Episode 05

7 2 0
                                    

𝑀𝓇𝓈 𝐵𝑒𝓁𝓋𝓎𝓃𝒶 𝒳 𝑀𝓇 𝑀𝒶𝓁𝒹𝑒𝓋𝒶𝓃

Hujung minggu, hari yang ditunggu-tunggu oleh Belvyna, hari dimana semua pelajar dibenarkan untuk keluar atau berehat dikamar. Belvyna memakai gaun serba biru putih dan jubah bertopi dipakai supaya identiti bangsawannya tidak menarik perhatian, manalah tahu ada penculik yang ingin menjadikannya sebagai tebusan.

Bersemangat juga dirinya untuk bersiap pergi ke luar akademi untuk mencuci mata.

"Uhhh lebih tepatnya menyegarkan mata, tidak selalu aku keluar jalan-jalan"

Bianca dan Lucas tersengih-sengih kambing. Belvyna tidak mengendahkan tingkah mereka, tahulah apa yang difikirkan oleh Bianca dan Lucas itu sampaikan tersengih tidak ingat dunia.

"Tak cari pasangan kah cik muda?" Usik Bianca. Belvyna sudah mengagak apa yang akan diujarkan oleh Lucas.

Belvyna mengeluh keras "Haaaa.." dengan muka sengaja dihodohkan. Sangat tidak berkebangsawanan.

"Bagaimana dengan kesatria yang berdiri disebelah sana itu?" Lucas menyarankan.

Kesatria itu tersentap, dia mendengar apa yang Lucas katakan. Patut diakui. Kesatria itu mempunyai paras yang menawan, hidung mancung, rambut coklat dan bebola mata bewarna hujau.

"Dia sangat tua untuk cik muda" Bianca membidas.

Jlebb!

Tertikam batin kesatria itu mendengar pembidasan Bianca. Sedikit tersembur darah dari mulut, "Keukk!"

"Dia memang tampan, tapi dilihat dari penampilannya, dia pasti berumur 30-an" bidasnya lagi.

Satu tamparan lagi mengenai batin kesatria itu, 'segitu tuakah diriku?'.

"Kalau soal menilai, tanya saya saja cik Belvyna. Bianca kurang mahir dalam hal menilaii sesuatu" perlih Lucas sambil membuka sebelah mata untuk menatap Bianca yang mukanya seperti buah tomato rebus sahaja. Malu agaknya.

"Kurang sopan kau pada kakakmu, Lucas?" Marah Bianca.

"Fakta" selambah sahaja Lucas membidas.

"Wah-wah? Sudah berani bertengkar didepan aku ya?" Perlih Belvyna sambil tersengih.

"Kami tidak bertengkar tuh" Lucas membalas.

"Kau ini tak reti nak hormat cik muda kah?" Bianca menyelah.

"Aku hormatlah, tidak seperti kakak, asyik mengelat saja" Cebik Lucas.

"Ughh! Kau juga sama tahu?"

Mereka bertengkar lagi. Belvyna pula hanya ketawa menyaksikan tingkah pelayan kembarnya itu.

Bianca adalah seorang gadis yang melayani Belvyna selama 10 tahun, sama seperti Lucas. Saat itu, Belvyna masih berumur lima tahun. Umur mereka sekarang pula sudah menginjak 19 tahun. Mereka berdua sudah berteman baik dengan Belvyna selama sepuluh tahun, kerana itulah mereka saling bersikap santai satu sama lain. Tetapi kembali formal apabila didepan publik.

"Sudah-sudah.. kamu nak aku jalan sorang-sorang ke?" Belvyna mencelah sambil senyuman tidak lekat dibibir.

Mereka berhenti bertengkar, lalu terpusu-pusu mengikuti langkah Belvyna yang sudah berjalan lebih dulu. Tapi masih berdebat.

Belvyna menahan senyum.

-

-Tiba disuatu tempat-

"Ahh aku tidak sangka boleh terpisah dengan Bianca dan Lucas dalam keramaian ini" keluhan dilepas. Matanya dililau mencari sosok pelayannya yang terpisah.

Beuty In LoveWhere stories live. Discover now