Nama watak dan jalan cerita hanyalah berdasarkan rekaan semata-mata, tiada kaitan kaitan dengan dunia hidup atau mati. Sekiranya terdapat nama watak dan jalan cerita yang sama itu hanyalah kebetulan, saya tidak akan sesekali mengikuti jalan cerita daripada penulis lain semata-mata untuk naikkan pembaca saya.
Jangan mengikut penyeksaan fizikal dan kata-kata kasar yang terdapat di dalam cerita ini.
Amaran keras, dilarang mencetak atau membukukan mana-mana bahagian tanpa kebenaran penulis. tolong jangan salahgunakan cerita saya.
_______________________________________________
Rusia
Senyuman manis terukir pada wajah Daneen. Dirinya tidak terurus, berjalan pun terhuyung-hayang. Ini semua kerana air haram yang dia teguk tadi.
"Weh, Daneen! Kau dah mabuk teruk ni! Jom balik! ajak Eva dengan menjerit, kawan kepada Daneen. Dia harus menjerit kerana lagu yang dipasang sangat kuat.
"Emm! Tak nak!" bantah Daneen, dia masih mahu berseronok.
"Dah! Jom balik! Esok kau ada photoshoot!" jawab Eva, dia berusaha menarik Daneen keluar daripada kelab malam itu.
Daneen sudah mabuk sepenuhnya, botol kaca arak ditangannya diteguk sehingga habis.
"Sudahlah, Daneen!" Eva merampas botol arak itu daripada Daneen.
Akibat tubuh Daneen tidak berjalan dengan baik, ia membuatkan bahu Daneen merempuh seseorang yang baru sahaja ingin masuk ke dalam kelab malam itu.
"Im sorry! She is drunk!" kata Eva.
"I know you, Daneen. I can help you, Eva." ujar lelaki di hadapan mereka.
Eva senyum lebar, akhirnya ada juga yang menolongnya, dia serahkan Daneen kepada lelaki itu. Eva tidak mengenali lelaki itu, namun dia tidak kisah, asalkan dia tidak susah payah membawa Daneen.
"Thank you." ucap Eva, sempat dia kenyitkan mata kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis, dia mengangkat tubuh Daneen dengan mudah lalu meninggalkan Eva.
"Hmm! Lepaslah!" jerit Daneen.
"Calm down, baby. Я не понимаю. (Saya tidak faham.)" senyuman sinis mula terukir.
YOU ARE READING
TIDAK SEMPURNA | EBOOK
Romance3rd ebook • SYED IDRIS TAQIUDDIN • DANEEN MALAIQA _________________ Perkara yang ditakutkan oleh ibu bapa jika anak mereka belajar di luar negara adalah anak mereka akan lalai dan terpengaruh dengan dunia sekeliling. "Apa kau dah buat dekat aku?!"...