Formal? Bangsawan? Tidak, aku tidak suka itu. Jaga tata krama terhadap bangsawan lain? Tidak akan. "Anda perlu menjaga tata krama anda cik Belvyna" Hidup sebagai bangsawan tidaklah mudah. Aku juga perlu berpakaian kemas, bersih dan juga anggun. Sikap aku juga perlu tegas, lemah lembut, ramah.. jika tidak maka merasalah kau kena kecam sampai kelangit. "Selepas aku tahu kalau aku nanti akan masuk asrama akademi, dan juga membuat janji dengan cikgu Chiara untuk manfaatkan apa yang diajarkan olehnya selama ni Aku macam.. Tiiiiiidakkkkkkk!" Sudahlah perangai mengalahkan lelaki, kasar tapi peliknya tak pernah-pernah pegang pedang, dan aku juga tidak seperti bangsawan umumnya. Selalu memberontak kerana tidak boleh keluar mansion, aku juga dikenali sebagai putri duke Vontier yang gila, selalu mengintip kesatria Vontier yang kacak, walaupun bualan tu setengah betul dan setengah salah. Tapi sejak cikgu Chiara mengajar aku sopan santun, terus patuh, terdiam dan terbisu, tak berani nak membantah. Kalau tak patuh habis kau kena lempang tergolek jatuh tah kemana nanti haihh.. sudahlah ada rumor yang mengatakan cikgu Chiara lah yang paling power didik anak nakal dengan sikap tegas dan dinginnya. Dan lepas ni aku kena masuk asrama akademi terhormat Ten-Star? Bagus ke tak bagus kena pergi juga. Ni lah peluang aku nak tunjukkan aura kebangsawanan aku.. bersih nama aku hehe.. Dan yang terakhir.. Perpisahan selamanya atau sementara itu hanya masalah waktu, dan tidak perlu dicemaskan. Tapi, satu keluhan aku boleh kata.. Bangsawan sangatlah sulit.. Namun tidaklah sesulit yang aku kira.. Not dialy life thoo...