Bab 68

193 11 2
                                    

Leyla dikejarkan ke hospital tempat dia dirawat sebelum ini. Semua orang terkejut apabila Leyla tiba-tiba rebah didalam pelukan Melati. Yang paling mengejutkan tidak ada sesiapa yang ingat akan suntikan yang berjaya Aysun suntik. Semua orang menunggu diluar bilik icu. Masing-masing muka kelihatan cemas dan ketakutan.

Lagi lagi dan lagi Leyla dalam bahaya. Namun kali ini mereka tidak tahu jika nyawa Leyla mampu diselamatkan atau tidak.

"Kenapa tak ada seorang yang beritahu kami tentang ini?!" Marah Puan Azizah pada mereka semua.

Mereka menundukkan kepala. Tidak berani untuk melawan kerama menyedari kesalahan mereka sendiri. Kecuaian mereka. Bahkan Leyla juga tidak memberi tahu apa-apa tentang perkara itu.

"Benda dah jadi Zah. Kita kena banyak berdoa agak semuanya baik-baik saja." Pujuk Tuan an Azat. Puan Azizah mengalirkak air mata dalam pelukan suaminya. Dia penat. Jujur dia penat dengan semua ini. Dia tak tahu nak berbuat apa sekarang. Anaknya Leyla sedang bertaruh nyawa didalam itu.

"Assalamualaikum semua."

Mereka semua terkejut dengan sapaan itu. Semua menoleh ke arah belakang. Terlihat Inspektor Rizal dan berapa anggota yang lain tiba dihadapan mereka. Tuan Azat terus melepaskan pelukan dan berdiri lalu berjalan ke arah Inspektor Rizal.

"Waalaikumussalam inspektor Rizal ada apa ya." Tanya Tuan Azat.

"Tak perlu panggil saya Inspektor. Panggil Rizal saja cukup." Kata Rizal merendah diri. Tuan Azat tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Ada apa Kamu datang kemari?" Tanya Tyan Azat. Inspektor Rizal memandang ke arah semua yang ada. Dia juga mendapat mesej daripada Hajar tadi mengatakan yang Leyla masuk hospital.

Dan dia juga ingin berjumpa dengan Tuan Azat untuk berbincang tentang mesej dari pengirim misteri yang diterimanya pagi tadi.

"Ermm saya nak jumpa dengan Tuan Azat." Jawab Rizal.

"Ye tapi berkaitan dengan apa?" Tanya Tuan Azat.

"Kita bincang di balai nanti" Pinta Rizal. Tuan Azat menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju. Dia meminta izin untuk berjumpa dengan isterinya terlebih dahulu.

"Zah. Pihak polis perlukan bantuan abang. Jadi abang pergi dulu." Pamit Tuan Azat. Puan Azizah mengangguk kepalanya. Dia menyalami suaminya lalu suaminya pun mulai beredar.

Puan Dewi terus menghampiri Puan Azizah. Puan Azizah lantas melabuhkan kepalanya dibahu Puan Dewi manakala Puan Dewi terus memeluk Puan Azizah untuk menenangkannya.

Hajar menghela nafas pendek. Matanya terarah pada Melati yang kelihatan mendiamkan diri itu. Kenapa dengan Melati? Dia ingin bertanya tapi Melati seolah-olah melarikan diri daripadanya.

Melati menyedari dirinya diperhatikan. Namun dia buat tidak tahu saja. Otaknya masih berfikirkan tentang lelaki misteri yang menangkapnya tempoh hari. Leyla Shazlanbey anak perempuan dia dan terbukti bahawa Leyla bukan anak Tuan Azat mahupun Puan Azizah.

Tapi...

Adakah benar lelaki itu ayah kandung Leyla?

Atau dia menyamar jadi ayah kandung Leyla?

Mak dia tahu tak tentang Leyla? Mustahil Maknya tidak tahukan. Maknya antara penyimpan rahsia besar keluarga Shazlanbey.

Dia tak tahu harus buat apa sekarang? Hanya dia saja yang tahu kewujudan ayah kandung Leyla. Tapi belum menjadi bukti yang sahih lagi kalau dia benar ayah kandung Leyla.

"I want you to take care of my daughter."

Nada suaranya begitu mengharapkan dia untuk menjaga Leyla. Seperti dia betul-betul ayah Leyla tapi dari sudut lain dia belum mempercayai apa yang lelaki misteri itu ucapkan.

AMORE CERTAMEN: REVENGE [Complete ]Where stories live. Discover now