Bab 3

538 15 0
                                        

Habis satu badan disembur sunscreen dan ubat nyamuk. Risau betul Dream bila disuruh berlakon dalam hutan macamni naik bukit pula tu sebab mereka ada scene training bola keranjang. Biar nampak tough training diorang pergi hutan. Berjumpalah dengan beberapa rakan artis lain yang menjadi pasukan bola keranjang dalam cerita ni.

"Ouh, Emara!" Dream senyum lebar melihat Emara yang datang penuh elegan namun dia kena buka baju dia dan tukar dengan tracksuit biasa.

"Dream! Lamanya tak jumpa!" Emara peluk Dream erat. Davika pandang kearah mereka berdua. Davika tahu kali pertama mereka jumpa adalah di set Loving Me, Loving You. Ada keluar dekat berita. Masa tu Dream jadi watak utama, Emara jadi perampas yang akhirnya dia suka dekat Dream. Cerita tu pelik Davika tengok.

Dream berbual dengan Emara. Rapat betul diorang. Pelakon lain rata-rata pelakon baru yang kurang 5 Tahun dalam industri. Masing-masing sopan orangnya.

"Alright! Nampak bukit tu? Korang kena panjat naik sampai atas. Kita dah ada kamera ready setiap pokok. Situ ada kamera, sini ada kamera dan kita dah pasang mesin yang bawa kamera naik keatas tanpa gerak-gerak. Alright?" Pesan Sam. Mereka angguk kepala. Bermula dengan yang lain panjat dulu dengan seorang lelaki yang berlakon menjadi sami sehinggalah yang terakhir dimana ia adalah Dream. Davika jalan dihadapannya namun dia berhenti, ikut skrip.

"Saya tak boleh panjat tu!" Tegas Davika, menunjukkan satu tanah yang tinggi untuknya panjat. Dream panjat dulu dan kemudian hulur tangan kepada Davika.

"...come." Dalam cerita ni, Dream kena berlakon jadi dingin. Jadi penampilan dia memang berubah 180° dalam cerita ni. Davika pegang tangan Dream dan cuba panjat namun disebabkan terlalu tinggi, dia jadi betul-betul susah.

"Prepare." Pesan Phee kepada crew. Mereka angguk dan ramai-ramai berdiri 2 meter dibelakang Davika. Dream berkerut, pegang Davika kuat.

"Jangan jatuh!"

"I'm trying!" Davika pandang ke belakang risau tiada yang akan support. Tapi kalau dia jatuh sekalipun, cedera mesti ada. Akhirnya, Dream tarik sekuat hati menyebabkan Davika terjatuh dan melanggar tubuh Dream sekaligus mereka berdua jatuh tergolek dibahagian satu lagi. Mujurlah curam tak panjang. Hanya 1 meter dari tempat Dream berdiri tadi. Crew terus berlari mendapatkan mereka. Davika terjatuh atas tubuh Dream.

"Okey tak tu?" Tanya Phee dari bawah. Sam panjat untuk lihat. Bila nampak mereka okey dan hanya duduk untuk berehat, Sam tunjukkan ibu jarinya.

"Diorang okey!"

"Jalan licinlah! Pasanglah grip ke apa!" Marah Emara. Dia kalau ada benda-benda melibatkan nyawa memang tegas. Setelah dimarahi, baru mereja bergegas ke van mengambil tikar grip dan pasang pada tanah. Dipaku dengan paku besar dan panjang.

"Boleh jalan tak? Kena tukar baju ni. Dah kotor." Tanya Fern lalu membersihkan muka Dream yang kotor.

"Okey je. Jangan risau. Seluar tak payah tukar sebab hitam kan? Tukar ni je. Baju." Dream buka baju tracksuit miliknya dan diambil baju baru. Davika mengeluh.

"I'm so sorry Dream. Saya memang careless. Saya tak pandai nak hiking ni."

"It's okay. At least you do your job right?" Dream senyum, membuka kasutnya kerana terasa sesuatu menjalar. Apabila dia buka kasut, matanya terbeliak. Menggelupur habis dia dekat situ.

"ULARRRRRR!!! PACATTT!!"

"LAIN KALI PAKAI STOKIN!" Marah Fern lalu menampar pipi Dream. Dream angkat kakinya, pejam mata dan sorok muka pada bahu Fern.

"Alihkan, alihkan!!"

"Euw, euw! Binatang!" Emara dah menyorok belakang pelakon lain. Masing-masing takut nak keluarkan sebab ada ular daun yang menjalar. Davika ambil satu batang ranting kayu dan pegang kaki Dream lalu ditolak pacat dan ular jatuh ke tanah. Sebab panik, Sam sepak semua masuk kedalam semak dan pijak pacat terakhir.

Sekarang kaki Dream berdarah. "Tisu, tisu. Dia perlukan tisu dan stokin. Ada stokin tak?" Tanya Davika. Mereka angguk, menjerit minta stokin dari atas. Nak turun naik bahaya jadi mereka gunakan mesin kamera untuk hantar peralatan yang diperlukan. Stylist juga dihantar keatas untuk betulkan balik rambut Davika dan Dream.

Baru hari kedua dah jadi macamni. Nak terberak pula rasa.

"Ada tandas tak?" Tanya Davika yang betul-betul mahu buang air besar.

"Ada tapi kena keluar dari hutan dan pergi ke pantai. Ambil masa 45 minit. Nak?"

"Ada botol?" Tak sanggup Davika nak keluar jauh-jauh. Tak dapat keluarkan yang besar, dia keluarkan yang kecil pun dah cukup. Setelah botol dan tisu diterima, Davika berlari ke belakang van dan buang air kecil.

Payah betul kerja dalam hutan. Mujurlah scene dalam hutan cuma satu. Haih.

The Filmed SchoolTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang