Bab 72: Lelaki simpanan • 16+

3K 51 4
                                    


Bait-bait kata Danish menghinanya masih berputar di kepala.

"Mina dah khianat kau dulu. Yang kau terhegeh-hegeh lagi kenapa?"

Lelaki itu duduk di atas lantai lalu menyembamkan wajah ke birai katil Mina. Memikirkan kembali ayat itu.

Vape ditangan disedut kuat. Mindanya serabut memikirkan masa depan mereka.

"Khairi?" Mina yang berbaring diatas katil memerhati penuh hairan. Dia mengengsot kearah Khairi.

Rahang lelaki itu dipegang lalu diangkat wajah Khairi melihatnya.

Khairi menghembuskan asap vape lalu merenung kedalam mata Mina. Mina menelan liur mula tergoda.

"Sampai bila aku nak jadi lelaki simpanan kau? Lagi empat hari kau dah nak kahwin." Tanya Khairi memegang tangan Mina di pipinya.

"Hurm..aku..takyah la fikir pasal tu." Mina juga kabut. Dia memilih untuk tidak terlampau memikir.

"Berbelas tahun dulu aku jadi lelaki simpanan kau. Sekarang pun sama, aku masih lelaki simpanan kau." Khairi menyembamkan wajah ke tilam semula sambil tergelak sakit hati.

"Aku.. sebenarnya.." Mina berat mulut. Lidahnya kelu untuk berkata dia tidak ingin bernikah dengan Danish. Ego masih dijulang. Dia suka melihat Khairi merayu mahukannya.

"Pernah ke kau pilih aku Mina?" Suara Khairi kuat lalu menumbuk katil.

Mina membatu lalu terkejut.

"Aku dah taknak main permainan ni." Khairi bingkas bangun lalu mencapai baju hoodie hitamnya.

"Janganlah pergi."Mina juga bingkas bangun dan memeluk Khairi.

"Kau tak pernah pilih aku sejak kita sekolah lagi. Aku depan mata kau. Dulu dan sekarang. Sama saja. Kau lebih pilih lelaki lain berbanding aku yang tunggu kau berbelas tahun. Sekarang dah tak ada sebab untuk aku duduk sini." Khairi menolak Mina lalu menuju ke pintu.

Mina mengejar langkah Khairi. Tangan lelaki itu ditarik.

"Nak pergi mana?" Mina bertanya.

"Cari isteri baru." Kata Khairi selamba. Vape disedut lagi.

"Jangan." Mina menggeleng.

"Habistu kau nak aku duduk sini renung kau kahwin dengan jantan tu? Kau main-main dengan aku ke Mina?" Khairi mula berkasar.

"Tak-" bicara Mina dipintas.

"Aku tak tahu kenapa kau buat aku macam ni. Kau langsung tak ada rasa tanggungjawab atas tindakan kau. Kau still boleh nak kahwin dengan Danish lepas apa yang kau dah buat dengan aku?" Khairi menepis sentuhan Mina.

Lelaki itu bingkas pergi namun Mina pantas memeluk belakang tubuh Khairi.

"Khairi janganlah pergi." Mina pula merayu.

"Sudahlah. Aku nak padam nombor telefon kau. Aku nak lupakan kau. Baliklah dekat husband kesayangan kau tu." Kata Khairi mengeluarkan telefon pintarnya.

Mina menarik lengan Khairi supaya lebih dekat dengannya.

"Fine. Aku takkan kahwin dengan dia. Aku cuma nak kan kau. Aku akan bagitau dia sendiri. Aku akan putus tunang. Aku dah tak boleh tipu perasaan sendiri."Mina menggeleng.

Mina mula mencabut cincin pertunangan di jari lalu diletakkan diatas meja bilik.

"Janganlah cari isteri baru. Aku akan bagi segalanya kat kau." Mina merayu.

Khairi menelan liur. Ini kali pertama Mina mahukannya. Kebiasaannya hanya dia yang memulakan semua.

Sisi pipi Mina disentuh. Rambut pendek itu dibelainya. Wajah Mina yang dilitupi solekan tebal ditilik.

Dear Dictator [Completed] ✓Where stories live. Discover now