Bab 1

1K 20 0
                                        

Dream Jiang turun dari kereta Mercedes EQS 580 miliknya. Terus dia dihampiri oleh pembantu peribadinya, Fern. Fern bukakan coat putih yang dipakainya. Mata Dream melekat pada pasangannya untuk harini, Davika Saphorne yang sedang duduk diatas kerusi dibawah khemah. "Itu pasangan saya harini?"

"Ya, Davika Saphorne. Lawa kan dia?"

"Haah." Dream berjalan kearah Davika. Dia tersenyum pada Davika dan duduk dihadapannya. Rambut Davika sedang diuruskan oleh stylist. Rambut Dream juga ditarik untuk diuruskan. "Hey."

"Hey, sawaddee... sesat eh malam semalam?" Soal Davika. Tersengih Dream apabila teringat balik kisah malam tadi. Dia datang dengan Fern tapi boleh sesat. Pagi ni Fern pergi sendiri sebab dia tak mahu terlewat lagi. Payah kalau pergi dengan Dream asyik sesat.

"Tak biasalah jalan sini. Siapa bagitahu?"

"Director. Tu, Phee."

"I see." Dream mengerling kearah Phee yang sedang sibuk setting sesuatu dekat belakang. "masa baca skrip haritu you tak datang. Dah practice?"

"Of course. I was sick back then. Masuk hospital masuk tiub sebab ulser dekat mulut."

"I've heard about that. Keluar kat berita tapi ulser bukan ke..."

"Saya punya ulser satu mulut. Sampai lidah kena sekali sebab jangkitan lepastu dia naik ke pipi. Sebab kering sangat. Ambil masa sebulan dua bulan juga nak baik sampai tangguh set dan produksi sebelum ni terpaksa cari orang lain. it was painful but I met a great people on the hospital."

"I see...anyway wanna try script reading?"

"Yeah, of course." Davika ambil buku skrip dia lalu dibuka halaman pertama. Dia mulakan bacaan skrip siap dengan riak muka. Dream tergelak bila ada skrip lawak buat Davika bantai gelak juga.

Setelah style rambut, mereka pakai make-up dan tukar baju, palai uniform sekolah. Barulah mereka pergi ke set di pagar sekolah dan mula berlakon.

Dream membawa motornya masuk kedalam sekolah. Motor berkuasa tinggi Kawasaki Ninja H2 dipandu kearah Davika sampailah Davika menghentikannya. "Stop! Hey!"

Dream diam. Dia dalam helmet merenung kearah Davika dalam-dalam. "Eh, tepilah."

"Mai, mai. Motor kena belah sana. Kalau tak nanti kitaorang yang pengawas ni kena. Sana!"

Dream menggerakkan motornya ke hadapan, masih mahu melawan namun Davika masih dihadapan tidak berganjak. Dream mengeluh, membuka helmetnya dan memandang Davika garang. "Ketepilah!"

Davika terdiam. Dia melihat kearah rambut Dream yang hitam bersinar. Okey, dia tahu Dream ni cantik tapi secantik ini? Sampai terpinga-pinga yang lain menunggu Davika untuk bercakap.

"Davika, hey! Davika! Your words!" Tegur pengurusnya. Davika sentuh tangan Dream kemudian dia angkat balik, tersengih.

"Boleh ulang tak? Lupa skrip."

"Ayo, Davika! Cantik sangat ke Dream sampai lupa? HAHAHA!" Phee ketawa terbahak-bahak dan Davika hanya tersengih. Alsudahnya terpaksa ulang balik. Mujurlah scene seterusnya okey saja namun tetap kena ulang sebab Phee mahukan rakaman dari pelbagai arah dah sudut.

Itulah kerja sebagai pelakon. Ulang dan ulang sampai jadi.

The Filmed SchoolTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang