C A P I T O L O 4

205 11 0
                                    

2 minggu percutian sudah habis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 minggu percutian sudah habis. Sekarang mereka akan ke Uni dan belajar seperti biasa. Kahwin, kahwin juga tapi belajar tu penting. Lagipun selepas ini Ryan akan mengambil alih syarikat papanya.

Lethia menyalam tangan Ryan. "Saya balik lambat harini so tak payah pickup."

"No. Text me when you're done. Don't ever use grab." Amaran Ryan.

"But awak pun mesti penat. Tulah Saya nak beli kereta sendiri awak tak bagi. Kan dah menyusahkan awak pula." Protes Lethia.

"I'm your husband. And ni tanggungjawab saya. Tak menyusahkan pun. Dan saya taknak awak pandu kereta sendiri sebab saya tahu clumsynya awak tu macam mana. Saya tak mahu jadi duda muda." Sempat lagi dia menyelitkan gurauan.

Lethia menjeling Ryan sekilas. "Yela, yela. Nanti saya chat awak. Saya dah masuk kelas ni, awak pula jangan sampai terlambat masuk kelas. Assalamualaikum syuben."

"Yea I know. Waalaikumussalam." Ryan melihat kepergian Lethia sampailah kelibat Lethia hilang sebelum dia menggerakkan keretanya.

...

Lethia yang sibuk mengecek kertas assignmentnya sebelum lecture masuk terkejut dengan tarikan kerusi di sebelahnya.

"Hai, tempat ni kosong kan?" Tanya perempuan itu.

Lethia mengangguk. "Yup. Duduklah."

"Nama saya Diana. Awak?" Tanya Diana selepas melabuhkan duduk.

"Aein." Singkat Lethia. Maklumlah baru kenal, belum selesa lagi.

"Oi Aein. Btw Saya baru je pindah sini. Actually saya dari England tapi sebab ada masalah family jadi terpaksa pindah ke Malaysia. Belum terbiasa lagi. Jadi maaflah kalau Saya akan selalu menyibuk bertanya itu ini dekat awak." Panjang lebar Diana memberitahu.

Lethia tersenyum canggung. Takde yang tanya pun makcik. "It's okay."

"Saya nak nombor awak boleh?" Minta Diana tanpa segan.

Lethia mengangguk. "Boleh sangat. Meh sini telefon."

Mulut je kata boleh. Dalam hati dah macam-macam dia kutuk.

...

"Yow Thia!" Zahra memeluk bahu Lethia.

"Weh baru nampak muka kau! Best cuti 2 minggu dekat kampung?" Lethia tersenyum ceria.

"Gila tak best! Tapi ada yang tak best weh! Kau tahu sapi lembu uncle muthu tu pergi berak dekat kaki aku! Hanat betul! Seminggu aku samak kaki aku." Marah Zahra tak puas hati.

Lethia tergelak. "Seriuslah? Mesti busuk kan? Hahaha!"

"Gila tak busuk! Mak aku siap halau aku tidur dekat kandang lembu tu tau! Seminggu aku tidur dalam kandang. Bila ingat balik geram je aku. Tunggu la nanti kalau aku balik kampung memang aku sembelih si sapi tu!" Kesal Zahra.

"Chill la weh." Lethia tidak berhenti dari gelak.

"Hai Aein." Teguran itu menghentikan tawa Lethia. Dia berpaling melihat pemilik suara itu. Zahra menatap gadis itu pelik.

"Oh Diana."

"Siapa dia weh?" Bisik Zahra menanya.

"Budak dari England yang baru pindah ke sini. Dia kebetulan satu kelas dengan aku dan duduk dekat seat sebelah aku. So yeah..." Jelas Lethia.

Terangguk-angguk kepala Zahra.

"Kenapa Diana?" Tanya Lethia.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Diana sebaliknya.

"Nak pergi cafe." Beritahu Lethia tanpa berselindung.

"Saya nak ikut awak boleh? Saya tak tahu selok belok Uni ni. Dan Saya kenal awak je." Minta Diana.

Zahra menilik Diana atas bawah. Bertudung, berjubah tapi entah kenapa dia kurang suka dengan Diana. Seolah ada aura jahat didekatnya. Eh melebih pula aku ni.

Lethia mengangguk. "Ok boleh. Jom."

"Eh. Weh!" Zahra mengejar langkah Lethia.

Diana menatap lama Lethia dan Zahra. Sebelum dia turut mengikuti mereka berdua.











Lethia masuk ke dalam kereta. Dia mengeluh penat.

"Tired hm?" Tanya Ryan. Tangan dihulur.

"Hm" Tangan Ryan disalam. Ryan mencium dahi Lethia.

"You don't need to cook. Kita makan dekat luar. So nak makan apa?" Tanya Ryan.

"Saya nak makan cake." Beritahu Lethia.

"You don't like cake aren't you?" Pelik Ryan.

"Yes. But right now I feel like I want to eat cake so badly. Please syuben." Merengek nada Lethia.

"Okok. Kita pergi Secret Recipe." Ryan menggosok rambut Lethia. Kereta bmw Ryan bergerak keluar dari Uni.

Tanpa mereka berdua sedar, seseorang memerhati mereka dari Lethia masuk ke dalam kereta sampailah kereta Ryan keluar dari Uni.

Zahra yang baru keluar dari toilet berhenti melangkah. Matanya mengecil melihat sosok yang seperti dikenalinya.

"Dah kenapa pula si Diana tu menyorok dekat pokok tu? Buang tebiat ke?" Pelik Zahra. Tapi dia hanya mengangkat kedua bahunya santai.

"Ikut suka hati dia lah. Kisah pula aku." Zahra meneruskan langkahnya.

"Aduh pedihnya jubo aku. Aku makan apa semalam sampai cirit birit ni? Mesti sambal mak ni. Aduh..."
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | SOULMATEWhere stories live. Discover now