Malam

31 3 0
                                    


aku benci malam
malam bagi aku gila
malam bagi aku air mata
air mata yang aku tahan dari siang

aku benci malam
aku benci bulan tahu aku menangis dalam bilik yang sama tentang perkara yang sama

tapi malam tak pernah membenci aku
dan ia terus datang memeluk
dan,
membungkam henyak aku dalam sejuk renyuk

terima
kasih
malam
kau
sahaja
yang
setia

walaupun aku benci engkau duhai malam

Tiga pagiWhere stories live. Discover now