Bab 70

239 11 2
                                    

"Saya tak kuat Ferhat. Saya tak kuat." Rintih Leyla lalu kakinya rebah ke lantai terduduk.

Dia tak kuat. Dia tak mampu nak lawan semua ini. Dia dah tak berdaya. Dia penat sangat.

"Leyla. Kau nak tahu apa yang menyebabkan aku kuat?" Tanya Ferhat sambil dia mencangkung dihadapan Leyla dan menolak dagu Leyla menyebabkan Leyla terdongak memandang Ferhat.

"Kau."

"Kau semangat aku. Setiap kali aku patus asa atau serabut aku selalu fikirkan kau. Aku selalu fikir yang kau perlukan aku. Kau harapkan aku untuk lindungi kau..." Tanganya menarik Leyla untuk melutut dengan stabil.

"Maafkam aku jika sikap aku dalam memperlakukan kau tak sering dengan kata-kata aku. Tapi aku cuma nak kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau. Aku betul cintakan kau Leyla Shazlanbey. Aku tak boleh hidup tanpa kau namun aku tak sanggup melihat kau terseksa hidup dengan aku yang penuh penipuan itu." Luah Ferhat menyebabkan Leyla rasa kata-kata Ferhat itu begitu ikhlas.

Ferhat menggerakkan Kepalanya dekat pada Leyla. Dia tersenyum kecil lalu mencium kedua belah kening Leyla siliha berganti.

Kemudian kedua belah pipi Leyla. Leyla memejamkan mata menikmati sentuhan kasih sayang daripada Ferhat.

Ferhat menjarakkan wajahnya dari Leyla. Dia mengusap-usap pipi Leyla dengan lembut sekali.

"Aku sayang kau.."

Dan ciuman terakhir didatarkan di tepi bibir Leyla lama sebelum dia menjarakkan dirinya semula dari Leyla. Ferhat berdiri...

Leyla berkerut dahi entah kenapa bayangan Ferhat semakin memudar membuat Leyla mulai resah gelisah.

"Ferhat!!!! Ferhat!!!! Ferhat!!!!!"

Ferhat merenung ke arah Leyla yang terlantar di katil itu. Alhamdulilah dia berjaya keluar tanpa pengetahuan sesiapa. Mujur orang-orang Aldo membantunya. Dia baru tahu tak semua orang-orang Aldo iru setia padanya. Kebanyakan mereka terpaksa mengikut arahan Aldo kerana takutkan Keluarga mereka terancam.

Tangan bertindak menggenggam tangan Leyla. Sewaktu dia dikhabarkan jantjng Leyla tiba-tiba berhenti, serta merta dunianyaa terasa gelap. Dia rasakan kehilangan paling besar dalam hidupnya. Otaknya ligat mencari cara untuk dia keluar daripada tempat persembunyiannya itu.

Nasib baiklah dia dapat keluar.

Sampai saja di Hospital berita baik yang dia terima apabila jantung Leyla berdegup kembali setelah 3 minit. Kata doktor mungkin kesan sampingan antidote yang disuntiknya.

Keadaan Leyla sekarang alhamdulillah sudah melepasi tahap kritikal tapi,...

Kalau dalam masa 2 ke 3 hari dia tak sedar. Maknanya dia koma dam doktor tidak dapat meramal berapa lama dia akan koma.

"Bangun sayang..." Ucap Ferhat tanpa sedar air matanya mengalir.

Dia tak suka rasa ini. Rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Namun dia takut akan sesuatu yang akan membuatnya menyesal suatu hari nanti. Takut yang dia tak sempat nak ungkapkam perasan dan isi hatinya pada Leyla.

Ya sekarang dia begitu yakin bahawa dia benar-benar sayang dan cintakan Leyla. Perasan ini dia betul-betul yakin. Melihat keadaan Leyla yang sering dalam bahaya mampu membuatkan hatinya gundah gulana dan fikirannya serabut. Bahkan tingkah lakunya akan jadi berantakan kerana terlalu memikirkan ke adan Leyla.

Lihatlah dirinya yang tidak berurus sekarang. Rambut serabai, kulit kusam tidak bermaya, lesu. Matanya bengkak seperti kurang tidur. Badannya lemah.

Semuanya serba tak kena.

AMORE CERTAMEN: REVENGE [Complete ]Where stories live. Discover now