Darlia menggelengkan kepalanya. Takkanlah Darlia nak susahkan Zayan pula untuk jaga anak dia kan? Gila ke?
"Boleh. Yan tak kesah pun."
Darlia terdiam. Hanya matanya saja membalas pandangan Zayan.
"So macam mana kerja dekat tempat baru?" soal Zayan apabila kata-katanya tadi diabaikan oleh Darlia. Mahu tukar topiklah katakan...
"Hm... agak scary tapi okaylah juga."
"Darl ada jumpa dia?"
Darlia mengangguk perlahan. Walaupun Zayan tak mengatakan nama si 'dia', tetapi Darlia tahu orang yang dimaksudkan itu ialah Saint. Iyalah, siapa lagi yang Darlia cari dekat penjara tu kalau bukan Saint Arxo kan?
"Darl dah ada buat apa-apa ke?" soal Zayan lagi. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Dengan apa yang terjadi ini, Zayan kagum dengan Darlia. Macam mana dia tak kagum kalau Darlia gigih jejak kaki ke penjara untuk balas dendam?
Darlia menarik nafas panjang. Matanya yang tadi penuh kasih sayang kini berubah penuh dengan dendam. "Dah. Tapi sikit je. Darl buat drama je, yang lebih Darl biar polis yang uruskan."
YOU ARE READING
War of Hearts
Romance❝ 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙧𝙚 𝙢𝙖𝙜𝙣𝙚𝙩𝙨 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙤𝙣𝙚𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙧𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙡𝙤𝙤𝙙. ❞ +17 || Mature content All rights reserved © wadaella