Hari ini hari keempat Daneen berada di Baitulmahram. Hari ini dia membawa Deeni keluar. Puan Hajah diserang demam, jika berlarutan lagi, Mereka terpaksa pulang awal ke Malaysia.
"Kita dah beli untuk atok dengan nenek. Kita pergi jalan-jalan sikit lagi, lepas tu kita balik." ujar Daneen kepada anaknya.
Daneen perasan sesuatu yang berbeza pada anaknya, Deeni seorang yang kuat tidur, namun Deeni banyak terjaga bila berada di negara suci ini.
"Aa! Uu!" balas Deeni, seperti faham apa yang dikatakan oleh Daneen.
Bibir Daneen mengukir satu senyuman manis, dia mencubit pipi anaknya dengan perasaan geram.
"Comellah dia ni!"
Anak mata Daneen menangkap satu tempat untuk berahat, ada dua kerusi dan satu meja. Daneen terus laju melangkah ke arah sana sebelum ada orang lain yang duduk.
"Kita rehat dululah, Deeni." kata Daneen, barang-barang yang dia beli diletakkan di atas kerusi satu lagi sebelum dia melabuhkan dirinya.
Tetapi, tiba-tiba Deeni mula menangis dan membuat Daneen sedikit terkejut, lalu dia kembali berdiri dan memujuk anaknya.
"Jangan nangis, sayang. Mummy tak duduk." pujuk Daneen, namun Deeni masih tidak berhenti menangis.
Jarang sekali Deeni seperti ini, biasanya dia mudah dipujuk apabila menangis.
Orang ramai yang lalu-lalang mula memandang ke arah Daneen dan Deeni. Daneen semakin risau melihat anaknya tidak berhenti menangis.
"Deeni nak apa ni, sayang? Mummy dah bagi susu tadi." tanya Daneen.
"Kenapa ni, Daneen?"
Daneen memandang ke tepi, dia terkejut dan pada masa itu dia rasa masalahnya dapat diselesaikan.
"Deeni tak berhenti menangis, saya dah puas pujuk." jawab Daneen, dia tak sangka Idris akan muncul secara tiba-tiba.
Atau bukan kebetulan?
"Biar saya cuba. Bolehkan?" minta Idris.
"Boleh." Daneen menghulurkan Deeni kepada Idris, harap-harap 'lelaki yang sukakan budak-budak' ini dapat memujuk anaknya.
"Deeni sayang, jangan menangis. Kesian mummy awak." pujuk Idris, tangannya bergerak menepuk pinggan Deeni dengan perlahan.
Daneen terus tercengang apabila anaknya sudah berhenti menangis, okey sahaja Deeni berada di dalam dukungan Idris.
Bulat mata biru Deeni memandang wajah Idris, bibirnya menarik senyuman lebar.
"Suka ye awak, hm?" soal Idris, dia juga terkejut bila Deeni berhenti menangis, siap senyum lebar lagi.
"Nampaknya, dia nak saya yang dukung dia." kata Idris pada Daneen.
Daneen tersenyum kekok. Nampak begitulah.
"Saya boleh dukung dia, kalau awak tak kisah. Nampak macam perlukan bantuan." ujar Idris. Bibir Idris bermuncung menunjukkan ke arah beg kertas yang berada di atas kerusi.
Kepala Daneen berpusing ke arah yang ditunjukkan oleh Idris, dia tiada masalah jika Deeni tidak menangis.
"Tak susahkan awak?" tanya Daneen.
"Tak, Im free now." balas Idris.
Daneen mengangguk kecil, biarlah Deeni bersama Idris untuk sementara. Daneen pun tidak menangis.
"Awak nak pergi mana lepas ni?" tanya Idris tanpa melihat ke arah Daneen, dia tertumpu pada Deeni.
"Rancang nak jalan-jalan sikit lagi, tapi Deeni meragam pula." jawab Daneen.
YOU ARE READING
TIDAK SEMPURNA | EBOOK
Romance3rd ebook • SYED IDRIS TAQIUDDIN • DANEEN MALAIQA _________________ Perkara yang ditakutkan oleh ibu bapa jika anak mereka belajar di luar negara adalah anak mereka akan lalai dan terpengaruh dengan dunia sekeliling. "Apa kau dah buat dekat aku?!"...