Cahaya yang terang menyedarkan Daneen, dahinya berkerut kerana kepalanya yang sedikit pening. Daneen menggeliat kecil, dia menyelak selimut yang membungkus tubuhnya.
"ARGHH!!!" Daneen mula panik, dia kembali menutupi badannya dengan selimut tebal.
"Kenapa aku tak pakai baju?" tanya Daneen sendiri. Daneen termenung, semalam dia mengikuti Eva ke kelab malam, selepas itu dia hanya minum sedikit. Apa yang berlaku selepas itu dia sudah tidak ingat.
"Eva!" panggil Daneen, dia memandang ke sekeliling bilik lalu dahinya berkerut. Ini bukan bilik tidurnya.
"ты проснулся? (Awak dah bangun?)"
Mata Daneen membulat luas.
"Apa kau dah buat dekat aku?!" tanya Daneen, selimut yang membalut tubuhnya dipegang erat. Daneen sangat kenal lelaki di hadapannya, bekas kekasihnya sebelum dia menamatkan pengajiannya dan dia menjadi model.
Leo Aldric. Lelaki yang suka rosakkan perempuan dan Daneen sudah menjadi mangsanya.
"Shh... Janganlah menjerit, kita berseronok semalam. Tak ingat?" tanya Leo, dia fasih berbahasa Melayu disebabkan Daneen.
"Jantan tak guna! Aku benci kau! Aku benci kau, Leo!" jerit Daneen sekuat hati.
Leo memekakkan telinganya, dia mendekati Daneen yang masih di atas katil.
"Kau pun nak aku semalam, kenapa nak marah aku pula? Lagipun bukannya kau tak biasa tidur dengan aku, kan?" tanya Leo dengan senyuman kecil.
Nafas Daneen menjadi laju, memang dia sudah jauh dengan agamanya. Hidupnya di negara Rusia ini berubah sepenuhnya. Namun Daneen tidak pernah menyerahkan tubuhnya kepada mana-mana lelaki.
"Aku menyesal datang sini." ujar Daneen.
"You know what? I don't care." jujur Leo.
Habis madu sepah dibuang.
Daneen diam, apa yang dia nak buat sekarang? Nak suruh Leo bertanggungjawab? Leo bukan beragama Islam seperti dia. Dan Leo tidak akan ambil tahu!
Apa yang berlaku hari ini membuatkan Daneen teringat akan ibu bapanya di Malaysia. Daneen sudah kecewakan ibu bapanya, dia sudah mungkiri janji.
"Maafkan Daneen, umi, ayah."
YOU ARE READING
TIDAK SEMPURNA | EBOOK
Romance3rd ebook • SYED IDRIS TAQIUDDIN • DANEEN MALAIQA _________________ Perkara yang ditakutkan oleh ibu bapa jika anak mereka belajar di luar negara adalah anak mereka akan lalai dan terpengaruh dengan dunia sekeliling. "Apa kau dah buat dekat aku?!"...