Bab 59

156 13 3
                                    

"Leyla tahu semua benda?" Tanya Tuan Azat tergamam dan terkejut mendengar penjelasan tentang siapa Lucas.

Leyla diam. Wajah tanpa reaksi diberikan pada Babanya. Bahkan bukan Babanya saja yang terkejut malah hampir semua orang disitu terkejut.

"Maksudnya kau tahu siapa yang culik Ferhat?" Tanya Hajar juga terkejut.

Mata Leyla beralih pandang ke arah Hajar. Tidak menjawab apa-apa cuma pandangan mata saja yang dia berikan.

Jujur dia terkilan dengan sikap ahli keluarganya yang suka merahsiakan hal-hal penting seperti ini. Mereka seolah-olah menganggap bahawa dia sangat lemah dan juga tidak layak untuk sertai misi ini.

"Kau juga tahukan Hajar tentang semua ini?" Tanya Leyla pada Hajar.

Mata mula beralih pada Hajar. Tuan Fairuz berkerut dahi memandang Hajar.

"Hajar kamu tahu?" Tanya Tuan Fairuz serius.

Hajar terdiam seketika sebelum menganggukkan kepalanya. Tuan Fairuz terkejut lalu berdiri. Wajahnya tampak sangat marah.

"Apa saja yang kamu tahu!" Tanya Tuan Fairuz dengan nada suara yang naik senoktah. Dia tak suka anaknya terlibat dalam hal-hal seperti ini. Dia benarkan Hajar untuk ke sini supaya teman Leyla bukannya melibatkan dirinya dalam hal-hal yang merbahaya ini.

Hajar masih diam. Dia menundukkan kepalanya. Takut akan amarah Tuan Fairuz. Tapi dia buat semua ini untjk buktikan yang dia sebenarnya boleh lindungi keluarga ini. Dia tak lemah!

"Jawab Baba! Apa saja kamu tahu!" Tanya Tuan Fairuz dengan suara yang nyaring. Serta merta air mata Hajar tumpah membasahi pipi.

"Abang."

"Diam Dewi. Saya tak habis cakap dengan Hajar. Saya nak tahu sejauh mana dia tahu tentang perkara ini." Marah Tuan Fairuz pada Dewi.

Hajar yang menundukkan kepala mulai menggenggam tangan. Nada suara Babanya cukup menunjukkan yang Baba marah.

"Baba tak perlu nak marah-marah. Hajar tahu atau tidak ianya tidak mengubah apa-apa pun. Rancangan masih berjalan lancar." Ucap Hajar lantang sambil berdiri dan memandang serius ke arah Babanya.

"Kamu keluar! Baba tak izinkan kamu sertai perbincangan ini." Marah Tuan Fairuz.

Hajar Terkejut dengan tindakan babanya itu. Sampai begitu sekali Badanya menghalang dia untuk sertai mereka semua ini.

"No!" Tegas Hajar lalu berjalan ke arah Leyla. Leyla memandang ke arah Hajar yang mendekatinya. Nampak yang wajah Hajar sangat serius.

"Maaf baba. Untuk kali ini Hajar tak dapat nak ikut kemahuan Baba. Hajar tetap dengan decision Hajar! Hajar akan bantu Leyla!" Tegas hajar lagi.

"BABA TAK BENAR!!!" Jerkah Tuan Fairuz dengan amarahnya yang sudah tidak tertahan.

"Kalau Uncle Azat boleh izinkan Leyla untuk sertai misi ini kenapa bukan Hajar!!! Hanya kerana Hajar tidak sehebat dan sepintar Leyla terus semua orang nak halang Hajar??! Kalau Leyla boleh mempertahankan keluarga ini kenapa bukan Hajar?! Hajar juga sebahagian daripada Shazlanbey!!" Bangkang Hajar dengan emosi.

Leyla sudahpun mengusap belakang Hajar untuk dia bertenang. Jatuh kasihan melihat Hajar yang tekad untuk melindungi Shazlanbey tapi disebabkan Tuan Fairuz tekadnya terhalang.

Dia juga pelik kenapa Tuan Fairuz tak nak Hajar sertai mereka. Hajar tahu tentang hal-hal Lucas saja Tuan Fairuz dah mengamuk. Hatinya mulai rasa curiga dengan kelakuan Tuan Fairuz itu.

"Kamu jangan degil! Baba buat semua untuk kebaikan kamu! Kamu Keluar!" Marah Tuan Fairuz.

"Untuk kebaikan Hajar? Atau untuk tutup sesuatu yang Baba sorokkan?!" Marah Hajar pada Tuan Fairuz.

AMORE CERTAMEN: REVENGE [Complete ]Where stories live. Discover now