BAB 7

53 2 0
                                    

Selepas 3 hari berehat, Daneen kembali bekerja seperti biasa. Oleh kerana umi dan ayahnya masih diserang demam, Daneen yang harus ke butik uminya dan membawa Deeni sekali.

Daun pintu ditolak daripada luar dan menyebabkan loceng berbunyi menandakan ada seseorang yang masuk.

"Daneen!" sapa Sufia.

"Budak ni pun ikut, meh dekat aunty, aunty rindu budak comel ni!" usik Sufia, dia mengambil Deeni daripada Daneen.

"Daneen sihat?" tanya Sufia.

"Sihat, Alhamdulillah. Akak? Okey je jaga butik sorang-sorang?" soal Daneen.

"Okey, tak sorang-sorang ye? Kita dah ada staff lain." jawab Sufia.

"Eh! Lupa pula." Daneen tersengih sehingga gigi taring kecilnya kelihatan. Puan Hajah yang menambahkan pekerja semasa Daneen sarat mengandung dahulu.

"Balik ni... Hadiah tak ada ke?" tanya Sufia. Keningnya diangkat berkali-kali.

Daneen senyum nakal.

"Mestilah ada! Mana boleh lupakan kakak kita ni." kata Daneen. Sufia bersorak suka, untunglah Daneen dapat rezeki ke sana. Dia masih lagi mengumpul duit untuk semua ahli keluarganya.

"Insya-Allah ada rezeki akak ke sana, kalau tak ada, Daneen belanja tiket." kata Daneen.

"Isy! Tak payahlah!" Akak ada duit juga. bantah Sufia.

Daneen ketawa kecil.

"Daneen nak naik atas, Deeni okey kan dengan akak sekejap?" tanya Daneen.

"Daneen pergi je naik, kalau dia menangis akak bawa pergi atas." jawab Sufia.

"Okey, Daneen naik dulu." kata Daneen meninggalkan Sufia bersama dengan anaknya.

"Eh! Akak lupa... Tengahari nanti Daneen kena pergi butik Datin Rose tau, ada pemilihan tudung untuk majlis dekat sana!" kata Sufia dengan sedikit menjerit kerana Daneen sudah jauh daripada mereka.

"Okey! Nanti ingatkan Daneen semula, takut tak perasan." pesan Daneen.

Tangga didaki oleh Daneen sehingga dia sampai ke tingkat 2, lalu Daneen melangkah ke arah satu bilik, tempat uminya membuat kerja.

Keliling bilik itu adalah cermin, cermin itu gelap di bahagian luar, hanya orang yang berada di dalam bilik sahaja nampak apa yang berada di luar.

"Okey! Daneen, jom kerja!"

______________

SEMUA penerangan daripada pembantunya didengar dengan teliti sambil mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebuah butik tudung.

"Tuan Idris cuma perlu jumpa dengan puan Hajah. Lepas tu, jadual tuan free." kata lelaki yang mengejar langkah Idris.

"Okey, kau tunggu sini kejap, aku nak jumpa dengan Mak su." ujar Idris.

Mata hazel milik idris liar memerhati butik tudung milik mak saudaranya, Datin Rose. Apabila dia menangkap satu tubuh yang dia kenali, Idris melangkah ke sana.

"Kak Lin, mak su mana?" tanya Idris tanpa salam, main terjah sahaja.

"Budak ni sorang! Bukannya nak bagi salam!" perempuan yang dipanggil kak Lin itu bercekak pinggang.

Idris hanya diam, buat-buat tak tahu.

"Mak su ada dekat atas," kata kak Lin.

Idris mengangguk faham, anak matanya bergerak menyerling ke arah perempuan yang bercakap dengan kak Lin tadi, dia mendukung seorang bayi.

TIDAK SEMPURNA | EBOOKWhere stories live. Discover now