Episode 08

11 2 0
                                    

-saat sebelum kejadian-..

Viyan berdiri tegak, manakala Lucas seperti gatal tangan mahu menerajang kepala Deon Albert yang sedang duduk santai seolah-olah masalah yang mereka katakan bukan apa-apa baginya.

"Kau mahu aku ajukan pasukan kesatria hanya untuk menyelamatkan seorang pelajar? Urungkan sahaja niatmu itu" ujar 'Deon' bernada selambah. Dia mengerling melihat keluar jendela, mata mencerung kearah kesatria yang berjaga dipagar utama.

   Mungkin agak jauh, tambahan pula rambut depan melabui matanya, namun, dia dapat rasakan kalibat seseorang dari gerak gerik bayang orang itu.

"Orang ini..!" Kedengaran suara Lucas, mahu saja mulutnya mengeluarkan sumpah serana, tapi nasiblah sempat ditahan oleh Viyan. Jika tidak, tak pasal-pasal kepalanya dingap sekali.

Deon kelihatan mengeluh. Dicelah-celah rambut, Deon mencerlung menatap Lucas yang sedang bertengkar kecil dengan Viyan.

Keluhan panjang dilepas lagi. "Tinggalkan kami bertiga" arahnya kepada seorang kesatria yang berdiri ditepi pintu keluar.

"Baik tuan" tanpa menyoal, terus dia keluar dari ruangan. Deon melabuhkan punggung diatas sofa dengan tenang.

Selepas kepergian kesatria suci tadi, ruang rehat pengetua kembali senyap. Hanya kedengaran bunyi jari Deon berketup-kertap diatas meja. Baru saja dia hendak berehat dari mengerjakan dokumen-dokumen akademi yang saat ini masih menumpuk diatas meja, tiba-tiba pula dia dikejutkan dengan berita seorang pelajar diculik.

Deon hembus nafas penat.

"Mohon maafkan kami jika kami mengacaukan suasana hati anda.." bicara Viyan memecahkan keheningan. Riaknya jelas berasa serba salah.

"Terus saja ke tujuan awal kamu datang kemari.. apa yang mahu kamu bicarakan?" Soal Deon selamba.

"Tuan kenal cik Vontier?" Lucas ragu-ragu.

Deon ketawa lucu, "ahhh gadis yang diiring oleh swordsmaster dihari pertamanya itu ya? Kufikir aku harus mengawal siapa, tapi hanya gadis kecil.. aku dengar sikapnya lebih buruk daripada abangnya.. adakah dia yang kamu maksudkan?"

"Benar tuan." Lucas menjawap. Tidak berani menyangkal, kerana itulah yang tersebar diluar mansion Vontier.

*Korang tahu mansion tu apa kan?: mansion ialah rumah sejarah yang mewah lagikan besar yang ditempati oleh pemiliknya.#

"Dan ini juga adalah perintah daripada tuan putera kelima" tambahnya.

"Putera kelima?" Deon menjungkit kening.

"Benar" Viyan pula menjawap.

'Deon' senyum menyeringai. "Hoh?" Gelas kaca yang berisi air darah dikerling, memerhati pantulan diri sendiri. Darah siapa? Darah dia sendirilah. Senyuman remeh diherot kesisi.

Tertarik minum darah sendiri?

Jawapannya adalah tidak. Dia menginginkan darah yang lain lagi. Iblis bayangan adalah spesies yang hampir sama dengan Vampire, meminum darah, mengigit mangsa.. tapi vampire tidak boleh terkena sinaran matahari, berbeza dengan iblis bayangan yang boleh keluar siang dan malam, namun kekuatannya lemah ditempat yang gelap. Kerana itulah dua spesies yang sama ini bermusuhan, kerana memiliki kelemahan yang berbeza. Tapi, Deon adalah iblis bayangan yang istemewa dan mempunyai kekuatan dua spesies itu. Dia adalah bukti pengkhianatan antara dua kaum. Seharusnya dia dibunuh..

Ya, dia boleh bertahan hidup sehingga kini kerana bersembunyi dibalik akademi sebagai pengetua.

"Ini tidak akan mudah.." Deon menyeringai sambil bermain rambut yang tentu berjontai dibahu. Kukunya mula meruncing tajam. Seperti bersedia mahu menerkam mereka bila-bila masa sahaja tanpa ada syak wasangka.

Beuty In LoveWhere stories live. Discover now