P R Ó L O G O

378 19 1
                                    

Mata Lethia tidak berhenti menatap ke satu arah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Lethia tidak berhenti menatap ke satu arah. Mulutnya ternganga dari tadi. Matanya seperti bersinar-sinar seolah ada sesuatu yang buatkan dia excited.

"Weh kau pahal ternganga macam orang tak betul ni?" Kawan baiknya, Zahra menyenggol lengan Lethia.

Mulut Lethia termuncung seperti menunjukkan sesuatu. "Tu."

Zahra melihat arah yang ditunjukkan Lethia. Berkerut dahinya.

"Pahal kau tengok apek tu?" Hairan Lethia.

Laju Lethia melihat Zahra. "Dia cina ke weh?"

"A'ah. Kau tak tahu ke? Nama dia Ryan Xu. Budak nerd tersohor." Santai Zahra memberitahu sambil menyuap ais batu campur ke dalam mulutnya.

Terus murung riak Lethia. "Alah melepaslah aku. Baru nak mengorat. Tahu-tahu beda agama njing!"

"Beda agama apa? Si Ryan tu cina muslim." Sampuk Zahra.

Bulat mata Lethia. "Weh seriuslah?!"

"Hm. Buat apa aku nak tipu pasal agama orang?" Malas Zahra menjawab.

"Wah! Weh! Aku nak dia weh! Dia 101 peratus type aku!" Lethia menggoyang-goyangkan tangan Zahra teruja.

Zahra memutarkan matanya. Dah mula dah perempuan ni.

"101 konon. Last-last kau kata bosan juga." Dia kenal sangat dengan member dia ni. Menyimpan perasaan dekat seseorang bukan serius sangat pun. Hampir semua sebab dia bosan je. Red flag bagi Zahra.

"Weh tapi yang ni sumpah aku nak. Bukan bosan!" Lethia mengangkat tiga jarinya ke atas.

Zahra bangun dari kerusi. "Whatever. Try la kalau boleh. Aku dengar Ryan tu mulut emas. Dia akan palau semua orang dekat dunia ni kalau boleh."

"Eh ni Aein Lethia la. Pernah ke kau dengar aku gagal?" Lethia menepuk-nepuk dadanya sambil tersenyum bangga.

Zahra menjeling Lethia sekilas. "Suka hati kau la Thia. Tunggu aku sat. Aku nak letak bekas ni dalam besen."

"Ok." Selepas sahaja kelibat Zahra tidak terlihat, Lethia tersenyum nakal. Ryan yang membaca buku di bawah pokok dia lihat sambil mengusap-usap dagunya.

...

"Hai awak!" Lethia melambai-lambaikan tangannya di hadapan Ryan.

Ryan mendongakkan kepalanya. Bulat mata Lethia. "Comelnya ya tuhan..."

Melihat manusia berada di hadapannya, Ryan terus menutup buku dan bangun berdiri. Dia ingin cepat-cepat beredar dari tempatnya.

"Eh tunggula! Saya ada perkara yang tersangat penting ni." Dengan pantas Lethia berdiri di hadapan Ryan.

Ryan mengeluh. Dia menaikkan sebelah keningnya.

"Awak Ryan Xu kan? Cina muslim tu?" Tanya Lethia walaupun dia sudah tahu.

C | SOULMATEWhere stories live. Discover now