Bab 51

2.2K 98 3
                                    

POV REZA
Reza balik dari rumahnya setelah bincang dengan Haura.

Sampai sekarang dia terfikir dengan Haura, tak berubah langsung. Apa nak jadi?

"Reza"

Reza menoleh kebelakang, ada Dhiah. Reza senyum kecil, tak tipu bila dia kata dah jatuh cinta dengan Dhiah.

"Bila kita nak kahwin..." kata Dhiah dengan nada perlahan tapi Reza masih boleh dengar.

"Secepatnya, don't worry...aku akan uruskan semua" kata Reza sambil senyum nipis.

"Haura...Haura macam mana?"

Senyuman Reza langsung hilang, Haura? Ah lantak minah tu lah.

"Biarkan, dia tu dah ada suami, apapun terjadi aku tetap aku tanggungjawab"

Dhiah tersenyum, sebenarnya dia masih rasa bersalah seban dah terlanjur dengan Reza. Sudahlah Reza ni ex Haura.

"Kau fikir apa? Takpayah la fikir sangat, kesian baby kita nanti" usik Reza.

Muka Dhiah memerah, sebab itulah mereka terlanjur, Reza kuat goda orang.

"Haishh macam2 je"

Cahaya matahari menerangi muka Haura, dia tertidur ke? Dia tak ingat apa-apa langsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cahaya matahari menerangi muka Haura, dia tertidur ke? Dia tak ingat apa-apa langsung.

Haura perlahan-lahan bangun, mata dia menerokai bilik itu, ini bukan bilik persalinan!

Langsung dia panick, dia kena curi ke? Nafas dia mulai berat.

KREKKK

Bunyi pintu terbuka, dengan pantas Haura menyembam kan mukanya di bantal. Takut nak tengok siapa yang datang.

"Kau kenapa?"

Dengar sahaja suara familiar itu, Haura menoleh ketepi. Ternyata ada Tengku Han Darwish.

Haura lega, ingatkan penculik ke apa tadi. Dia membetulkan posisi duduknya.

"M-m-mana anak s-s-saya?" Tanya Haura dengan suara bergetar, takut tengok tatapan tajam Tengku Han Darwish.

"Ada tengah tidur" ucap Tengku Han Darwish dengan santai.

"S-saya nak bagi dia susu"

"Takpayah la, dia tengah tidur tu. Sekarang ni aku nak bagitau kau sesuatu" kata Tengku Han Darwish, dia menarik kerusi yang ada disitu dan duduk di sebelah tilam.

"Aku taktau apa yang ada dekat otak kau haritu, tapi sekarang kau akan duduk berseorangan diri" ujar Tengku Han Darwish dengan nada dingin.

Haura membulatkan matanya, seorang lagi?! Mana boleh!

"K-kenapa, m-mana Adrean?"

Tengku Han Darwish senyum sinis, baru nak ingat Adrean?

"Adrean? Kau nak tau something tak?" Suara Tengku Han Darwish berubah jadi perlahan dan agak menyeramkan.

The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C-Where stories live. Discover now