C A P I T O L O 7

214 11 0
                                    

Diana yang santai berjalan sambil bermain telefon tergelak kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diana yang santai berjalan sambil bermain telefon tergelak kuat.

"Padan muka kau Lethia! Dendam aku terbalas juga! Dulu kau boleh rampas boyfriend aku sekarang aku akan rampas husband kau! Biar kau rasa apa yang aku rasa. Kau ingat kau cantik sangat ke? Muka level kambing! Cantik lagi aku ni?" Bibir Diana termuncung-muncung melihat dirinya di camera telefon. Tiba-tiba dia terkekeh kecil kerana blushing tengok diri sendiri.

"Haih cantiknya aku ni. Penat lah jadi cantik ni. Mesti Ryan akan jadi Milik aku. Dengan wajah cantik ni aku yakin rancangan aku akan berjaya." Diana tersenyum lebar.

Satu van hitam berhenti dihadapannya. Terhenti langkah Diana. Berkerut dahi Diana.

"Van siapa ni?" Hairannya tapi kemudian dia tersenyum dan tertawa.

"Lah mesti van peminat aku ni. Haih apa la kau ni Diana. Kau popular pun tak ingat. Huhuhu..." Diana menutup mulutnya sambil tertawa.

Pintu van dibuka. Dua lelaki berbaju hitam dan bertopeng keluar dari dalam van.

"Ha ye kenapa? Nak tandatangan I ke nak bergambar dengan I?" Tanya Z Diana sambil berpeluk tubuh.

Salah satu dari mereka menekup mulut Diana dengan tuala. Bulat mata Diana. Dia meronta-ronta sebelum dia pengsan sepenuhnya.

"First time aku jumpa manusia bodoh macam minah ni. Pakai baju hitam dengan topeng di muka plus keluar dari van hitam dia kata peminat? Apa minah bodoh ni boleh buat sampai tuan muda suruh kita culik dia ek?" Yang seorang lagi bersoal sendiri.

"Weh hanat! Cepatlah masuk! Aku tinggal kau kang!"

"Ye ye sabolah lamak!"

...

Penutup di kepala Diana dilepaskan kasar. Diana membuka matanya dengan kerutan di dahi. Dia melihat-lihat sekeliling sebelum berhenti di wajah dihadapannya. Terus bersinar matanya.

"Eh Ryan! You nak jumpa I ke? Mesti rindu I kan? You tak puas dengan layanan isteri tak guna you tu kan? Takpe I ada untuk puaskan you sayang." Diana menjilat bibirnya.

"Dia tak tahu ke dia kena culik? Asal bengap sangat?"

Ryan menjeling Diana. "Kai!"

"Yes tuan muda!" Kai yang sedang bercakap seorang diri berdiri tegak.

"Settlekan betina ini. Aku taknak kotorkan tangan aku dengan sampah busuk ni. Jangan sampai mampus sudah. Satu kerja nak kena explain dekat papa aku. Buat dia trauma dan tinggalkan negara ni je." Arah Ryan.

"Baik tuan muda!"

Ryan mencabut sarung tangan dan dilempar ke dalam tong sampah sebelum keluar dari bilik rahsia mereka.

Ryan mengeluh. Sudah seminggu dia dan Lethia tidak bercakap. Masing-masing membuat hal sendiri. Dia ingin membetulkan salah faham tapi dia masih terasa dengan Lethia. Setelah 2 tahun mereka hidup bersama dengan tenang kenapa mesti hancur kerana kesalahfahaman yang mengarut ni? Dan dia paling kesal bila Lethia tidak langsung mahu mempercayainya.

"I can't stand it."











Lethia menggoyangkan-goyangkan kakinya. Dia sedang duduk di bus stop menunggu kedatangan grab.

Lethia mengeluh. Dia ingin hubungannya dan Ryan kembali seperti dulu tapi dia tak mahu dia yang buka mulut dulu. Ego? Yes she is.

Air mata Lethia menitik. Sekarang ni mudah betul dia menitiskan air mata. Bukan sekadar tu je, dia pun menjadi seorang yang mudah emosi. Tak kena sikit mulalah nak melenting. Lethia pun tidak faham apa yang sudah terjadi dengan dirinya.

Pin! Pin!

Lethia mengesat laju air matanya. Dia bangun dari kerusi bus stop. Tapi seketika dia berhenti melangkah. Dahi berkerut hairan.

"Bukan ke grab yang aku pesan kereta beza? Asal audi pula ni? Takkan aku salah baca pula?" Lethia kembali membuka telefonnya.

"Betullah. Jadi dah kenapa kereta ni berhenti dekat sini? Nak apa? Jangan nak culik aku sudah." Takut Lethia.

Tiba-tiba pemilik kereta itu keluar dari kereta dan menghampiri Lethia. Mengecil mata Lethia. Melihat gerangan yang dikenalinya mata Lethia terus membulat.

"Abang Zaf! Apa abang buat dekat sini?" Tanya Lethia teruja. Zaf merupakan abang kepada Zahra merangkap abang angkatnya.

Zaf tersenyum. "Ara suruh abang pickup dia. Tapi mana dia? Kenapa Thia seorang je dekat sini?"

"Zahra? Ouh dia pergi tandas sat. Nak membuang toksik la katakan." Lethia tergelak.

Zaf turut tergelak. "Ni Thia nak balik ke? Naik apa? Husband datang ambil? Seingat abang Thia dah kahwin tapi abang tak dapat hadir waktu majlis Thia kan?"

Lethia menggeleng. "Thia memang dah kahwin tapi Thia tak balik dengan husband. Thia guna grab."

"Lah kenapa pula? Husband sibuk sangat ke?" Pelik Zaf.

"Bukan sibuk tapi haih..." Lethia mengeluh.

"Ouh abang faham. Biasalah ujian rumah tangga. Abang dulu pun macam tu. Tapi insya'Allah semuanya akan baik-baik saja. Bersabarlah ye?" Nasihat Zaf.

Lethia tersenyum. "Terima kasih abang! Ni Thia sayang abang ni."

Zaf tergelak. "Thia pergi masuk kereta. Biar abang hantar. Panas ni nak tunggu lama-lama. Abang tunggu dekat luar."

"Okay abang!" Lethia tersenyum ceria. Dia membuka pintu kereta Zaf, baru sahaja dia ingin masuk ke dalam tubuhnya diangkat secara tiba-tiba.

Bulat mata Lethia. "Hey hey! Apa ni? Ryan?! Apa awak tengah buat ni?"

"Shut up!" Ryan menolak Lethia masuk ke dalam kereta sebelum dia turut masuk ke dalam kereta. Keretanya meluncur di atas jalan raya meninggalkan Zaf yang tercenggang seorang diri.

Zahra yang baru sampai melihat abangnya hairan. Bahu abangnya ditepuk beberapa kali.

"Bang! Kau kenapa ni? Kena sampuk ke siang-siang buta ni?" Zahra menatap Zaf dengan kerutan di dahi.

"Erk suami Thia memang aggressive eh?"

"Hah? Apa kau mengarut ni bang? Kuat sangat penangan bini kau ni sampai khayal macam ni. Dah dah jom balik. Aku panas ni, jangan sampai kau yang aku goreng nanti."
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | SOULMATEWhere stories live. Discover now