C A P I T O L O 2

258 16 13
                                    

"Heichuu!" Ryan menggosok-gosok hidungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Heichuu!" Ryan menggosok-gosok hidungnya. Hidungnya dah merah macam tomato. Mata pun dah berair.

"Qīn'ài de~" Ryan menggerakkan Lethia yang tertidur lelap.

Lethia yang memang seorang yang mudah tersedar mencelikkan matanya.

"Heichuu! Heichuu!" Ryan mencebik bila hidungnya terasa gatal.

"Qīn'ài de, hiks..." Ryan merengek.

"Kenapa ni? Demam lagi?" Lethia menyentuh leher dan dahi Ryan. Panas.

"Tunggu kejap. Saya nak basahkan tuala." Lethia ingin turun dari katil.

"Nǐ bùnéng zǒu!" Serak suara Ryan. Dia memeluk kuat pinggang Lethia.

"Kena juga. Awak tunggu sini kejap je okay?" Lethia mengusap rambut Ryan.

"Bùyào!" Ryan menyembamkan wajahnya di perut Lethia.

"Baobei please." Lethia mengeluh. Kalau Ryan demam, mereka berdua seolah bertukar karakter. Lethia jadi Ryan, Ryan jadi Lethia.

"Wǒ bù!" Ryan menggeleng laju. Dia mencengkam baju tidur Lethia.

"Itu awak taknak. Ini awak taknak. Habis awak nak apa hm?" Lethia mengusap tubuh tidak berbaju Ryan.

"Nǐ. Wǒ yào nǐ." Ryan mendongakkan kepala menatap Lethia dengan mata puppynya.

Lethia tersenyum. "Time demam tahu pula nak kita. Selalunya kita je nak awak."

"Hermm!" Ryan cemberut.

"Ok ok. Tapi awak demamlah. Saya kenalah surutkan demam awak. Sekarang ni Saya nak ambil tuala basah untuk awak kejap je. Boleh awak lepaskan saya? Kěyǐ ma?" Pujuk Lethia.

Ryan diam buat sementara. Dahinya berkerut seperti sedang berfikir. Kemudian dia mengangguk.

"2 minutes only." Ryan menunjukkan dua jarinya tepat di hadapan mata Lethia.

"2 minit pun 2 minit la baby besar oi! Dah tepi tangan awak tu." Lethia membuka tautan tangan Ryan sebelum turun dari katil kemudian masuk ke dalam bilik air setelah mengambil tuala kecil.

Selepas kelibat Lethia hilang, Ryan membungkus dirinya dalam selimut. Dia mencebik sedih.

"Wǒ qīn'ài de zǒule."







Lethia mengelap tubuh Ryan dengan tuala basah. Ryan sudah tertidur. Mungkin penat kerana terlalu banyak buka mulut. Kalau masa dia sihat, jangan harap nak mendengar dia buat karangan panjang. Sewaktu Ryan sakit jelah Lethia dapat mendengar suara seksi Ryan berceloteh berjam-jam.

Lethia melipat tuala dan membiarkan terletak di dahi Ryan. Dia tersenyum. Pipi Ryan diusap. Dia paling suka bila Ryan demam. Bukan sebab apa, tapi sebab Ryan kelihatan sungguh comel dengan hidung merah, pipi merah, mata merah. Macam bayi yang hilang mak. Dan Ryan akan mencarinya. Bila dia tiada di sisi satu saat pun, Ryan akan merengek. Betul-betul macam bayi hilang mak. Lethia tergelak kecil.

C | SOULMATEWhere stories live. Discover now