BAB 3

45 2 0
                                    

Daneen menarik nafas dalam, semalam  dia dan anak perempuannya selamat mendarat di bumi Makkah.

Satu tahun berlalu, tahun lepas pada awal tahun dia berubah lebih baik. Sekarang, tahun barunya di Makkah, dia ingin lebih dekat dengan kaabah.

Deeni Meeliqa, nama anak perempuan Daneen Malaiqa.

"Alolo... Anak mummy kenapa tengok mummy macam tu, hm? Tak nak tidur?" tanya Daneen kepada anaknya.

Segar mata Deeni memandang wajah Daneen.

"Uuu.." bibir Deeni mengeluarkan bunyi, dia menarik senyum kepada Daneen. Anaknya sudah mencecah 4 bulan dan membesar dengan sihat.

"Kita tengok Kaabah sama-sama, ye." kata Daneen.

Daneen ke sini bersama dengan puan Hajah, awalnya Daneen hanya ingin pergi berdua, tetapi puan Hajah tetap mahu bersama. Katanya senang dia mahu menjaga Deeni untuk Daneen.

Seluruh wajah Deeni mengikuti wajah Daneen. Keningnya terukir cantik, bulu mata yang lebat serta berkulit putih kemerahan.

Namun...

Ada sesuatu yang Daneen tidak sangka, mata Deeni mengikuti mata ayahnya, Leo Aldric. Mata Leo berwarna biru laut, sama seperti Deeni.

"Cucu nenek buat apa tu?" puan Hajah mendekati Daneen yang berhadapan dengan tingkap. Tingkap bilik mereka boleh terus melihat Kaabah di bawah.

"Tak tidur, umi. Dari tadi lagi tenung orang." jawab Daneen.

"Ye? Dia tahulah tu kita dekat mana. Meh! dekat nenek." ujar puan Hajah, sempat puan Hajah mencubit pipi tembam Deeni.

Deeni diserahkan kepada puan Hajah, Deeni jika bersama dengan puan Hajah, mudah sahaja dia tidur. Anak Daneen pula seorang yang tidak kuat menangis.

"Umi, Daneen nak jalan-jalan dekat bawah sekejap, nak tengok tempat. Boleh umi jaga Deeni sekejap?" tanya Daneen.

"Boleh, jangan lama sangat, takut nanti dia nak susu." pesan puan Hajah.

"Baik, umi." Daneen meninggalkan uminya dan Deeni, dia mencapai satu tudung labuh berwarna hitam lalu disarungkan ke kapalanya.

Pakaiannya tidak perlu ditukar, memang dia sudah menganakan jubah hitam. Daneen mencapai pula barang-barang penting untuk dibawa.

____________

"SELESANYA boleh duduk..." gumam Daneen berseorangan.

Langit sudah hampir gelap dan Daneen masih belum kembali ke hotel, dia berehat sebentar di sebuah restoran. Meja yang diduduki oleh Daneen betul-betul di tepi jalan.

"Tumpang, cik."

Daneen berpaling ke tepi, tubuh Daneen sedikit tersentak dengan kehadiran satu lelaki yang tiba-tiba duduk di satu meja dengannya.

"Meja dah penuh, sini je kosong."

Kepala Daneen terjatuh berkali-kali, anak mata liar memandang ke arah restoran, memang penuh.

"Macam mana tahu saya orang Malaysia?" tanya Daneen.

"Kita pernah jumpa." jawab lelaki itu.

Kening Daneen berkerut, tapi ini kali pertama dia nampak lelaki ini. Okey, baik lari! Daneen mula berdiri.

"Eh! Eh! Jangan pergi dulu, kita memang pernah jumpa, masa dekat airport Malaysia." kata lelaki itu.

"Oh Sorry! Saya tak perasan," Daneen kembali duduk. Jap? Kenapa aku duduk balik?!

TIDAK SEMPURNA | EBOOKWhere stories live. Discover now