Pandangan Daneen tertumpu pada luar tingkap kapal terbang, sekarang mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air, Malaysia.
Di tangan Daneen mempunyai satu buku yang tebal dan bersaiz kecil sahaja serta satu pensil. Tangan Daneen mula bergerak, menari-nari di atas buku.
Anak mata Daneen bergerak ke arah tingkap dan ke arah buku semula, semastikan lukisannya cantik dan rapi. Satu lagi minat Daneen, dia suka melukis, ke mana-mana pasti dia akan membawa alat lukisannya.
"Puan perlukan apa? Dari tadi lagi saya tengok puan melukis..." soal seorang pramugari perempuan.
"Tak ada, kalau saya nak saya akan panggil." balas Daneen, dia membalas senyuman pramugari itu dengan mesra.
"Baiklah... Cantik lukisan puan."
"Eh, taklah! Ini belum siap." ujar Daneen. Naik segan pula bila ada orang yang memuji lukisannya.
"Belum siap pun dah cantik, nanti dah siap lagi cantik." tambah pramugari itu.
Daneen tersenyum lebar, dia mengucapkan terima kasih sebelum pramugari itu pergi. Lukisannya sudah hampir siap, hanya perlu menambahkan apa yang kurang sahaja.
Walaupun hanya menggunakan pensel tanpa warna, lukisan itu tetap cantik.
Daneen memandang ke sebelah, puan Hajah dan Deeni sedang tidur selepas 3 jam perjalanan. Berbaki 7 jam sahaja lagi.
"Ya Allah... Lindungilah anak saya serta umi dan ayah." doa Daneen sambil menatap wajah puan Hajah dan Deeni.
Helaian baru dibuka oleh Daneen, dia mula memikirkan apa yang ingin di lukis.
"Deeni Meeliqa." sebut Daneen. Lalu, tangan Daneen mula bergerak.
Selepas membuat langkaran halus, Daneen mulakan langkah seterusnya, dia mulakan dengan melukis muka dahulu. Selepas beberapa minit berlalu, lukisan Daneen sudah hampir siap.
Lukisan anaknya sudah siap, dia hanya perlu melukis seorang lagi yang memegang Deeni. Tema dia adalah melukis anaknya yang sedang tidur sambil didukung oleh seseorang.
"Fuh!" Daneen meniup permukaan muka surat. Akhirnya lukisannya siap.
"Astaghfirullah... Kenapa dia?" soal Daneen dengan perlahan, dia baru tersedar siapa yang dia lukis.
Idris, lelaki yang dia benarkan untuk mendukung Deeni. Di dalam lukisan, Idris sedang tersenyum manis bersama lesung pipitnya.
Buku lukisan itu ditutup rapat dan diletakkan ke dalam beg, Daneen membuang pandangan ke luar tingkah.
"Daneen... Jangan ingat dia." pesan Daneen kepada dirinya sendiri.
Lupakan, dia harus lupakan. Mereka pasti tidak akan berjumpa kembali, pasti!
"RINDUNYA cucu atok ni!" kata Haji Dhahir. Wajah Deeni dikucup penuh geram. Pipi tembam Deeni digomol.
"Hehe!" Deeni ketawa kuat bila Haji Dhahir menggeletek perutnya.
"Abang jangan main sangat dengan Deeni, nanti kesian cucu saya berjangkit dengan abang." pesan puan Hajah.
"Sekejap aje, ini pun cucu saya juga. Deeni mesti rindu atok dia." balas Haji Dhahir, dia kembali menggeletek perut Deeni.
Puan Hajah menggeleng kecil, dia melabuhkan dirinya di sebelah suaminya.
Mereka sampai ke Malaysia hampir 3 jam yang lepas. Sekarang Daneen menyerahkan Deeni kepada puan Hajah sementara dia pergi menunaikan solat Isya.
"Abang dah makan ubat yang saya bagi tadi?" tanya puan Hajah.
"Dah, awak? Dah makan belum?" tanya Haji Dhahir.
"Baru je makan tadi..." Puan Hajah membetulkan kedudukannya, ada sesuatu yang harus dia bincangkan dengan suaminya.
"Abang... Saya rasa, kita dah boleh carikan suami untuk Daneen." kata puan Hajah.
Haji Dhahir berhenti bermain dengan Deeni, dia mengangkat wajah melihat isterinya.
"Cara apa lagi kita nak cari? Kita dah banyak calon sebelum ni tapi anak awak yang tak nak." soal Haji Dhahir.
"Habis tu? Abang nak tengok anak abang jadi ibu tunggal? Deeni kecil lagi, abang. Dia perlukan ayah." kata puan Hajah.
"Saya faham awak buat ini untuk kebaikan Daneen dan Deeni, tapi awak nak ke anak kita hidup dengan orang lain dengan paksaan?" tanya Haji Dhahir.
"Kita pun tahu Daneen lebihkan anak dia, dia nak lelaki yang betul-betul boleh terima Deeni."
"Kita serahkan aje kepada Allah, Dia dah tentukan semuanya dengan sempurna." ujar Haji Dhahir.
"Saya harap Daneen boleh bahagia. Kalau ini balasan untuk khilaf dia dulu, kita hanya mampu redha." kata puan Hajah.
Fikiran puan Hajah melayang ke waktu Daneen menceritakan yang dia berjumpa dengan seorang lelaki.
"Abang! Idris!" jerit puan Hajah.
"Siapa Idris?" tanya Haji Dhahir.
"Daneen cakap dia jumpa lelaki tu masa dia keluar dengan Deeni. Idris tolong Daneen." pujuk Deeni sebab dia menangis tak berhenti. cerita puan Hajah panjang.
"Orang arab ke? Kita tak pandai bahasa sana kalau nak suruh dia jadi menantu." ujar Haji Dhahir.
Puan Hajah geleng kepala. "Orang melayulah, bang. Idris cakap dia terjumpa dengan Daneen masa nak pergi sana."
Haji Dhahir mengangguk faham. "Habis tu? Awak nak buat apa? Macam mana nak cari lelaki tu?"
"Itu masalahnya, bang. Daneen jarang nampak Idris-" Mereka berdua berhenti bercakap apabila tiba-tiba Deeni menangis kuat.
"Eh! Eh! Kenapa ni, Deeni?" Haji Dhahir mengangkat tubuh Deeni.
Puas puan Hajah dan Haji Dhahir memujuk namun Deeni tidak berhenti menangis.
"Umi, anak Daneen menangis ke?!" kedengaran suara milik Daneen daripada luar.
"Meh sini dia, abang rehat je. "Puan Hajah mengambil Daneen daripada Haji Dhahir lalu dibawa keluar daripada bilik.
"Kenapa anak mummy nangis ni?, tanya Daneen, Deeni diserahkan kepada Daneen oleh puan Hajah.
"Um! Um!" Deeni terus menggeselkan wajahnya pada leher Daneen.
Daneen menepuk-nepuk tubuh belakang anaknya dengan perlahan, masih ingin memujuk walaupun Daneen sudah berhenti menangis.
"Umi dengan ayah dah nak tidur, badan umi pun tak larat sangat." ujar puan Hajah, hanya ingin Daneen tahu.
Daneen mengangguk kecil, dia sibuk mengemas barang yang di bawa pulang dan mengurus Deeni.
"Kenapa anak mummy nangis ni, hm? Nak susu?" Daneen berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/368784435-288-k461269.jpg)
YOU ARE READING
TIDAK SEMPURNA | EBOOK
Romance3rd ebook • SYED IDRIS TAQIUDDIN • DANEEN MALAIQA _________________ Perkara yang ditakutkan oleh ibu bapa jika anak mereka belajar di luar negara adalah anak mereka akan lalai dan terpengaruh dengan dunia sekeliling. "Apa kau dah buat dekat aku?!"...