CHAPTER 02:
❝ La réponse, c’est l’amour. ❞
•• ───── ༻✧༺ ───── ••
3 bulan berlalu...
"KECEMASAN!" Jeritan daripada salah seorang anggota polis yang menyerbu masuk ke dalam bilik sakit itu memenuhi gegendang telinga Darlia. Langsung Darlia memusingkan tubuh menghadap pintu yang sudah terbuka luas dari luar itu. Laju saja Darlia menapak mendekati lelaki yang sedang terbaring di atas katil itu.
"Apa jadi?" soal Darlia seraya menolak masuk nkatil itu ke dalam bilik sakit.
"Kena serang pakai cangkul dengan banduan lain masa tengah buat aktiviti pembersihan dekat luar," ujar salah seorang polis yang memakai tag nama Emris itu pada Darlia.
Darlia hanya diam. Mesti ada drama bergaduh tadi. Kalau tak, tak adanya orang tercedera sampai berdarah-darah macam sekarang ini. Tidak betah lagi, Darlia menilik seluruh tubuh lelaki yang berada di atas katil itu.
Tidak semena Darlia menelan air liur. Perasaan gugup menyelubungi dirinya secara tiba-tiba. Nombor yang tertera pada baju lelaki itu dipandang sekilas sebelum Darlia buka mulut.
"5291, awak okay ke?" soal Darlia pada lelaki itu.
Mata Darlia pula ligat memerhati luka di bahagian belakang kepala dan bahu lelaki itu. Seram pula Darlia melihatnya. Nak pula bila banduan itu hanya memejamkan matanya.
Dah mati ke macam mana?
"Macam teruk sangat je pendarahan dia ni..." gumam Darlia seorang diri.
"Macam mana ni? Nak bawa dia pergi hospital ke?" kini Emris pula yang bersuara.
Tipulah dia tak risau kalau ada banduan tercedera. Kalau mati macam mana? Elok-elok orang tu kena hukuman gantung sampai mati, ini tak kena gantung lagi dah mati. Aduhai, stress!
"I'm good."
Semua mata tertumpu ke arah Saint yang sedang terbaring itu. Matanya pula masih lagi terpejam rapat.
Darlia tercengang sekejap. Woah, berlumuran darah pun masih boleh okay ya? Hebat, hebat!
"Get out," ujar Saint dua patah.
Darlia dan anggota polis tadi saling berpandangan.
Hampir melopong mulut Emris dibuatnya. Boleh pula banduan halau polis keluar ya? Saint Arxo ini memang luar biasa ya orangnya. Nak tak nak semua yang ada di situ akur sajalah. Kalau Emris duduk di situ pun, bukannya dia boleh buat apa. Tolong tengok sajalah mampu.
Tidak sampai beberapa minit, Saint membuka matanya apabila tiada lagi suara orang berkata-katadi dalam bilik sakit itu. Kemudian Saint bangun dari pembaringannya. Tangan pula lincah mencabut butang baju yang sudah kotor dengan darahnya itu lalu dicampakkan ke tepi.
Prang!
Laju saja kepala Saint menoleh ke arah bunyi itu. Wajah yang tidak berperasaan dilemparkan pada Darlia.
"Aku suruh keluar kan?" Dingin sekali nada suara Saint ketika ini.
Darlia pula hanya berdehem perlahan. Bekas yang mengandungi kapas yang direndam dengan antiseptik itu dikutip semula. Niatnya tadi nak ubati luka Saint, namun tumpuannya terganggu apabila matanya terpandang badan Saint yang tidak berbaju itu.
"Kalau dah nama pesakit tu buat je cara sakit ya, Encik 5291?" Segaris senyuman palsu Darlia lemparkan pada Saint. Mata digulingkan ke atas.
Kapas yang sudah jatuh atas lantai tadi dikutip lalu dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian Darlia sediakan semula kapas dan antiseptik yang baru. Keadaan di bilik sakit itu sunyi untuk seketika. Darlia fokus dengan tugasnya untuk menyediakan peralatan untuk merawat Saint manakala Saint hanya memerhati Darlia.
YOU ARE READING
War of Hearts
Romantiek❝ 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙧𝙚 𝙢𝙖𝙜𝙣𝙚𝙩𝙨 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙤𝙣𝙚𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙚 𝙞𝙧𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙡𝙤𝙤𝙙. ❞ +17 || Mature content All rights reserved © wadaella