Malaysia.
Tamparan kuat daripada seorang yang bergelar ayah menyebabkan wajah seorang perempua terteleng ke tepi. Tangan Daneen Malaiqa naik menekup pipinya, tumpah air matanya.
"Abang!" puan Hajah berdiri di hadapan Daneen, melindungi anaknya daripada dipukul.
"Dia memang layak ditampar! Aku tak sangka anak aku berubah sampai ke seteruk ni!" luah Haji Dhahir, dia mengeluh kasar.
"Aku lagi kecewa!" sambungnya.
"Kalau kau masih rasa yang kau tu anak ayah yang dulu, kau duduklah dekat sini. Tapi aku rasa, anak aku dah mati!"
"Abang! Jangan macam ni, dia anak abang." pujuk puan Hajah.
Haji Dhahir merengus kasar, dia tidak menyesal menaikkan tangannya tadi, ini kali pertama. Dia sebagai ayah lagi sakit melihat anaknya yang terlalu lalai.
"Ampunkan Daneen, ayah. Daneen dah menyesal. Daneen nak berubah, ayah." rayu Daneen bersama dengan air mata.
Dia tidak kisah dipukul atau dihina, dia layak.
"Menyesal? Baru nak menyesal? Sebelum kau buat tu, ada kau fikirkan agama kau? Iman kau?" tanya Haji Dhahir sinis.
Daneen diam dan menangis, dia lalai, dia lalai dengan dunia dan terikut-ikut dengan kawan-kawannya yang lain semasa belajar di negara Rusia dahulu.
"Ayah dah tak nak cakap apa, kau rehatlah dulu." kata Haji Dhahir lalu dia pergi melangkah keluar daripada rumah.
"Terima kasih, ayah. Terima kasih sebab masih terima Daneen."
Sudah 2 bulan berlalu selepas kejadian hitamyang membuatkan Daneen sedar akan kesilapannya. Daneen perlu mengambil sedikit masa untuk pulang ke Malaysia kerana kerjayanya di sana.
"Jom, umi hantar masuk bilik, mandi dulu bersihkan diri. Nanti keluar makan." kata puan Hajah, dia sebagai ibu juga kecewa dengan anaknya.
Puan Hajah sangka yang Daneen pandai menjaga dirinya di sana, rupanya tidak. Salah dia juga kerana tidak mengambil tahu. Puan Hajah tidak mampu bencikan anaknya.
"Umi, Daneen rasa jijik sangat diri Daneen." ujar Daneen.
"Tak baik cakap macam itu, sayang. Kita pun dah tak boleh undurkan masa. Semua manusia buat silap." balas puan Hajah.
"Terima kasih juga, umi. Daneen betul-betul nak berubah." ujar Daneen.
Puan Hajah menarik tubuh anaknya, tubuh Daneen dipeluk dengan erat. Belakang tubuh anaknya digosok dengan perlahan.
"Masih belum terlambat, Daneen. Bertaubatlah, Allah Maha Baik, dia akan maafkan Daneen." pesan puan Hajah.
Daneen kembali menangis, dia terlalu lalai, dia lupakan Allah S.W.T, yang Maha Esa.
"Daneen berdosa..."
"Dah, pergilah. Lagi satu, Daneen perlu jaga kandungan Daneen dengan baik. Dia tak berdosa." pesan puan Hajah.
Ye, Daneen mengandung.
___________
TELEKUNG yang berwarna putih ditenung lama, rasanya sudah lama Daneen tidak solat sejak belajar di Rusia.
"Ya Allah, aku berdosa." ucap Daneen, air matanya mengalir di pipi. Rasa jijik dengan diri sendiri.
Daneen mendekati cermin besar yang berada di dalam biliknya, dia merenung dirinya sendiri. Rambut panjang dan berwarna, rambut yang sudah lama menjadi tatapan lelaki bukan mahramnya. Wajahnya pula selalu dihiasi dengan solekkan, hari-hari wajahnya disiakan di merata tempat. Mata Daneen turun ke bawah, tubuhnya selalu tersarung dengan pakaian ketat dan tidak menutup aurat.
Tangan Daneen naik mengusap perutnya yang masih tiada bentuk, ada satu nyawa daripada benih yang haram di dalamnya.
"Mummy minta maaf."
"Mummy yang khilaf, mummy lalai sampaikan awak muncul." kata Daneen.
Kain telekung di atas katil dicapai dan disarungkan. Daneen berdiri tegak di atas sejadah yang sudah diletakkan ke bawah, dia mula mengangkat takbir.
____________
KEDUA-DUA tangan ditadah, Daneen membasahkan bibirnya.
"Ya Allah Ya Tuhanku, saya banyak dosa, layakkah saya meminta ampun pada-Mu? Terjawab ke doa daripada pendosa seperti saya?"
"Umi cakap Allah S.W.T Maha Baik, Dia akan mendengar setiap doa hambanya... Saya menyesal, saya banyak dosa. Iman saya tak kuat, saya lalai dengan dunia dan abaikan agama saya."
"Saya dah dapat balasannya, saya redha. Saya dah menyesal. Saya, Daneen Malaiqa, ingin berserah kepada-Mu. Ampunkan dosa-dosa saya. Ya Allah, permudahkan urusan saya untuk berubah."
"Tiada sesiapa yang dapat saya meminta selain Mu, Ya Allah. Jauhi saya daripada benda-benda yang terkutuk... Amin, Ya Rabbal alamin."
Daneen menangis semahunya, dia baringkan dirinya di atas sejadah. Masih lagi ada yang belum Daneen luah, tetapi dia meluahkannya dengan air mata.
Air mata juga boleh bercerita.
Daneen bangun semula, dia tidak boleh jatuh, dia harus bangkit. Air matanya disapu secara kasar. Kain telekung dicabut lalu dilipat dengan kemas.
Selepas itu, Daneen melangkah keluar daripada bilik, dia memandang ke sekeliling. Kosong. Rumah ini bertingkat 2. Semua bilik termasuk bilik Daneen berada di tingkat atas.
Daneen berjalan ke arah tangga, anak mata mencuri melihat ke bawah, pasti umi dan ayahnya berada di bawah.
Kakinya melangkah ke bawah, dapur hanya bersebelahan dengan tangga, Daneen sudah nampak umi dan ayahnya sedang berada di dapur.
"Daneen, mari makan." ajak umi selepas dia nampak kelibat Daneen.
Daneen mendekati ibu bapanya, dia mengambil tempat berhadapan dengan puan Hajah. Daneen adalah anak tunggal, Haji Dhahir dan puan Hajah hanya memiliki Daneen sahaja sebagai anak mereka.
Pinggan yang sudah berisi dengan nasi putih dihulurkan kepada Daneen oleh puan Hajah. Pasti anaknya rindukan masakannya dan makanan Malaysia.
"Umi, lepas makan nanti boleh umi tolong potongkan rambut Daneen?" soal Daneen.
"Boleh, kenapa Daneen nak potong? Daneen tak sayang?" tanya puan Hajah.
Setahu dia, Daneen seorang yang suka menyimpan rambutnya sehingga panjang.
"Sebab rambut Daneen berwarna, kalau rambut pendek, senang sikit nak buang warna." jawab Daneen.
Puan hajah tersenyum manis, dia juga mahu bertanya tentang rambut berwarna anaknya. Dia manalah tahu apa-apa tentang itu, puan Hajah bukan muda seperti Daneen.
Doa sebelum makan dibaca oleh Haji Dhahir dengan kuat sebelum mereka menjamah makanan. Tiada sesiapa yang keluarkan suara, semuanya senyap. Haji Dhahir yang mengajar agar jangan bising ketika makan, ayah Daneen ialah pesara Askar. Dia seorang yang sangat tegas.
YOU ARE READING
TIDAK SEMPURNA | EBOOK
Romance3rd ebook • SYED IDRIS TAQIUDDIN • DANEEN MALAIQA _________________ Perkara yang ditakutkan oleh ibu bapa jika anak mereka belajar di luar negara adalah anak mereka akan lalai dan terpengaruh dengan dunia sekeliling. "Apa kau dah buat dekat aku?!"...