Episode 01

18 3 0
                                    

×××

𝑀𝓇𝓈 𝐵𝑒𝓁𝓋𝓎𝓃𝒶 𝒳 𝑀𝓇 𝑀𝒶𝓁𝒹𝑒𝓋𝒶𝓃

×××
.

Di kerajaan Geornia, terdiri daripada tiga keluarga pahlawan dari lima keluarga bangsawan negara.

Keluarga Vol Gianni, pahlawan swordmaster yang mempunyai aura semerah permata Hessonite. Mempunyai mata permata Hessonite ketika menekankan aura.

Kedua, keluarga Maldevan. Pahlawan ahli strategi serta digelar Divine swordsman. Mempunyai mata Emerald ketika mengeluarkan aura.

Ketiga, keluarga Leoven. Archmage terkuat dikerajaan dan ilmuwan hebat. Mempunyai mata semerah Ruby ketika menggunakan magic.

Ketiga-tiga keluarga itu adalah pahlawan kerajaan. Dan mereka sangat dihormati oleh rakyat.

Tetapi, itu hanyalah cerita yang dibuat sebagai pujian dari para bangsawan tingkat rendah kerana terlalu menyanjung tinggi keluarga-keluarga bangsawan tersebut.

Belvyna duduk sambil menghirup kopi panas yang dihidangkan oleh Bianca iaitu pelayan peribadinya. Seterusnya, pinggan yang berisi dua keping roti sandwich diletakkan diatas meja selepas menaruh semangkuk kuah panas.

"Silakan dinikmati Cik Belvyna" pinta Bianca sambil tersenyum manis.

"Terima kasih, Bianca" ucap Belvyna.

'Aku bosan duduk dirumah terus' keluh hati Belvyna. Sekeping roti sandwich dipotong menggunakan pisau, lalu disuapkan kedalam mulut menggunakan garfu.

Anggun sekali. Sempat lagi dia berandai tengah duduk diistana raja. Tiba-tiba..

Tok tok

Bunyi ketukan pintu ruang rehat menyapa telinga. Pintu dibuka, lalu ditutup kembali ketika seorang butler memasuki ruang rehat. Butler itu menuju kemeja yang terletak diluar balkoni yang ditempati oleh Belvyna.

"Maaf mengganggu waktu anda, cik Belvyna. Tapi Cik Chiara sudah tiba." Beritahu Joseph yang merupakan pelayan peribadi tuan duke Vontier.

"Baiklah" sahut Belvyna.

Duke Vontier telah mengundang guru peribadi untuk Belvyna selama 7 tahun terakhir. Dia tidak didaftarkan ke akademi kerana sering sakit, keadaan tubuhnya yang lemah malah menjadi motif dia tidak boleh bersekolah. Akan tetapi, seorang bangsawan perlu belajar walau apa keadaan sekalipun.

Belvyna teringat akan abangnya, iaitu Ajax Le Vontier. Abangnya dulu suka memberontak kerana tidak ingin belajar. Bukan hanya itu, dia juga pernah membantai hampir semua anak lelaki keluarga bangsawan kerana tidak suka. Sungguh naif, tetapi, siapa sangka abangnya yang naif itu telah berubah menjadi lelaki tangguh.

Tiba di perpustakaan keluarga Vontier. Kelihatan Cik Chiara duduk diatas sofa rehat sedang membaca buku dengan tenang.

"Cikgu!" Panggil Belvyna tepat disisi sofa mengejutkan Cik Chiara.

"Cik Belvyna, anda perlu menjaga sopan santun anda sebagai keluarga bangsawan" pesan cik Chiara dengan senyuman kekok. Tekejut dia apabila diterjah demikian.

"Hehehe maaf" ucap Belvyna sambil menggaru kepala.

Tap!

Cik Chiara menutup bukunya sebelum memulai pelajaran dengan serius. "Kalau begitu, mari kita mulakan pelajaran"

-Sekitar 5 jam kemudian-

"Uggg aku lapar~" ucap Belvyna sambil meluruskan tangan diatas permukaan meja.

Beuty In LoveWhere stories live. Discover now