C A P I T O L O 5

196 11 0
                                    

Hujan deras menyembah bumi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan deras menyembah bumi. Lethia menatap tenang hujan yang menitik-nitik itu sambil menunggu kedatangan Ryan.

Mata Lethia mengecil melihat satu sosok yang berlari tergesa-gesa menghampiri bus stop yang didudukinya. Semakin lama semakin jelas. Berkerut dahi Lethia.

"Diana?"

Diana berhenti di bus stop. Dia termengah-mengah mencari nafas.

"Diana? Kenapa awak baru balik?" Tanya Lethia hairan. Kerana setahunya kelas mereka sudah habis 1 jam lepas lagi. Dia pula terpaksa stay di perpustakaan sementara menunggu Ryan habis kelas.

"Eh Aein. Ouh Saya tolong lecture tadi. Sebab tu baru balik sekarang." Beritahu Diana.

Lethia mengangguk faham. Tapi dia rasa sangsi. Takkan tolong lecture sampai satu jam? Tolong apa sampai lama macam tu?

"Awak balik naik apa ni?" Tanya Lethia sekadar mengisi kesunyian.

"Bas? Atau mungkin teksi?"

Berkerut dahi Lethia. "Why tak order grab je? Senang sikit."

"Bateri phone saya habis." Diana tersengih.

"Oh." Banyak pula masalah minah ni bila jumpa aku. Nasib dia memang malang ek kalau terjumpa aku?

Tak lama selepas itu, kereta bmw berhenti di hadapan bus stop. Ryan keluar dari kereta bersama payung.

"Qīn'ài de, jom." Ryan memeluk bahu Lethia.

Lethia mengerling sekilas Diana yang sedang memeluk tubuhnya kesejukan sebelum masuk ke dalam kereta. Ryan pula masuk ke bahagian pemandu. Lama Lethia menatap Diana dari dalam kereta.

Sebelum Ryan menggerakkan keretanya Lethia menyentuh lengan Ryan. "Wait syuben."

Ryan menatap Lethia hairan. "Why sayang?"

"Kita tumpangkan kawan Saya tu ek? Hujan ni. Lagipun dah nak gelap. Dia perempuan. Risau pula saya." Lethia menatap Ryan meminta persetujuan.

Ryan tersenyum. Kepala Lethia dipat-pat beberapa kali. "Of course you can, qīn'ài de. Anything for you."

Lethia tersenyum. "Thank you syuben!"

Lethia mengambil payung dari seat belakang dan keluar dari kereta. Diana dihampiri.

"Diana, jom naik kereta husband saya. Biar kami hantar awak. Dah nak Maghrib ni. Bahaya awak duduk seorang-seorang dengan hujan lagi." Lethia menjerit melawan suara hujan.

Diana tersenyum. "Terima kasih awak."

Lethia memayung Diana. Baru sahaja dia ingin membuka pintu seat belakang suara Diana menghentikannya.

"Eh awak, Saya tak boleh duduk belakang nanti muntah. Saya tak mahulah menyusahkan husband awak dan awak." Diana tersenyum nipis.

Lethia mengangguk tanpa berfikir panjang sebab dia memang pantang bila orang muntah nanti dia akan join sekali. "Ok awak duduk depan."

Lethia membukakan seat depan dan menunggu Diana masuk ke dalam sebelum dia memasuki seat penumpang belakang.

Ryan menatap Lethia melalui cermin depan kereta dengan kerutan di dahi. Lethia seperti faham, dia mendekatkan diri dengan seat pemandu dan membisikkan sesuatu kepada Ryan.

"Kawan saya mabuk kalau duduk belakang. Nanti dia muntah dah menyusahkan awak untuk hantar kereta ke car wash satu hal." Jelas Lethia.

Ryan mengangguk faham. Dia mula menggerakkan keretanya.

"Diana send me location."

...

Kereta Ryan berhenti di stesen minyak kerana tiba-tiba sahaja perut Lethia meragam. Diana menunggu di dalam kereta sementara Ryan menunggu di luar.

Diana keluar dari kereta dan menghampiri Ryan. "Err awak."

Ryan melihat Diana dan menaikkan keningnya sebelah.

"Saya pening kepala lah. Boleh awak tolong belikan ubat sakit kepala?" Minta Diana tiba-tiba. Dahinya berkerut sambil tangan menyentuh sisi kepala.

"Hm." Ryan membuka langkah untuk pergi ke kedai serbaneka tapi sebaik sahaja dia lalu di hadapan Diana, gadis itu tiba-tiba tumbang ke dalam pelukannya. Bulat mata Ryan.

"Ryan? Diana? What the fuck are you guys doing?" Lethia berhenti melangkah melihat suaminya dan Diana berpelukan.

"Qīn'ài de." Ryan menolak tubuh Diana menjauh darinya. Dia menghampiri Lethia.

"That's not what you think." Ryan ingin menjelaskan apa yang sebenarnya yang sedang terjadi.

"Stop. Saya penat. Kita hantar Diana dulu. Saya nak cepat-cepat balik. Diana, awak duduk seat belakang. Lantaklah nak muntah ke apa. Ni bukan kereta Saya. Kisah pula saya." Kata Lethia laju sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Ryan mengeluh. Dia meraup wajahnya. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia menjeling Diana tajam.

"Fuck you asshole!"
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | SOULMATEWhere stories live. Discover now