Bab 4

562 17 0
                                        

"Oh my God. Dah rasa sakit kenapa tak cakap?" Tanya Davika geram lalu disapu ubat gamat di lutut Dream. Dream tersengih. Dia mengaduh bila rasa pedih. Fern dan pembantu peribadi Davika iaitu Ang datang membantu bila Davika panggil kata Dream cedera. Risaulah sebab takut ada scene kena pakai seluar pendek. Ini tak lain taj bukan kena make-up.

Fern dah call pihak produksi tanya fasal pakaian untuk seminggu ni. Dia suruh mana yang pakai seluar pendek tolong tukar ke seluar panjang sampailah ada yang kata sebaliknya.

"Ada orang kata ada scene wajib pakai seluar pendek sebab ada scene sapu sunscreen." Kata Fern. Davika mengeluh.

"Bila?"

"Lagi dua hari."

"Kalau pakai seluar panjang and letak kapas pun nampak besar dekat lutut. Ang, pegang ni." Davika hulurkan satu pembalut jaring Ang. Ang buka dan letak pada luka Dream kemudian Davika alas dengan kapas. Fern ikut pegang sebab Davika nak buka kain anduh dan mula balut ketat dari peha ke betul. Dream berkerut, melihat kearah lututnya yang dibalut macam mummy.

"....sakit."

"I know. Tahan. Lama-lama you akan biasa. Baring je dulu. Pelik juga. Seluar tak koyak. Lutut yang koyak."

"Koyak sikit tadi. Dia pakai girdle hitam kat dalam tu yang tak nampak." Jelas Fern. Davika angguk faham. Dream mengeluh. Dia baring atas katil dan terus pejam mata. Baru je siap kemas, Dream dah sambung tidur, ganti tidur pagi tadi.

"Cepatnya dia tidur. Berdengkur pula tu." Ujar Davika.

"Dia ni pemalas sebenarnya. Bab kerja je dia laju. Rumah dia tu dia panggil orang kemaskan. Takdenya nak buat sendiri. Sehari dia boleh tidur 24 jam. Semalam berapa jam je dia tidur? Tu yang dia boleh tidur lena harini." Kata Fern sambil tersengih. Seronok dia sebar aib Dream. Dream pun bukan apa yang Davika selama ni.

Dekat media sosial, dia dikenali sebagai budak pendiam yang sebenarnya introvert dan pemalu. Bila dah kenal, Dream takdelah pemalu pun. Dia cuma introvert. Davika boleh nampak berdasarkan cara dia layan orang lain yang tak kenal, dia diam. Davika pula yang kena tegur orang lain.

Mungkin dia layan Davika lain sebab nak cari chemistry.

"Anyway, esok you guys buat scene tidur sekatil kan? Yang you akan naik atas badan dia and cuba nak cium dia. Kan? Kan?" Tanya Fern.

"Tu nantilah. Esok scene kena buli tu." Balas Ang.

"Ouh, ya! Buli!" Fern baru teringat. Dia ambil buku skrip Dream dan baca semula. Memang betul, esok scene dimana Dream akan buli Davika dalam kelab bola keranjang sebab Davika adalah pengurus baru kelab tu dan dia tak suka Davika.

Davika tergelak. "Kenapa suka sangat?"

"Sebab kita akan pergi ke sekolah lain esok! Sekolah tu fasiliti gelanggang dia lagi bagus jadi kita akan pergi sana. 20 minit je dari sini."

"...I see."

"Esok, crew akan gerak dulu. Pelakon akan gerak ikut team lain. Nanti kan kalau Dream mandi lama sangat, buka pintu dan suruh dia cepat. Kalau dia masih tak keluar, buat je ulang-ulang sebab dia ni..." Fern melihat kearah Dream. "Dia ada masalah ingatan sikit jadi kena cakap dengan dia ulang-ulang."

"Okey." Davika duduk atas katilnya. "Tadi dekat pantai dia guna tandas bukan main lama lagi."

"Itulah tu. Dia memang suka duduk dalam tu lama-lama jadi kena ketuk pintu atau masuk untuk bagitahu dia. Kadang ketuk pintu dia tak perasan."

"Okey." Davika senyum. Dia merenung kearah Dream yang sedang lena tidur. Cara dia tidur bukan main seronok lagi dapat tidur. Fern menepuk peha Dream lalu berdiri dan berjalan keluar dari bilik diikuti oleh Ang.

Davika mengeluh. Dia tutup lampu dan baring atas katilnya. Dream ada tabiat pelik tapi sekurang-kurangnya tak mengganggu sangat jadual kerja. Asal ada orang bantu dia, okeylah.

Davika ni kena berusaha lagi. Dia kira Rookie lagi. Baru 4 Tahun dia dalam industri.

*******************
"My dear." Davika ketuk pintu bilik air. Bila tiada jawapan, dia terpaksa buka pintu bilik air dan jalan kedalam sehinggalah dia nampak Dream sedang pandang ke bawah dengan air yang meluncur laju diatas kepalanya. "Dream."

Dream angkat kepala. Terus mukanya berubah. Ditutup buah dada dan alat sulitnya dengan tangan. "Eh, Davika! Jangan masuk sini! Nampak urat dan aurat saya!"

Davika berkerut. Dia jalan kearah Dream lebih lagi. Dia nampak muka Dream tadi. Muka dia macam pernah dia lihat sebelum ni. "Dream, you okay?"

"Yeah. I...erm, I nak mandi. Tu je."

"Dah 2 jam you mandi. I kejut pukul 3 pagi. Sekarang dah pukul 5. Is this why you set an alarm pukul 3? To shower?"

Dream diam. Dia tersengih kemudian. "Takde apalah. I cuma nak mandi lama sikit je harini. I nak siap dah ni. You pergilah duduk luar dulu. Nanti you boleh guna shower."

"Okey. Kalau ada apa-apa panggil tau?"

"Okey."

Davika keluar dari bilik air. Setelah 30 minit, masih Dream tak keluar. Akhirnya, Davika ambil tuala dia, masuk kedalam dan tutup pili air. Dibalut tubuh Dream dengan tuala. "Dah, I pula nak guna shower."

"Ouh...berapa jam I mandi?"

"2 jam setengah."

"Ouh. Thank you." Dream keluar dari bilik air. Davika berkerut hairan. Dia kenal riak wajah tadi.

Riak wajah putus harapan.

The Filmed SchoolTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang