Epilog

511 14 11
                                    

Kejadian sethaun yang lalu memberi Leyla banyak pengajaran dari setiap sudut kehidupan. Mengajarkan Leyla cara untuk mengawal perasan dan hawa nafsu sendiri. Mengajar Leyla erti perjuangan cinta.

Perjuangan cinta dalam hubungan bagaimana keadaan dia dan Ferhat yang terpaksa memendam rasa hanya kerana ingin memperjuangkan keluarga masing-masing. Perjuangan cinta dalam keluarga yang membuatkan mereka tekad untuk menempuhi cabaran yang mendatang meskipun maut yang mendekat.

Kejadian ini juga mengajar Leyla sesuatu perkara lain. Dendam memusnahkan diri. Tidak semua perkara harus dibalas dengan perkara yang sama. Jika kita dizalimi tidak bermaksud kita harus membalas perbuatan mereka sama seperti apa yang mereka buat. Kerana itu ialah dendam dan dendam memusnahkan bukan hanya diri sendiri namun orang sekeliling dan orang-orang yang tidak bersalah.

"Aww."

Leyla mengaduh apabila perutnya mengeras dan pergerakan yang agak lincah didalamnya

"Hahaha. Anak ibu jangan actif sangat." Ucap Leyla sambil mengucap perutnya sambil tersenyum.

Ya. Dia tengah mengandung 7 bulan sekarang. Setelah semuanya selesai Ferhat meluahkan isi hatinya pada Leyla dan perasan yang sama dirasakan oleh Leyla terhadap Ferhat. Setelah berbincang mereka pun membuat keputusan untuk rujuk semula dalam masa idah Leyla.

Angin bayu meniup menyapa kulitnya. Dia memejamkan matanya dan menikmati nikmat kurnia tuhan ini.

Tiba-tiba pinggang terasa ada sesuatu yang melingkar menyebabkan dia membuka mata dan memusingkan separuh badannya ke belakang. Terlihat Ferhat berada dibelakang sedang memeluknya. Tawa kecil keluar dari mulut Leyla.

Ferhat membenamkan mukanya dileher Leyla dan menciumnya lama.

"I miss you." Luah Ferhat lalu merehatkan kepalanya di bahu Leyla.

"Mengada awak Ferhat. Baru tadi kita jumpa tak sampai 1 jam dah nak rindu bagai." Kata Leyla yang merasa Ferhat itu mengada.

Ferhat ketawa kecil lalu dia mengoyangkan badan mereka ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Tangannya mulai merayap mengusap perut buncit Leyla.

"Tak sangkakan kita boleh sampai ke tahap ini. Tak pernah terbayang dek akal yang kita kembali bersatu bukan atas dasar paksaan namun atas dasar cinta." Ucap Ferhat lembut pada Leyla.

Leyla tersenyum sambil mengangguk kepalanya. " Leyla selalu fikir yang setelah semua ini selesai kita akan ikut haluan masing-masing dan tidak akan bersama seperti sekarang. Tapi takdir dan percaturan tuhan lebih indah. Tanpa kita sedari dia hadirkan  perasan cinta dalam diri kita sewaktu kita bergelar suami isteri. Dia uji cinta kita dengan masalah keluarga yang luar biasa hebatnya. Namun pejuang cinta kita membuahkan hasil yang sangat-sangat bermakna." Luah Leyla pula.

Ferhat tersenyum lalu mencium pipi Leyla seraya mengangguk kepalanya. "Amore Certamen."

"Hah?" Leyla memandang Ferhat dengan wajah kebingungan mendengar kata-kata yang baru saja Ferhat ucapkan.

"Ya Amore Certamen." Ucao Ferhat lagi.

"Apa yang 'more tamen' itu?" Tanya Leyla cuba menyebut perkataan yang Ferhat sebut. Ferhat ketawa kecil mendengar Leyla berusaha menyebarkan perkara 'Amore Certamen' itu.

Dia melepaskan pelukan dan menarik Leyla menghadapnya. Dia mengusap kepala Leyla dan mencium tangan kanan Leyla.

"Amore Certamen." Ucap Ferhat perlahan-lahan.

"Amore Certamen." Ulang Leyla. Ferhat menganggukkan kepalanya tanda benar.

"Maksudnya?"

"Amore Certamen. Perjuangan cinta."  Jawab Ferhat. Leyla tersenyum mendengar masuk itu.

AMORE CERTAMEN: REVENGE [Complete ]Where stories live. Discover now