BAB 2

52 1 0
                                    

Dua hari berlalu, dan hari ini juga adalah hari tahun baru menjelang. Daneen bangun awal hari ini untuk menunaikan solat taubat dan solat tahajjud tadi.

"New year, new me." ujar Daneen.

Tiada sudah rambut panjang dan bewarnanya. Baju yang ketat dan terdedah sudah tiada dan ditukarkan dengan baju yang tertutup dan longgar. Hari ini juga Daneen akan mula bekerja semula, kerja sama seperti dulu namun seorang model bagi butik tudung muslimah.

Daneen keluar daripada biliknya dan melangkah turun ke bawah melalui tangga, Umi dan ayahnya berada di dapur.

"Good morning, ayah! Umi!" sapa Daneen.

Hubungan Daneen dan ayahnya sudah bertambah baik, walaupun masih marah, Haji Dhahir tetap masih menyayangi satu-satunya anak perempuannya. Dan dia juga menerima segala apa yang anaknya lakukan serta memaafkan anaknya.

Memaafkan lebih baik daripada meminta maaf.

"Morning, nanti ayah hantar pergi kerja." balas Haji Dhahir.

"Eh! Tak apalah, ayah. Daneen boleh bawa kereta." tolak Daneen dengan lembut, dia duduk disebelah ayahnya.

"Kamu tu mengandung, biar ayah je yang hantar. Lagi pun ayah nak keluar juga." tegas Haji Dhahir.

Daneen terpaksa mengikuti kehendak ayahnya, jika itu yang ayahnya mahu, itu yang terbaik untuk dirinya.

Puan Hajah hanya tersenyum melihat suaminya dan anaknya, dia bersyukur hubungan mereka bertambah baik. Jika Haji Dhahir masih marah dan tidak maafkan Daneen, bagaimana Daneen mahu berubah tanpa redha ayahnya?

"Umi, petang nanti Daneen pergi dekat butik umi pula. Photoshoot Daneen sampai tengahari je." ujar Daneen.

"Tak payah, awak balik je lepas tu. Rehat, Daneen kan baru mengandung, kena jaga kandungan tu. Tak boleh buat kerja sangat." bantah puan Hajah. Daneen bermuncung mulut, sejak mengandung dia asyik bertenaga.

"Tengoklah anak siapa ni, dia ikut awak lah tu degilnya. Masa awak mengandung, lagi degil." cerita Haji Dhahir.

"Janganlah buka cerita..." balas puan Hajah. Haji Dhahir memekakkan telinga, dia ketawa kecil. Harap-harapnya perangai mengandung anaknya tidak seperti isterinya.

"Dah, dah. Makan cepat, nanti lambat." tegur Haji Dhahir.

Daneen diam menjamu selera, biasanya dia hanya makan makanan yang ringan sahaja waktu pagi. Tetapi sejak mengandung, dia selalu lapar tidak kira masa dan tempat.

"Daneen pernah pergi klinik? Tengok kandungan?" tanya puan Hajah.

Daneen menggeleng kecil.

"Nanti kita pergi, ayah teman." sampuk Haji Dhahir.

"Ayah tak sibuk?"

"Tak, sekejap je pun pergi klinik..."

__________

DANEEN memandang ke arah ayahnya yang sedang memandu, mereka berdua dalam perjalanan ke butik milik puan Hajah selepas ke klinik tadi.

"Ayah tak malu ada anak macam Daneen?" tanya Daneen tiba-tiba.

Haji Dhahir mengerling ke arah Daneen sekejap dan memandang ke hadapan semula.

"Kenapa nak malu?" tanya Haji Dhahir.

"Daneen mengandung, tanpa suami. Tak ada ikatan yang sah." jawab Daneen.

"Tak. Ayah tak malu, ayah anggap anak tu amanah untuk kita. Allah tahu mana yang terbaik untuk hambanya, mungkin dengan cara ini Daneen boleh berubah." kata Haji Dhahir.

"Ayah tak kisah pandangan orang?"

"Tak, jangan pedulikan mereka. Itu urusan dia dengan Allah pula. Kita yang dah berbuat khilaf ini hanya boleh bertaubat." jawab Haji Dhahir.

Daneen mula membisu, kata-kata Haji Dhahir dia ambil sebagai nasihat. Selagi boleh bertaubat, bertaubatlah sebelum terlambat.

Kereta milik Haji Dhahir berhenti di hadapan satu butik pakaian. Dahi Daneen sedikit berkerut melihat bangunan di hadapan, sudah lain daripada dulu.

"Rezeki Umi luas, dia besarkan lagi butik dia." kata Haji Dhahir, menjawab soalan yang ada di dalam fikiran anak perempuannya.

Mereka berdua keluar daripada kereta dan melangkah masuk ke dalam butik. Daneen tersenyum lebar, butik ini memang sudah bertambah maju.

"Daneen!"

Daneen berpusing ke belakang lalu tubuhnya terus dipeluk oleh seseorang. Daneen ketawa kecil, kenal sangat dengan suara itu.

"Rindunya dekat Daneen!"

"Daneen pun rindukan akak, minta maaf sebab lama tak balik." kata Daneen.

"Alah! Tak apa, akak faham Daneen sibuk dekat sana." balas Sufia.

Daneen hanya tersenyum, sibuk sehingga merosakkan diri sendiri.

Sufia dan Daneen sudah lama mengenali, dia bekerja dengan puan Hajah semasa puan Hajah baru sahaja buka butik ini. Sufia orang yang paling lama bekerja di sini.

"Dari mana? Butik Datin Rose ke?" tanya Sufia.

"Ye, lepas tu Daneen pergi klinik dengan ayah tadi." jawab Daneen.

"Macam mana? Kandungan okey?" tanya Sufia.

Daneen terus terdiam, dia merenung wajah Sufia.

"Akak minta maaf, akak tahu daripada umi." jujur Sofia selepas menangkap wajah Daneen.

Daneen masih diam, betapa malunya dirinya sekarang. Dia dah boleh bayang macam mana lebih ramai yang tahu dirinya mengandung anak luar nikah.

"Daneen jangan malu dengan akak. Akak okey je, Daneen kena kuat tau, akak ada untuk Daneen." kata Sufia, dia memeluk bahu Daneen.

Sufia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, dia faham bagaimana perasaan seorang ibu mengandung. Emosi tidak stabil, mudah terganggu.

"Daneen tetap malu, kak. Tapi Daneen bersyukur sebab masih ada orang yang nak jaga Daneen. Tak jijik dengan Daneen." ujar Daneen.

"Daneen kena kuat. Daneen dah berubah, jangan pandang lagi diri Daneen yang dulu. Yang lepas biarlah berlalu, kita serahkan pada Allah." nasihat Sufia.

"Terima kasih, akak. Daneen harap, Daneen kuat sampai berjaya lahirkan anak Daneen." kata Daneen.

Bukan hanya Sufia, sesiapa sahaja tak ada hak untuk menghukum Daneen. Sesiapa pun tak ada hak untuk menyebarkan aib manusia.

"Insya-Allah. Akak akan ada dengan Daneen sampai Daneen bersalin. Sampai bila-bila, akak tak akan sebarkan." balas Sufia.

Kenapa harus dia hukum Daneen? Sufia bukan sesiapa untuk menghukum Daneen, dia juga manusia dan buat salah. Tak ada sebab dia mahu menghukum Daneen.

__________________

"Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barangsiapa yang membuka aib seorang Muslim, Allah akan membuka aibnya hingga terbukalah keburukannya di dalam rumahnya." (HR. At Tirmidzi).

TIDAK SEMPURNA | EBOOKWhere stories live. Discover now