Part 2

323 3 0
                                    

PEJAM celik, tak sedar sudah dua tahun Jabbar berada di sini. Tak lama lagi dia akan pulang ke Malaysia untuk pulang bercuti.
​Selama dua tahun, belum pernah dia pulang ke sana. Terlalu sibuk dengan tugasan di sini. Hari ini dia bercadang untuk membeli hadiah untuk keluarganya sebelum balik ke Malaysia.
​"Jab, tengok ni."

​Jabbar mendekati gadis itu.

​"I rasa loket ni sesuai untuk mama you. You pernah cakap mama you suka batu nilam."

​"Cantik. Pandai you pilih."

​Ayra tersenyum malu. Jabbar melihat loket yang dipilih oleh gadis tadi.

​"I beli yang ni. You tak nak apa-apa ke?"
​"You nak hadiahkan untuk I ke?"

​"Boleh. Kalau ada yang you berkenan."
​Ayra terus gelengkan kepala.

​"I temankan you aje. Cepatlah bayar." Gesa Ayra.

​Jabbar segera membuat bayaran di kaunter. Selepas membeli kesemua hadiah, Jabbar dan Ayra singgah di sebuah kafe untuk minum bersama.​

​"Thanks temankan I. Kawan-kawan I semuanya sibuk."

​"Sama-sama. I lagi suka. Dapat keluar dengan pelajar hot dari Malaysia."
​Mengecil anak mata Jabbar. Tak suka betul gelaran itu diberi kepadanya.

​"You tak balik Malaysia ke?"

​"Tahun lepas I dah balik. Tahun ni I nak pergi rumah aunty I di sini."

​Jabbar mengangguk faham. Dia dan Ayra sama-sama belajar di sini dalam bidang yang sama. Nasib Ayra baik disebabkan saudara gadis itu ada di sini. Kerap juga keluarga Ayra melawatnya.

​Keluarga Jabbar pula baru sekali melawatnya pada tahun lepas. Buat masa sekarang, papa terlalu sibuk dengan kerja di pejabat. Jabbar juga tidak kisah disebabkan mereka selalu berhubung menggunakan panggilan video.
​"Jab."

​Jabbar angkat wajahnya.

​"I ada perkara nak beritahu you. Sebelum you balik Malaysia, I... I perlu beritahu you sesuatu."

​Berkerut dahi Jabbar.

​"Bunyi macam serius aje."

​"Untuk I, perkara ni memang serius. Ini pertama kali dalam hidup I, untuk buat kerja gila ni."

​Makin tak sabar pula Jabbar mendengarnya. Kedua tangan Jabbar memeluk tubuh sendiri.

​"Cakaplah. Apa dia?"

​Ayra tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Selama dua tahun mereka berkawan, Arya tak mampu lagi menipu diri sendiri. Mungkin ini peluang yang baik untuk dia berterus terang.
​"Sebelum tu, I nak tahu apa pendapat you tentang diri I?"

​"You seorang yang bijak, cantik dan manis. I senang berkawan you. Mungkin sebab kita berdua ada banyak persamaan. Paling penting I selesa nak berbual dengan you."
​Lega hati Ayra mendengarnya. Rasa gugupnya berkurangan sedikit selepas mendengar pujian Jabbar.

​"I rasa, I dah jatuh cinta."

​"Really?" Tergamam Jabbar.

​"Ya. I memang sukakan dia."

​"Wow. Siapa lelaki yang bertuah tu?" Teruja Jabbar untuk mendengar jawapan gadis itu.

​"You."

​Jabbar tegakkan kepala.

​"I sukakan you."

JABBAR masih termenung menghadap balkoni bilik. Selepas dia mendengar pengakuan gadis itu beberapa hari yang lepas, dia belum berpeluang untuk bercakap dengan Ayra.

​"You jangan jawab sekarang. I nak you fikir betul-betul apa yang I cakap tadi. Kalau you boleh bagi peluang kepada I, balik dari Malaysia nanti, you datang jumpa I di sini. I tunggu."

​Keluhan terlepas dari bibirnya. Pertama kali dia berhadapan dengan situasi seperti ini. Tak dinafikan Ayra memang gadis yang sangat cantik dan bijak. Namun buat masa sekarang, dia belum terfikir untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

​Tiba-tiba telefon Jabbar berdering. Pantas dia menjawab panggilan itu apabila nampak nombor papa tertera di situ.

​"Assalammualaikum, papa." Ceria wajah Jabbar.

​"Ini uncle."

​Wajah Jabbar berubah sedikit. Pelik. Kenapa lelaki itu menghubunginya dengan nombor menggunakan telefon papa?

​"Uncle ada perkara penting nak beritahu.

Harap along tenang."

​Jabbar terus berdiri tegak.

​"Apa dia uncle?"

​"Uncle dah uruskan tiket untuk along balik ke sini hari ni. Nanti along bersiap dan terus ke airport."

​Jantung Jabbar hampir meletup mendengar arahan itu. Sepatutnya lagi seminggu dia akan pulang ke sana.

​"Apa yang berlaku uncle?"

​"Along balik dulu. Nanti..."

​"Cakap sekarang! Apa yang berlaku
sebenarnya?!" Hilang sabar juga Jabbar. Dia yakin ada sesuatu yang buruk berlaku di sana. Mustahil tiba-tiba saja dia disuruh balik ke sana tanpa sebab.

​"Mama dan papa along... mereka dah tak ada."​
​Lemah kedua lutut Jabbar. Tangannya berpaut pada palang tingkap.

​"Papa dan... mama ke mana?"

​"Along..."

​"Tak. Papa dan mama baik-baik aje. Along dah janji nak balik minggu depan. Mereka dah tak sabar jumpa along." Tak sedar air matanya sudah mengalir ke pipi.

​"Along jangan macam ni. Mereka... mereka dah pergi. Mereka meninggal dalam kemalangan setengah jam yang lalu."

​"Allah..."

​Jatuh terduduk Jabbar. Telefon di tangannya terlepas ke lantai. Tanpa dapat ditahan, suara raungannya bergema di bilik itu.

​Masih terbayang wajah mama dan papa ketika datang melawatnya di sini tahun lepas. Tak sangka itu pertemua mereka yang terakhir.

​Tiba-tiba dia teringatkan Jiyad. Pantas dia mengemas pakaiannya untuk pulang ke Malaysia. Dia tak boleh biarkan adik lelakinya keseorangan di sana.

BADASS WIFE UNGKU JABBARWhere stories live. Discover now