PAGI itu sel tahanan sunyi. Hanya bunyi langkah Darlia yang sedang berjalan itu saja kedengaran bergema di situ. Bau besi berkarat, peluh lama dan sesuatu yang busuk menebal di udara sel tahanan itu. Darlia menarik nafas perlahan. Dia cuba menyesuaikan diri dengan bau-bau pelik itu walaupun sudah beberapa minggu dia di sini. Tangannya menggenggam beg rawatan kecil yang menyimpan alat-alat wajib untuk merawat.
Darlia berjalan menyusuri lorong yang panjang dan sempit itu. Matanya sesekali melirik ke arah sel belah kiri dan kanannya. Kebanyakan banduan masih lagi diam. Ada yang sedang duduk termenung dalam sel dan ada yang sedang tidur. Kemudian tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh yang berada di dalam sel tahanan itu.
Saint Arxo.
Lelaki itu duduk dengan santai di atas bangku konkrit dalam selnya. Kedua-dua kaki menapak kemas di lantai dan dia bersandar pada dinding selnya. Postur badannya tenang dan tak menunjukkan dia terkurung atau kalah dengan keadaan. Rambut lelaki itu nampak kusut. Sebahagian daripada rambutnya jatuh ke dahi namun tak menutup pandangannya.
Darlia masih jauh tapi Darlia tahu lelaki itu sedang merenungnya dari tadi.
Darlia cuba mengabaikan Saint. Tapi Darlia tak mampu berpaling ke tempat lain. Sekarang ini dia hanya nampak Saint saja. Seolah-olah dalam penjara itu hanya ada mereka berdua. Lelaki itu terlalu menarik perhatian walaupun dia tidak bercakap.
Aura tenang lelaki itu sungguh kuat. Gayanya seperti dia berada di sini kerana pilihan dan bukan kerana hukuman. Sumpah, ada sesuatu yang menakutkan tentang ketenangannya. Seolah-olah dia telah lama berdamai dengan dunia yang keras ini.
Darlia meneruskan langkahnya untuk ke arah sel banduan yang perlu dirawat. Namun tiba-tiba suara Saint memenuhi pendengaran.
"Are you here alone again, Miss Doctor?" soal Saint dengan tenang. Matanya tajam merenung Darlia dengan penuh minat.
Darlia menoleh semula memandang Saint. Mungkin insiden sebelum ini terngiang semula dalam kepala Saint. Sebelum ini memang Darlia curi-curi masuk ke dalam sel tahanan hanya kerana ingin tahu apa sebenarnya yang Saint buat dalam sel. Tapi hari ini bukan sebab itu. Hari ini dia memang ada kerja. Dia kena pantau banduan yang dilaporkan demam sejak dua hari lepas.
Darlia menggeleng perlahan. Dia memang masuk bersama seorang anggota polis tadi, tapi lelaki itu menerima satu panggilan dan minta Darlia masuk dahulu. Tapi dah hampir sepuluh minit, bayang polis tadi pun tak nampak.
Jadi ya, dia memang di sini seorang diri. Lagi. Buat masa sekarang.
Saint tidak menjawab. Hanya matanya saja dikecilkan sedikit dan merenung Darlia dengan tajam.
"What's wrong with your face?" soal Saint. Suaranya tak kuat tapi cukup untuk Darlia mendengarnya. Tidak semena tangan Darlia naik menyentuh pipinya. Masih terasa perit luka di bawah tulang pipi. Biru. Luka kecil. Tapi cukup untuk jadi bahan tanya.
Darlia tersentak dengan soalan itu. Sekali lagi dia menyentuh pipinya yang masih terasa pedih akibat luka kecil yang belum sembuh sepenuhnya.
"Kau bertumbuk dengan siapa kali ni?" soal Saint. Nada suara dia lebih sinis dari simpati. Seolah-olah dia tahu sangat Darlia bukan jenis duduk diam bila disakiti.
Nak cakap Darlia bergaduh dengan suami, suami dah mati. Takkanlah dengan boyfriend baru pula kan? Cepat betul Darlia move on.
Darlia diam sejenak. Dia hanya pandang Saint.
Saint menjungkit kening apabila tiada sahutan daripada Darlia.
"Mmm... no answer. Shall I guess it myself?" soal Saint sambil tersenyum sinis. "Polis yang selalu round sel ni?"
Darlia mengetap bibir. Matanya mengecil sedikit. Macam mana Saint tahu tentang polis tu?
ANDA SEDANG MEMBACA
War of Hearts
Romansa❝ 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙧𝙚 𝙢𝙖𝙜𝙣𝙚𝙩𝙨 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙤𝙣𝙚𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙧𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙡𝙤𝙤𝙙. ❞ +17 || Mature content All rights reserved © wadaella
