Waktu

16 2 0
                                    

aku di era
di mana aku sedang mengutip satu persatu cebisan hati yang pernah dan sedang dan akan pecah

aku di era
di mana aku lebih banyak memeluk lutut di sudut dinding berbanding memeluk orang-orang

aku di era
di mana aku sudah pulang tapi rumah bukanlah tempatnya

aku di era
di mana aku menerima fakta bahawa tidak semua perasaan itu berbalasan

aku di era-era itu
dan ini bukan kali pertama

Tiga pagiWhere stories live. Discover now