Hampir semua pelajar berkumpul depan papan senarai nilai murid. Nama yang tertera mendapat peringkat nombor satu adalah Chezyaa vol Gianni. Kekecewaan, iri dan takjub terukir diwajah masing-masing. Ada juga yang iri secara sehat, dan ada juga berasa hampah dengan nilai keputusan.
"Senior Chezyaa memang pintar, nilai pelajarannya 100% bulat sejak baru masuk!... padahal masih muda, aku iri"
"Ehh? Tengok tu!.. ada murid baru masuk dapat peringkat kedua!!"
"Tapi pelik? Siapa dia sebenarnya?"
"Vontier?"
"Bangsawan tingkat lima?! Hebat! Padahal baru tahun ini dia bersekolah!!"
Semua perhatian teralih kepada nama Belvyna yang tidak pernah muncul di muka social. Rasa penasaran pun timbul didalam diri mereka. Namun...
"Ada rumor mengatakan kalau sifatnya buruk"
"Iya! Aku juga pernah dengar.."
"Tapi bagaimana kalau rumor itu hanya tipuan semata?"
"Tapi rumor itu melampau sekali! Padahal dia pintar begitu"
"Dan bagaimana kalau bukan bohongan?"
Dalam sekejap, perhatian mereka teralih kepada sisi buruknya. Belvyna hanya diam sambil tersenyum mendengar bualan itu, dia tidak ada niat mahu menyangkal rumor yang beredar tentangnya, kerana tidak ada gunanya jika tidak memberikan bukti.
"Rumor macam apa itu?" Belvyna bertutur perlahan sebelum berlalu pergi.
Belvyna lengah seketika, tiba-tiba dia terserempak dengan Chezyaa Vol Gianni yang dikatakan peringkat satu itu dan digelar Noblesse. Bahayakah jika dia bertatap muka dengannya?
'Itukah yang dinamakan Noblesse si peringkat satu?'
Seketika dia mempertanyakannya. Sorot mata Chezyaa yang tanpa sengaja menatapnya sangat tajam namun indah, rambut silver serta keanggunannya berjalan dan hawa dingin yang dia pancarkan sangat sesuai dengan gelarnya, Noblesse.
Chezyaa berlalu mengikuti jalan koridor tanpa memasuki aula utama sekolah, seolah-olah tidak tertarik langsung dengan keramaian. Dia seumuran dengan Belvyna. Seketika kemudian dia merasa takjub.
"Kau tertarik dengannya?" Soal seseorang tiba-tiba mengejutkan Belvyna yang tidak menyadari keberadaan orang itu. Belvyna menoleh.
"Ahh! Maafkan saya" ucap Belvyna walaupun agak tidak terbiasa, tetapi diujarkan juga.
"Hm? Maaf kenapa? Jangan keliru bagitu... nama aku Anastasia, panggil saja Anas atau tasya.. berbicaralah santai denganku" Ujar Anastasia sambil memperkenalkan diri.
Belvyna ragu-ragu. Dia mungkin tidak mengetahui nama marga Anastasia kerana tidak diberitahu, tetapi dia sedikit takut dengan bangsawan kelas atas seperti yang dikatakan oleh cik Chiara.
"Hm? Kau berasa tidak selesa ya? Maaf.. menjadi bangsawan itu sulit hahaha" ujar Anastasia sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Hahah maaf, nama saya Belvyna Le Vontier.. anda boleh memanggil saya Belvy atau Vyna hehe" akhirnya Belvyna menjawap dengan tersipu-sipu.
"Wahh ternyata kau yang mendapat peringkat kedua itu ya? Hebatnya!... tidak seperti aku.." Anastasia.
"Memangnya anda mendapat peringkat keberapa?" Soal Belvyna.
"Hey kamu lihat itu, Anastasia De Leoven itu mendapat peringkat ke 570.. padahal berasal dari keluarga archmage ilmuwan hebat.. ternyata hanya segitu kemampuannya" kedengaran bualan pelajar lain.
"Yaa begitulah.. kau dengar sendiri kan?" Kata Anastasia pasrah dengan kenyataan. "Padahal aku sudah berusaha, tapi peliknya aku bangga. Sekurang kurangnya naik 100 pangkat.. hehe" tambahnya
YOU ARE READING
Beuty In Love
RomanceFormal? Bangsawan? Tidak, aku tidak suka itu. Jaga tata krama terhadap bangsawan lain? Tidak akan. "Anda perlu menjaga tata krama anda cik Belvyna" Hidup sebagai bangsawan tidaklah mudah. Aku juga perlu berpakaian kemas, bersih dan juga anggun. Sika...