SETAHUN KEMUDIAN--
Haura keluar dari bilik air, muka dia nampak cemas, nafas dia mulai berat.
Adrean yang sedang bermain dengan Adira dan Haira langsung terberhenti bila dia nampak muka cemas Haura.
Adrean bangun dan mulai mendekat kearah Haura.
"Hey...kau kenapa ni?" Tanya Adrean dengan suara lembut, memang kebelakangan ni Haura selalu termenung dan mukanya nampak pucat.
Haura hanya diam.
Adrean mengerutkan mukanya, dia ada buat salah ke?
"Hey...aku tanya ni.."
Haura menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.
"S-saya...saya pregnant"
KRIK KRIK
Lama Adrean diam, Haura pula menundukkan mukanya, takut nak tengok reaksi Adrean.
"K-kau, kau pregnant"
Haura mengangguk perlahan, Adrean marah ke?
Baru sahaja dia nak pergi, tiba-tiba Adrean memeluk dia dengan erat.
Haura terkedu, Adrean tersenyum lebar sambil memeluknya macam tiada hari esok.
"Serious lah kau pregnant? Yaallahh, dah berapa lama!" Tanya Adrean, senyuman dia masih terukir.
"1 minggu..."
Adrean mengelus perut kempis Haura, ini yang dia mahukan! Tiap tahun kalau boleh dia nak buat Haura mengandung.
"Tapi kan...saya tak ready lah.."
"Hm? Tak ready apa ni?" Tanya Adrean.
"Saya takut saya tak dapat jadi ibu yang terbaik"
KRIK KRIK
Adrean mengerdipkan matanya berkali-kali, habistu yang dia mengandungkan Haira haritu elok je?
"Aik? Kau mengandungkan Haira, jagakan Haira elok je, siapa cakap kau bukan ibu terbaik?"
Haura hanya diam, dia hanya mengeluh, entah kenapa dia selalu emosi je.
"Ish dahlah takyah tak fikir bukan-bukan, kita nanti pergi check up ok?"
Aryan, dia termenung di dalam biliknya, harini hari jadi dia. Tetapi tiada siapapun yang ingat.
Memang dari dulu dia tak pernah sambut, tapi dulu Haura,Arayyan dan mamanya selalu wish. Tapi sekarang? Tak ada satu pun yang wish.
Tak sambut tak apa, setidaknya bagi lah dia wish, itupun sudah cukup.
Tanpa Aryan sedar, dia mengalirkan air matanya, jujur dia cemburu dengan orang lain yang sambut besar-besaran dan dapat banyak hadiah.
YOU ARE READING
The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C-
Romance(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean bin Abdullah, dia adalah anak angkat Tengku Han Darwish. Tengkh Ghibran Adrean ialah Seorang CEO te...