Bab 62

161 11 3
                                    

Jo memberhentikan keretanya di dalam kawasan rumah Garcia. Jo memandang Leyla dibalik cermin pandang belakang.

Leyla mengenakan topeng separuh muka bagi menutup bahagian mata. Saja nak buat kelainan dan menarik perhatian orang ramai padanya. Memandang mereka tidak pernah melihat ahli keluarga Shazlanbey yang lain jadi sekarang dia tunjukkan aura Shazlanbey pada semua ahli ahli yang ada.

"Kita dah sampai." Ucap Jo oasa Leyla.

Leyla memandang Jo lewat cermin juga. Dia mengangguk kepalanya. Lalu kembali membuang pandangannya keluar jendela.

Jo memberi isyarat pada Emir untuk membuka pintu buat Leyla. Emir tanpa berlengah terus keluar dan pergi ke arah pintu tempat Leyla untuk keluar.

Jo memandang keluar. Ramai yang sudah memeriahkan majlis ini. Pelbagaikan jenis manusia daripada setiap pelusuk dunia. Hebat juga Garcia buat majlis makan malam macam ini.

Tapi...

Akan ada sesuatu yang mengejutkan bakal diketahui nanti.

Sedang dia memandang sekeliling tiba-tiba matanya tertancap ke arah Atas rumah itu. Terlihat ada seorang lelaki serba hitam berada dibalkoni bilik disitu. Jo tersenyum sinis.

"Nampaknya Encik Suami sedang memerhati." Kata Jo.

Mendengar suara Jo itu membuatkan Leyla memandang Jo kembali. "Kenapa?" Tanya Leyla pelik.

"Tak ada papa. Have fun Puan Leyla. Kita orang ada sekitar sini saja okey." Ucap Jo.

Leyla menggelengkan kepalanya memandang Jo. Malas untuk berbahas Leyla terus keluar daripada kereta itu.

Dia memandang sekeliling kawasan rumah itu. Terdapat beberapa tetamu yang sedang melepak diluar sambil berbual-bual antara satu sama lain. Dibalik toping yang menutip matanya itu dia memandang ke arah mata-mata yang memandangnya itu.

Baru berada di luar rumah ini mata-mata itu tidak lekang memandangnya. Dia pasti mereka semua tertanya-tanya siapakah dirinya itu Biarkan mereka tertanya-tanya sehingga waktu yang perlu dia perlu perkenalkan dirinya siapa.

Leyla berjalan melangkah dengan penuh gaya menaiki tangga rumah tersebut. Mata keranjang tidak lepas memandangnya sedangkan ada isteri disebelahnya. Leyla tersenyum sinis. Tak sadar diri. Rumah kata pergi kubur kata mari.

Leyla teruskan langkah menaiki tangga hinggalah dia berada dihadapan pintu utama dan...

Sekali lagi mata-mata manusia didalamnya cuma terarah padanya tanpa berkelip. Reaksi wajah mereka seakan-akan melihat sesuatu yang sangat mengejutkan dan menarik.

Siapa kata kena pakai seksi baru dapat tarik perhatian orang? Jika memang ada aura yang mengancam tak perlu menggoda orang akan tergoda.

Leyla berjalan masuk ke dalam rumah tersebut. Ada laluan panjang menuju ke arah sebuah pintu besar. Mungkin disitulah tempat mereka akan membuat majlis tersebut.

Setiap langkahnya diperhatikan. Adanya terdiam, tercengang dan ada yang berbisik-bisik semasa sendiri. Siapa lagi kalau bukan kaum Hawa. Perkara biasa tak boleh tengok orang lebih sikit darinya.

Baru setangah jalan tiba-tiba langkahnya terhenti apabila ada tubuh sasa yang menghalangnya. Leyla terkejut lalu serentak memberhentikan langkahnya.

"Hey sweetie." Ucap Ferhat dengan nada suara yang lembut dan menggoda. Tangan kanannya lantas memaut pinggang Leyla dan menarik Leyla mendekati.

Leyla tergamam. Seluruh tubuh badannya menjadi kaku. Jarak diantara dia dan Ferhat terkaku dekat menyebabkan hidung mereka berlaga. Jantung mukai berdegup kencang mengepam darah. Dia mulai rasakan hujung jari jemarinya mulai menyejuk.

AMORE CERTAMEN: REVENGE [Complete ]Where stories live. Discover now