Kebisingan

25 1 0
                                    

--semalam lagi otak ini masih bersahut-sahutan
seperti pasar pagi yang sedang bingit menjual.
entah apa yang aku fikir hingga tak hilang sakit ini.
entah apa yang aku sesakkan hingga tak hilang bengkak mata ini.
entah apa.
.
puas sudah aku cari apa nama sakit ini.
dari mana ia datang.
dan bagaimana aku mahu memulangkannya kembali.
.
atau sebenarnya aku sudah lama mati tapi tidak diberitahu sesiapapun.
atau sebenarnya aku ini tidak pernah wujud pun sebagai manusia atau aku ini sebenarnya seekor kera yang tidak punya akal.
atau sebenarnya aku pernah ada memori gembira tapi mungkin aku dikabarkan oleh doktor bahawa aku sudah nyanyuk bertahun lamanya.
.
sebab tak mungkinlah hari-hari aku penuh muka surat derita yang tak habis habis helaiannya.
sebab tak mungkinlah aku seorang manusia yang tidak minta dilahirkan punya kisah hidup sesedih air hujan.
sebab tidak mungkinlah...

tidak mungkinlah kan Tuhan kau sekejam itu menulis jalan cerita hidup aku sebegini serabut.
kan Tuhan?
kan?

jawablah.

Tiga pagiWhere stories live. Discover now